Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Selamat datang ke blog Kancil 8349.
Tentu korang pernah datang ke karnival pendidikan di tempat masing - masing. Di sana, banyak IPTA dan IPTS mempromosi tempat mereka kepada pelajar - pelajar yang mengganggur dan yang menunggu keputusan SPM mahupun STPM untuk masuk ke tempat mereka. Bagi kebanyakan IPTS inilah peluang keemasan yang perlu mereka rebut untuk mendapatkan bilangan pelajar yang ramai.
Asal ada karnival pendidikan, Kancil akan sentiasa mengunjungi tempat tersebut. Ketika itu masih bujang...kalau dah bujang biasalah pergi cuci mata. Dan semestinya tempat kerja Kancil akan turut serta dalam karnival tersebut. Setiap ruang pameran akan Kancil singgah, tengok apa yang IPTS tersebut sediakan untuk bakal pelajar - pelajar mereka. Paling best Stamford Kolej, mereka bekalkan Laptop percuma. (ndak ingat tahun berapa) Promosi yang baik.
Setelah mengunjungi semua pameran IPTA dan IPTS, Kancil akan terus menuju ke pameran tempat kerja Kancil. Di sana, ada 3 orang yang menjaga tempat tersebut. Dua daripadanya adalah pelajar Kancil dan seorang kakitangan pusat yang dipinjam oleh kolej Kancil. Baru sahaja sampai di depan pameran, kakitangan pusat tersebut terus menegur Kancil.
"Hah! Adik...marilah daftar ke kolej kami. Ada banyak kos baru kami tawarkan untuk pelajar - pelajar seperti adik. Yuran pun murah dan penginapan disediakan"
"Ndak apalah! Saya..."
"Jangan begitu dik! Belum tengok sudah cakap macam tu. Ambil nie borang, adik isi je. Daftar kemudian kalau adik berminat."
"Terima kasih!" Kancil tersenyum. Kancil memandang kedua orang pelajar Kancil dan melihat gelagat mereka yang cuba menahan ketawa.
"Sir mahu ke mana?"
"Sir jalan - jalan mahu cuci mata"
"Puas sudah cuci mata?"
"Ndaklah! Berapa hari nie karnival?"
"Esok dah habis, Sir."
"Ooo...kamu semua dah makan?"
"Sudah Sir, Kalau sir nak belanja, kami ndak kisah"
Tiba - tiba kakitangan pusat tersebut menyampuk perbualan kami.
"Siapa orang nie?" sambil mencuit bahu pelajar tersebut.
"Dia pensyarah kolej kami." Kancil melemparkan senyuman ke arahnya
"Sorry Encik! Saya ndak tahu" Sambil menghulurkan tangan kanan untuk berjabat tangan. Kancil menyambut tangan kakitangan tersebut.
"Ndak apa."
Setelah berbual - bual beberapa perkara mengenai karnival tersebut. Kancil mengajak seorang pelajar untuk membelikan mereka makanan. Kemudian Kancil balik ke rumah sewa Kancil.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
24 comments:
ni mesti kes pensyarah lebih kurang sama macam student jek... kikiki
ooooo...(tak tahu nak komen ape..)
hehehhehe
to my new entry - Acapsuur (>,<)
dah lama dkna follow cerita kancil..tapi masih tertanya tanya kenapa mereka tak dapat bezakan pensyarah dengan student..
oo..kancil awet muda ni.sbb tu org igt student..hehehe..jgn marah
:p
awet muda..tak,mesti comel!
mesti kancil ni serupa je dgn pelajar kan..
Nak tau jugak...
ok..kalau saya memang malu lah~ tp orang tu bersungguh2 buat kerja ni. kire ye kancil ni pensyarah muda la ea?
pensyarah dgn student pn lebih kurang same saiz kot.. tu psl dorg x perasan.. hihihi.. ok la tu.. npk awek mude ket... :P
Ain1914 :
macam tulah keadaann sebenarnya
AsyrafNAKjadiLEBIHbaik :
hahahaha...dah komen pun..terima kasih
Adylia :
cara pemakaian kancil yang smart dan simple je...hehehe
Eera :
ndak marah pun...memang macam tu
Cinnamon.com :
ndak comel pun...hehehe
Cik Paro :
betul tu....serupa...
Dhiera :
dia buat kerja biasalah kita kena hormat....dulu lah zaman muda...
Syuzi :
betul tu...kancil rendah je 163 cm je
hahaha... awek muda kancil nih...:)
Permata Biru :
hehehe....muka budak2 orang kata
la ingat kancil ni perempuan..suami rupanya..hehe
hubby iz pn selalu gitu bila ikut dia gi mana2..tup2 jumpa lak kawannya mesti iz dh entah kemana..
pendapat iz elok damping jer isteri tuk elak perkara2 gini jadi..kena ngorat org tau marah kn..haha
sweet je cite ni kan.. membayangkan tuan empunya badan yang tak besar mana.. hahaha..
~iz~ :
nie kes ndak tengok profile Kancil nie...hehehehe..ndak apa...
p/s tersalah masuk komen nie...ndak apa Kancil jawab juga...terima kasih..kancil akan jaga isteri kancil
Aizamia3 :
betul tu...kecil je badan...hehehe
KECIL2 cili api kan kancil? hehehehe
Queen :
hehehe..terima kasih
Post a Comment