Selamat datang dan salam perpaduan kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Kisah kali ini bukan berlaku di dalam sekolah tetapi di luar sekolah. Mungkin ada dikalangan rakan pernah mengalami situasi seperti tajuk di atas dan cerita yang bakal Kancil ingin kongsikan kepada semua.
Pernahkah kamu melihat seorang budak mengusik kuih atau apa jenis makanan? Sedangkan emaknya tahu anaknya melakukan perkara tersebut tetapi membiarkannya. Apa perasaan kita bila lihat makanan tersebut diusik / disentuh oleh seorang budak yang mungkin tangannya kotor? Mungkin kita rasa jijik atau geli untuk membeli makanan tersebut.
Tetapi, mengapa seorang ibu atau ayah membiarkan anak mereka mengusik makanan tersebut tetapi tidak membelinya. Bila ditegur oleh perniaga, mulanya mereka marah kepada anak mereka? Paling sakit hati bila seorang ibu atau ayah bercakap dengan anaknya seperti ini :
"Jangan buat begitu"
"Nak! Jangan usik makanan itu"
Bagi Kancil ndak salah menegur kesalahan anak dengan nasihat, tetapi dia sudah melakukan kesalahan dan rasanya hukuman patut diberikan kepada anak tersebut. Pemikiran anak - anak lain, jika diberi nasihat bermakna kelakuan tersebut bukan kesalahan berat berbanding kita menghukum mereka. Kalau pula kata tidak mahu malukan anak mereka di hadapan orang lain, sedangkan anak mereka sendiri memalukan mereka.
Terpulanglah kepada ibu bapa itu sendiri untuk menilai. Bagi Kancil, ia satu kesalahan apabila anak kita mengusik atau melakukan kesalahan patutnya kita terus menegur kesalahan tersebut dengan mencubit lengan. Kerana kesakitan membuat kita tidak mengulangi kesilapan. Yang peliknya, anak mereka mencemar makanan orang lain dan mereka nampak tapi buat tidak tahu. Bila mana perniaga menegur budak tersebut, mereka terus naik darah. Tapi mereka tidak bayangkan betapa ruginya perniaga tersebut.
Contohnya kalau makanan tersebut tercemar disebabkan oleh budak tersebut. Dan ada pembeli membeli makanan tersebut dan jatuh sakit disebabkannya. Yang menjadi mangsa adalah perniaga. Apapun, kalau tidak suka anak ditegur oleh orang lain, ajarlah anak tu bebaik. Insya - Allah tiada orang akan menegurnya. Paling kurang orang akan menghormatinya.
Terima kasih membaca dan meninggalkan jejak di dalam ruang komen Kancil. Kancil menghargainya.
21 comments:
betol tu cek kancil..
yg payahnye cikgu muhupun pihak mnjual makanan
ditelan mati ayah..
diluah mati mak kan..
aduhaii
tak tegur kang keracunan
kang tegur mak ayah marh..
aduhaiii
betul tue... queen sokong! sbg ibubapa setiap kali anak buat slh mesti bg hukuman spy mereka ingt apa yg mereka buat tu adalah satu kesalahan...
Aimie :
tulah pasal...sikap segelintir ibu bapa yang sukar membiarkan anak - anak dorang...
Azam :
betul tu...tapi ibu bapa macam nie ndak fikir...bila dah terkena baru tersedar
Queen :
terima kasih menyokong. hukuman yang boleh menyedarkan akan kesalahan mereka
tu yg kes usik makanan.ada banyak lagi kes lain kan cikgu.kadang2 sakit hati je tengok.bila kita tegur,ibubapanya akan masam muka dgn kita.tapi,kalau tak tegur..alamatnya spoil la anak2 tu nnt kan.wallahu'alam..
Dylla Abas :
betul tu...banyak lagi kes macam tu...sedangkan kita menegur untuk anak mereka...tapi sudah buta kerana sayangkan anak
kdg2 anak yg ditegur, tapi mak bapak yg panas. so kira cover malu lah ni.
but then again mak bapak jgn menegakkan benang basah, nanti bukannya perlakuan budak tu yg jd tumpuan, mak bapak pulak yg kena sindir.
betul..kalau anak iz yg buat memang iz dh kena tegur tu..
bila membiarkan anak2 tampa boleh ditegur ia seolah terlalu memanjakan..
anak2 yg terlalu dimanjakan kadang boleh merosakkn diri mereka sendiri..(betul ker iz cakap ni..)
manja biar bertempat la kan...
SimplySeoul :
mahu jaga air muka tetapi benda tu akan berlarutan jika tidak ditegah...betul tu...jangan tegakkan benang yang basah...
~iz~ :
betul tu...yang pening kepala nanti ibubapa juga...dan ia juga akan melarat ke orang lain...
betul juga tu kancil sy sokong, tak memasalpeniaga yg bersalah nanti
ibu bapa ni kadang macam buat tak tahu je bila anak buat salah..tegur pun macam taknak tegur..jangan sampai orang lain yang tegur dah la kan
Hafizal :
terima kasih menyokong Kancil...kesian kat peniaga...dia yang rugi nanti
Finaz :
betul tu...orang kata kita yang sakit hati tengok perangai acuh tak acuk ibu bapa terhadap anak mereka
salam kancil...betul tu cikgu kancil kalau x suka anak ditegur org lain kita lah yg sepatutnya menegur anak kita sendiri dahulu....
apalah kak tu yg dibiarkn anaknya tu mengusik kuih-muih yg nak dijual tu ...x patut betul...:)
Jom cikgu kancil kita join segmen ni...
http://maszull.blogspot.com/2011/09/kotak-bulat-ajak-tukar-link.html
Maszull :
Salam mama,
tulah pasal, ndak tahu masalah orang lain...buat masalah kat orang je...marah kalau anak yang buat masalah...dunia makin parah orang kata...hehehe
p/s terima kasih mama, Kancil dah join
ibu bapa ptut menegur anak2 mereka klu dorang buat silap...klu x confirm dorng akan mengulangi kesalahan tersebut... :)
Eddy :
betul tu...kalau bukan ibu bapa siapa lagi mahu menegur anak sendiri...nanti ada ayat yang selalu keluar macam nie
mak bapa aku tak marah pun. kau marah kenapa?
anak org sekarang dengan org anak dulu, lain perangainya... kalau dulu, tunduk senyap jer...
Santri :
betul tu....mereka diajar rasa hormat dengan orang lain...itu dulu sekarang nie...dah lain
Post a Comment