Rakan Blogger

Tuesday, September 27, 2011

Perkhemahan Unit Beruniform Siri 2 Peringkat Sekolah SK St Patrick Tawau, 2011 # 2

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Hari kedua perkhemahan lagi mencabar di mana para peserta diuji dari segi mental dan fizikal mereka. Walaupun usia mereka masih muda, mereka bersemangat untuk habiskan semua program yang disediakan untuk mereka.

Sesi Tatanegara dan Senaman Pagi

 

Sebelum senaman pagi, semua peserta perkhemahan akan menyanyikan lagu Negaraku. Setelah menyanyi lagu Negaraku, ketua setiap unit akan melapor kekuatan anggota mereka kepada penghulu. Selepas itu kepada Kancil kerana Kancil yang mengendalikan Senaman Pagi untuk mereka. Setelah laporan diterima, Kancil mengajak semua peserta turun ke padang untuk bersenam pagi. Kancil meminta mereka berjalan menggeliling padang sekolah. 

Selesai senaman pagi, mereka semua kembali ke tapak perkhemahan untuk mengambil sarapan pagi. Pada ketika inilah Kancil terjah khemah - khemah yang menarik perhatian Kancil. Khemah lelaki mesti korang tahu kan macam mana...hehehe...dua gambar di atas tu adalah khemah peserta perempuan. Ndak boleh tinggal tu anak patung mereka.

Sesi Ceramah Bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Tawau 

 
 
 
  

Ingatkan ada murid yang biasa dengan pemadam api. Rupanya kebanyakkan mereka tidak tahu. Maklumlah inilah pengalaman pertama mereka. Pegawai Bomba memberi taklimat bagaimana menggunakan pemadam api dengan cara yang betul. Setelah ditunjuk, semua peserta berkumpul di hujung padang untuk melihat demo bagaimana memadam api dengan betul. Selepas itu, mereka diberi peluang untuk memadam api yang dihidupkan. Masa ini juga Kancil mengambil peluang untuk mencuba...hehehe..sudah kena sembur tapi api tu tidak padam - padam. Bikin malu Kancil je... tapi pengalaman orang kata.

Sesi Kembara Alam

 

Kembara Alam bermula dengan mendaki bukit seorang demi seorang dengan menggunakan tali yang telah disediakan. Kebetulan, Kancil menjaga check point tersebut. Kancil telah meminta setiap kumpulan yang ingin mendaki bukit tersebut hendaklah menjawab soalan Kancil. Jawapan yang betul baru dapat mendaki. Mereka rasa penat dan seronok.


Setelah sampai ke puncak bukit, setiap ahli kumpulan hendaklah mencari jawapan simbol atau bahasa isyarat yang telah ditinggalkan di puncak bukit tersebut. Jika mereka faham, mereka boleh meneruskan perjalanan mereka ke check point seterusnya.




Turun bukit adalah paling mencabar kerana cerun terlalu tinggi. Kancil terjatuh di sini. Hehehe...mana tidaknya pakai selipar. Namun, para peserta tetap gagah dan berani untuk turun bukit dibantu oleh beberapa orang fasilitator. Setelah semua ahli turun, maka bermulalah sesi soal jawab di check point tersebut.






Mereka terpaksa merangkak di bawah jaring dan masuk di dalam lubang parit untuk melalui halangan terakhir. Ini kira senang sebab mereka tidak menghadapi masalah untuk bergerak. Malah ada di antara mereka berasa seronok.

Sesi Sukaneka


Kancil tidak sempat mengambil gambar program tersebut kerana Kancil sibuk menjadi pengacara majlis. Apapun mereka berjaya melaksanakan permainan sukaneka dengan baik. Gambar di atas kiri keadaan sebelum sukaneka dan sebelah kanan, seorang murid yang kotor kerana permainan tiup tepung...

Malam Kebudayaan


Kancil hanya sempat mengambil dua keping gambar pada malam kebudayaan ini. Kerana Kancil menjadi pengacara majlis untuk malam kebudayaan. Apapun, persembahan mereka cukup menarik dan memang berbakat anak - anak muda kita. Ini semua dari tunjuk ajar guru - guru mereka.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan jejak di blog Kancil 8349.

16 comments:

Unknown said...

sya paling suka bab2 masuk hutan ni.. aktiviti lasak.. malam kebudayaan tu mcm kureng la.. sbb kena buat persembahan... hehehehe

elnino de moona said...

wah bestla.. terimbas kembali zaman2 sekolah ikut perkhemahan camni...huuuu~..:)

Kancil 8349 said...

Queen :

wah...mama budak rupanya lasak...hehehe...mesti anak - anaknya nie lasak juga...betul kan memang seronok masuk hutan...lebih2 lagi kalau ramai orang...

Kancil 8349 said...

Elnino :

memang best...banyak kenangan terindah orang kata

maszull said...

salam kancil...wah bestnya anak2 murid cikgu tu lasak n ceria jer...:)

Niena Muhammad said...

seronoknye... teringin nk ikut!

3no gr33ny said...

dulu tika hamba berkhemah..patung2 adalah haram sama sekali..hape lagi handphone

Kancil 8349 said...

Maszull :

Salam Mama,

sebelum nie mereka menangis sebab sayang si buta...mungkin dah sedar dan bangkit seperti helang...hehehe...

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

hehehe...hanya handphone je guru penasihat pegang...

Unknown said...

sekolah st patrick ? terinagt nama sekolah sy dr form 1 sampai 3..sek men st patrick kulim


Dok start kalut dah .http://gilamodified.blogspot.com/2011/09/trophies-for-esso-autoshow.html

Admin said...

best nye...dah lama x rasa bende2 mcm ni....

Kancil 8349 said...

Khairul :

wah kebetulan lah...di Sabah nie pun ada juga nama yang sama tapi lain daerah..

Kancil 8349 said...

Phat :

memang best kan...terasa nak sangat ikut lagi...hehehe

Kancil 8349 said...

Niena Pengembara Ilahi :

jomlah ikut tahun depan...kena turun sabahlah ceritanya

Unknown said...

jgn xtahu queen mmg lasak.. dulu masa kecik2 kawan dgn lelaki aje.. panjat pokok tu dh jd kebiasaan.. hehehe jatuh tergolek main lumba basikal dgn kawan2 lelaki x usah ckpla.. hikhikhik mmg agak lasak.. anak skrg pun x larat queen nak control.. boleh tahan aktifnya.. :)

Kancil 8349 said...

Queen :

Mana jatuhnya kuah kalau bukan ke nasi..(betul ke nie...hehehe) kalau dah mak bapa lasak anak2 pun mesti lasak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...