Rakan Blogger

Thursday, September 8, 2011

Ungkapan "Terima Kasih"

Selamat datang dan salam perpaduan kepada semua rakan blogger dan pembaca setia blog Kancil 8349.


Entri kali mengenai ungkapan 'terima kasih'. Bila kita meminta sesuatu pertolongan dan pertolongan tersebut ditunaikan. Kita selalunya akan mengungkapkan 'terima kasih' kepada orang yang sudi menolong kita. Hal ini biasa kita buat. Tetapi lain pula yang pernah terjadi pada Kancil dulu dan sekarang. 

Dulu, masa Kancil menyewa bilik di Kampung Likas. Jiran - jiran Kancil adalah pelajar - pelajar perempuan IPTA. Mereka bukan satu rumah tetapi bersebelahan rumah dengan Kancil. Pengangkutan mereka adalah motorsikal. Pada suatu hari, salah seorang pelajar perempuan mengalami masalah motorsikal. Dia tak boleh start motor dia. So, Mak Angkat Kancil memanggil Kancil untuk membantu dia. Time tu hari minggu, mestilah tidur memanjang. Disebabkan kena panggil, Kancil keluar membantu.

Bila, motorsikal tersebut dah boleh start. Perempuan tu dengan selamba terus memecut laju tanpa bersuara apa - apa kepada Kancil dan Mak Angkat Kancil. Kami berdua berpandangan sesama sendiri. Dah ditolong, tapi tak ucap terima kasih.

Begitu juga dengan kejadian semalam, ada seorang murid lelaki tertinggal bas. Dan kebetulan Kancil balik lewat dalam pukul 6.30 malam. Murid tersebut menangis dan Kancil pujuk dan berjanji akan menghantar dia balik ke rumahnya. Sampai di kawasan rumahnya. Murid tersebut terus keluar dari kereta Kancil dan berlari menuju ke rumahnya. Tiada satu ucapan terima kasih kepada Kancil.

Bukan tak ikhlas mahu menolong tapi ucapan terima kasih sudah cukup rasa diri dihargai. Ini tidak. Kancil kagum dengan isteri Kancil kerana dia selalu mengajar anak - anak Kancil supaya mengungkapkan 'terima kasih' jika menerima barang mahupun diberikan pertolongan. Dari ibu bapa yang mendidik anak - anak. Apapun, Kancil selalu menegur dan memberi nasihat kepada anak didik Kancil agar ungkapan tersebut sentiasa disebut oleh mereka.

40 comments:

ct kektus said...

dari darjah 6 kite dah tanam dalam diri, kalau pape mesti cakap terima kasih.

sebagai menghargai seseorang tu. tak kisah lah kecik ke besar pertolongan ataupun pemberian orang tu. ;)

Kancil 8349 said...

Siti kektus :

memang betul...kita kena didik mereka lebih awal..bukan setakat darjah 6 tapi di rumah.

NM02 said...

kite pun kena main peranan kat budak2 atau anak kecik.. kalu kite selalu amalkan ngan dorang, insyaAllah... dorang pun akan ikut

mcm tu la cara saya buat dengan anak2 kazen.. kalu saya minta tolong ape2.. saya akan cakap maceh kat dorang...

Kancil 8349 said...

NM02 :

betul tu...kita juga harus mengambil peranan dalam membentuk generasi muda...

Unknown said...

sy cukup puji ngan budaya org jepun..ungkapan arigato gozaimasu.. x pernah lekang di bibir mereka

Kancil 8349 said...

Khairul :

betul tu..mereka sudah diberikan pendedahan awal di rumah sehingga di sekolah...masalahnya di Malaysia, pendedahan hanya bermula di sekolah tapi di rumah langsung tak de. (tidak semua tapi ada kan)

Acik said...

didikan di rumah .. silap ...
didikan bermula dari umah dipanjangkan ke sekolah ... itulah yg akan membentuk peribadi murid! generasi baru kita ...

Kancil 8349 said...

Acik :

hehehehe...

Unknown said...

tak susah pun nak ucapkan terima kasih namun susah untuk melakukannya... bagus didikan isteri kancil kepada anak-anak dari kecik tu.

ttg makkah pada zaman nabi tu saya tak ingt pula kisahnya...kena buka balik sejarah nabi.

najihahfara said...

nak dengar ucapan time kasih skang payah dah

Unknown said...

betul tue... benda2 yg nampak remeh mcm ni tp besar ertinya mmg patut diajar dan diterapkan dari anak2 kita kecil lagi.. bukan sahaja ucapan terima kasih malah bab menghormati org lain x kira tua atau muda pun perlu ditekankan..

queen sendiri akan pastikan anak queen akan mengucapkan terima kasih setiap kali dia menerima sesuatu dr seseorg.. tak kiralah apa juga pemberiannya dan juga pertolongan.

queen juga akan pastikan anak queen akan memberi salam setiap kali masuk ke rumah dah mengajar dia utk bersalaman dgn sesiapa yg ada di dlm rumah atau org yg dijumpai..

Alhamdulillah walau umurnya baru menjangkau 2 tahun dia dah tahu berterima kasih, mengucap salam dan bersalaman.

Jika perkara ini di didik dari kecil insyaAllah sehingga besar pun ia tak lupa... :)

Dylla Abas said...

hmm..best entri ni.suka sangat.sebab kat tmpt kerja sy ni pun ada org mcm ni.tak pernah sy dgr ungkapan terima kasih keluar dr mulut dia.berat sgt lidahnya.susah ke nk ucap terima kasih ek..?? sy sgt suka ucapkan terima kasih.tak kisah dlm apa jua situasi.ucapan tu buat org rasa dihargai,kan..?

Diana @ BKKC said...

ucapan terima kaeh ini harus dipupuk sejak dari kecil lagi...

Dkna Abza said...

tak rugi pun ucapkan terima kasih...kalau rasa ayat tu panjang sangat juzt say TENKIU! oppsss..tersasul bahasa orang putih lak..hehee

Abby Salvatore said...

entri yg sgt bagus!

- abdul hadi abdul muti - said...

parent diorang tak ajar kot. takpelah, janji kita dapat pahala bantu diorang.;)

syuzi syofia said...

terima kasih sebab pernah jengah ke blog syuzi... (^_^)

terima kasih... terima kasih... terima kasih... terima kasih... terima kasih... terima kasih... terima kasih... terima kasih... terima kasih... terima kasih... terima kasih... terima kasih... terima kasih... terima kasih... terima kasih... terima kasih... terima kasih...

hehehe agak2 cukup x tu? :P

budak kacamata said...

ucapan trima ksih..wpon ringkas, namun ckup tuk beri kiter satu penghargaan..2 patah perkataan..sgt mudah untuk diungkap..tapii xsume yg mampu tuk mengungkapnye..budi bahasa budaya kita..jadilah contoh terbaek bkn sja kpd generasi hari ini, tp juga kpd untuk generasi yg akan datang..

Kancil 8349 said...

Santri :

memang betul...bagi budak sekarang ia susah mahu diungkapkan...terima kasih...

Kancil 8349 said...

Cik Najihah :

ada tapi ndak banyak

Kancil 8349 said...

Queen :

wah...hebat Queen ajar anak2 Queen...nielah dikatakan ibu bapa yang baik kepada anak - anak...hehehe..memang betul tu...yang buruk nama bukan orang lain...mak bapa budak tu sendiri

Kancil 8349 said...

Dylla :

Orang macam nie tidak pernah menghargai orang disekelilingnya...sebab dia ingat dia hebat..mungkin juga sebab mulutnya sudah tergam

Kancil 8349 said...

Diana :

betul tu Diana...kena pupuk sejak kecil lagi

Kancil 8349 said...

Adylia :

memang tak rugi dan dapat pahala lagi dan orang akan doakan kita lagi...tak kira apa bahasa..yang penting ucapan seperti ini akan menghargai orang lain

Kancil 8349 said...

Abby :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Abdul Hadi :

mungkin kot...apapun, kita sedar dan jangan seperti mereka

Kancil 8349 said...

Syuzi :

banyaknya ucapan terima kasih...apapun Kancil ucapkan terima kasih kembali...hehehe

Kancil 8349 said...

Budak Kacamata :

memang betul tu...kita juga harus menjadi role model untuk mereka...

Kamal Halim said...

dalam 2 kes yg dinyatakan,mungkin dorang nak cepat kot sampai lupa nak ucap terimakasih..walaupun kita dididik untuk berterimakasih tp dlm keadaan tertentu kita jadi lupa utk mengungkapkannya.Maklumlah kita kan manusia.Tak boleh juga nk salahkan mereka berdua 100%..

Kancil 8349 said...

Cleverspider55 :

betul juga kata kamu...tapi ndak salah kalau jumpa balik pada esok hari untuk mengucapkan terima kasih...

aamalinaazman said...

hayoooo
ciannye cek kancil
x pelah cek kancil..mudah2an cek kancil akan dipermudahkan urusan di masa akan dtg ye
=]
jgn sedih2 ye...

Kancil 8349 said...

Aimie :

terima kasih kerana mendoakan kancil seperti tu....Kancil akan berusaha agar mereka tidak lupa pada ungkapan terima kasih

Unknown said...

sokong kancil.. bila anak kita berkelakuan tidak baik org pasti akan tny anak siapalah ni.. maka di situ ibubapalah yg bertanggung terhadap anak2 mereka. Tak boleh nak lpskan tggjawab mendidik tu hny kpd guru di sekolah saja.

Kancil 8349 said...

Queen :

terima kasih kerana menyokong Kancil...memang betul tu...tanggungjawab bersama mendidik generasi kita

Rean said...

aduhai org2 skrg ni, bukan susah nk ucap terima kasih, kalau pjg sgt ckp je TQ hehe

sue perbs.. said...

kdg2 terlupe.. tpi memg tak sepatutunya la tak ucap terima kaseh bile org lain dh tolong kita..

Kancil 8349 said...

Imbobo :

betul tu...harap ada berubah nanti...hehehe

Kancil 8349 said...

sue :

walaupun kita lupa tapi kalau kita ingat esok lusa,...ndak salah kalau kita gi balik jumpa orang tu ucap terima kasih...hehehe...sekurang2nya dia dihargai...

Muhammad Izuan said...

bdk2... biasala. tp kalau dididik dr kecil, ucapan terima kasih tu mesti keluar secara spontan. apa pun, niat kita ikhlas...

Kancil 8349 said...

Muhammad Burn :

betul tu...tengah diusahakan agar mereka terdidik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...