Rakan Blogger

Thursday, September 22, 2011

Sambutan Hari Tanpa Kereta Sedunia 2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia!

Selamat datang ke blog Kancil 8349.

gambar hiasan

Melihat pada gambar di atas, bagi yang duduk di bandar inilah yang mereka harapkan. Tiada kenderaan di jalan raya. Sunyi sepi tanpa bunyi bising dari pelbagai jenis kenderaan yang kecil mahupun yang besar.

Hari ini, 22 September 2011 merupakan tarikh sambutan Hari Tanpa Kereta Sedunia. Tujuan sambutan ini menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja, menggurangkan kesesakan lalu lintas dan banyak lagi lah...Apapun, adakah sambutan ini berjaya mencapai objektifnya?

Kalau kita lihat, semua orang menggunakan kenderaan untuk ke pejabat. Selesa dan senang tanpa berhimpit dengan orang lain walaupun di atas jalan raya bergerak perlahan. Masalah tempat letak kereta di sesebuah bandar besar pun bermasalah. Tidak mencukupi untuk menampung kemasukan kereta dari bandar lain mahupun dari negeri - negeri lain. Itu satu hal. Pengangkutan awam pula, ada masalah tersendiri seperti berhimpit, tidak selesa, keadaan kenderaan yang usang dan sebagainya.

Hmm...rakan - rakan blogger yang lain, korang rasa macam mana? Kancil ndak boleh ke mana - mana kalau ndak ada kereta sendiri. Sudahlah tiada basikal mahupun motorsikal untuk ke tempat kerja. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

20 comments:

Niena Muhammad said...

hmm.. rasanya kurang berjaya sbb kenderaan awam sndiri pn tgk la cmne..bersesak2...

Unknown said...

rasa macam tak jadi jer hari kereta ni...

kampung saya nanti kerajaan dah nak ambil...nak buat bandar

Dkna Abza said...

kalau sekitar putrajaya tak ada masalah nak naik bus..kalau tersalah naik bus pon pusing kat situ jer..tak akan keluar dari kawasana...kalau KL tu penat jugaklah nak naik lrt, bus, komuter...salah naik bus or lrt sesat entah kemana mana :)

Unknown said...

mana mungkin kita bergerak tanpa menggunakan kereta... destinasi yg kita nak tuju tu bknnya dekat.. bkn semua tempat ada kemudahan LRT kan? makanya kenderaan ni dah jd satu keperluan... xkn nak kena jln kaki kan? memandu ke ofis pun hampir 30minit cuba bygkan kalau jalan kaki.. hehehehehehe

Ce'gu JAERA said...

nak bas awam lah ko ums.. bukan jauh pun sekolah mu dari mu... naik bas awam 3 kali je.. ehehehe

Mama Amirul said...

tak bape sesuai lah kancil... tambah plak ngan cuaca sekarang kejap ujan kejap panas... Ain nak bawak 'penumpang kecil' lagi... huhuhu

Eera Shera said...

bkn gi keje je, gi kelas pun ade yg bwk kereta.tp sy jln kaki je..hehe..

ssh la kalo naik public transport. kdg2 ssh nak dpt. sesak pulak tu..

kalo kt tmpt sy, lg x best naik bas. ramai org asing. tgk kita dah la semacam.rasa x selamat

ct kektus said...

Mcm susah kalau nk o.oo% tak da kereta. Kite je jap lg nk blik uma naik kereta. Brg byk. Hehe

Munn Jaafar said...

tak sanggup aku nk ikut kempen nih..malaysia ni btul2 'truly asia' macam2 org asing ada..seram

Kancil 8349 said...

Niena Pengembara Ilahi :

betul tu...macam ndak selesa

Kancil 8349 said...

Santri :

macam tulah...kita tengok kat Buletin Utama malam nie

Kancil 8349 said...

Adylia :

betul tu...Kancil pernah mengalami situasi tersebut taw...

Kancil 8349 said...

Queen :

betul tu...kenderaan amat penting untuk kita...bujang mahupun dah berkahwin

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

geng...dua kali bas je tempat aku...selebihnya jalan kaki je...hehehe

Kancil 8349 said...

Ain1914 :

betul tu...cuaca kita nie bukan menentu sekarang nie..kata nak cerah tapi hujan begitu juga sebaliknya

Kancil 8349 said...

Eera :

betul tu...kalau kancil pun bimbang sebab budaya mereka ndak sama macam kita

Kancil 8349 said...

siti kektus :

betul tu...penat oo angkat barang kalau ndak ada kereta

Kancil 8349 said...

Munna :

kancil setuju tu...memang merisaukan

aizamia3 said...

bukan nak menidakkan kenderaan awam tapi dalam keadaan sekarang tak mungkin untuk ai naik kenderaan awam.. dengan barang2, dengan anak2.. wah boleh meroyan dibuatnya.. nak pulak kebanyakkan lebih suka pentingkan diri sendiri..
bersyukur ada kenderaan sendiri, mudah nak ke mana2..

Kempen tu ai tak boleh join.. gile hape nak ikut.. cuba tengok ada ke orang ATASAN yang sanggup naik kenderaan awam.. kempen tu tak sesuai langsung kat negara kita ni..

Kancil 8349 said...

Aizamia3 :

betul tu..orang atasan galakkan kita ikut kempen macam tu...tapi dorang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...