Rakan Blogger

Wednesday, September 28, 2011

Kawan Atau Musuh Dalam Selimut

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Mungkin ada yang tertanya - tanya mengapa Kancil buat tajuk entri macam tu. Kalau buat tajuk macam nie Kawan atau Lawan. Macam tidak sesuai apa yang ingin Kancil kongsikan. Jadi Kancil pilihlah tajuk seperti di atas. 

Lawan bermaksud kita nampak dengan siapa kita hadapi atau berlawan. Nampak dari segala segi dan pastinya kita tahu akan kelemahan orang tersebut bila kita cuba mencari kelemahan itu. Berbanding Musuh dalam selimut, kita sukar jangka dan menyangka orang macam mana dia nie. Ikut pasang surut juga, pandai baik pandai juga jahat. Tentunya kamu pernah berjumpa dengan mahkluk seperti ini.

Seorang kawan berjumpa dengan Kancil. Dia menghadapi satu masalah dan meminta untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kesiannya juga Kancil dengar cerita beliau. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Menurutnya dia lemah semangat untuk berkawan dengan beberapa orang yang dianggapnya sahabat.

Mereka suka mencari kelemahan beliau untuk dijadikan bahan jenaka. Dia dijadikan bahan ketawa mereka sedangkan beliau sendiri tidak beranggapan seperti itu. Dia selalu dipermainkan, ditipu dan diperbodohkan untuk keseronokan dan gelak ketawa mereka. Rasanya apa perasaan kita jika kita dibuat seperti itu? Apa tindakan kita?

Beliau akui dia lemah tetapi dia juga ada perasaan. Beliau akui dia tidak sehebat mereka, tetapi adakah mereka layak untuk ketawakan beliau. Pelik bila batang hidung sendiri terkena, mereka terus menghukum kawan tersebut. Lebih lagi sampai tahap berdendam. Mereka kata mereka dimalukan dan diaibkan oleh beliau.

Rasanya korang pernah melalui keadaan seperti ini kan. Apa tindakan yang akan dibuat oleh kamu jika berlaku keadaan sedemikian?

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

32 comments:

Marina said...

kawan begitu tak boleh jadi kawan...kalau marina..lebih suker menjauhkan diri dr mereka ini..bukan merajuk, bukan mengalah..tapi lebih baik lone ranger daripada dapat kawan macam tu..

miss jambu said...

org mcm tu tak layak untuk di jadikan kawan..
org yng mempermainkan tu pula,jgn fikir dia pandai,terer boleh mengetawakan org lain..kerna setiap manusia tu ada kekurangan kelebihan sendiri..


Genk singgah sini..
Datang dari segmen yang sama
Semoga persinggahan genk ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara blogger..

GOOD LUCK YA!!

MENARIK DI genkcorner.blogspot
JOM BACA

1 ORANG TUA BIAR TERUS BEKERJA,ORANG MUDA BIAR TERUS MENGANGGUR

2.MAAF!!SAYA TAK LAYAN BLOGGER FOLLOWER CIPUT

3.GAMBAR GIRLFRIEND AMIRUL HADI ZAINAL

Unknown said...

erm.. org yg mcm tu sbnrnya bkn kawan.. adalah lebih baik jauhkan diri aje dr org yg mcm ni...

Kayu Manis said...

kita sebagai orang islam,dekatilah orang itu,berlemah lembut,rendahkan diri kita ini utk memberi nasihat,kalau orang itu tak dgr nasihat..berdoalah utk dia,moga Allah lembutkan hatinya..

maszull said...

salam kancil...org macam ni mmg x boleh dibuat kawan tapi kalau dah bekerja satu tempat n selalu berjumpa eloklah nasihatkn die dan kalau x boleh terima eloklah jauhkan diri dr mereka itu...:)

p/s semoga keinsafan terbit dr hatinya....:)

Unknown said...

kesian kawan kancil tu, minta dia banyak2 bersabar yer. Tuhan tu Maha Adil dan mendengar doa kita bila memohon pada Nya...

Entri untuk segmen pertama santri dah publish :

http://sun3tpini.blogspot.com/2011/09/panduan-untuk-memiliki-komputer-laptop.html

Unknown said...

cukup takot dgn kawan yg tikam blakang

Dkna Abza said...

kecian...

jangan aibkan orang takot makan diri...maruah orang bukan boleh dibuat main..

semoga kawan kancil dilindungi oleh-Nya...pasti dia kuat semangat...

Kancil 8349 said...

Marina :

betul tu...bukan merajuk sebenar tapi lebih baik jauhkan diri sebab boleh bergaduh dan tersimpan dendam kalau berlarutan

Kancil 8349 said...

C Genk Bah Ne :

tulah bah...harap kita tidak tergolong orang macam tu...

Kancil 8349 said...

Queen :

Betul tu...lebih baik kita jauhkan diri kita

Kancil 8349 said...

Cinnamon.com :

betul tu...Kancil sokong...moga kawannya berubah

Kancil 8349 said...

Maszull :

Salam Mama,

betul tu mama..Kancil pun nasihatkan dia lebih baik jauhkan diri sebab yang sakit nanti dia sendiri...

p/s harap orang tersebut berubah

Yumida said...

kawan blh dipilih..teman sejati sukar dicari...

Kancil 8349 said...

Santri :

memang kesian, Kancil pun pernah bercakap kat dia...kena bersabar dan insya - Allah doanya akan terkabul

Kancil 8349 said...

Khairul :

betul tu...susah nak tahu siapa mereka kan

Kancil 8349 said...

Adylia :

Insya - Allah, semoga dia kuat semangat...

Kancil 8349 said...

Yumida :

Kancil sokong tu...kawan sejati paling susah untuk dicari

Ce'gu JAERA said...

ehehehee.. Kalau tak silap rasanya macam aku kenal kawan itu.. ehehehe..

betul3x... kawan itu tak layak untuk dijadikan kawan.. namanya tu kawan talam dua muka.. depan baik, belakang tikam... apa gunanya kawan kalau mempertawakan dari belakang kita kan Ums..

bersabar sajalah.. ada hikmah atas apa yang berlaku. Setiap perbuatan pasti ada balasan..

C`ayob.com said...

sabar ko geng! siapa orang nya.....sini aku gigit di..nakal tau orang tu

Eera Shera said...

ciannye die..tak patot kwn die buat mcm tu. lebih tak yah kawan ngan orang cam tu. tak rugi ape pun. baik bwk diri sorang2..

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

Sori geng..ndak kau kenal kawan tu sebab korang ndak pernah jumpa lagi...hehehe...dia member sekelab aku dulu..

betul tu...ndak guna kawan macam tu...

Kancil 8349 said...

Ayob :

hehehe...kau taw gigit orang je...mana korang kenal dia sebab ndak pernah jumpa lagi...hehehe

Kancil 8349 said...

Eera Shera :

orang kata kita berfikiran tapi orang lain tidak sama apa yang kita fikirkan...betul tu...lebih baik kita bawa diri sendiri...

Dylla Abas said...

hmm..pernah ada kawan yg terkena macam ni.diri sendiri alhamdulillah belum pernah terkena lagi.tapi,bagi orang2 yg terkena macam tu,tak perlu susah hati.jauhkan je diri dari orang2 yg suka mengena tu.dan untuk orang2 yg suka mengena,jangan mengamuk bila korang pula yg terkena 1 hari nanti.wallhu'alam :)

Kancil 8349 said...

Dylla :

betul tu...itu yang Kancil nasihatkan kat dia...jauhkan diri...bukan orang tu bagi duit pun

Pen Biru said...

dah penah terkena dgn kawan sendiri..tikan belakang.depan kita manis ya amat..samapi mati sy tak lupa.biar Allah sj yg hukum dia

Muhammad Izuan said...

pndpt sy, glongan mcm ni bsikap tidak mtg. dn kdgkala mereka buat begitu smata ytk mnutup klemahan diri sendiri.

aamalinaazman said...

huk3
sedihnye diperlakukan sebegitu rupa
aduhaiii

Kancil 8349 said...

Pen Biru :

mesti kita sakit hati kan...tu je yang mampu kita ucapkan...moga dia diberikan hidayah

Kancil 8349 said...

Muhammad Burn :

Betul tu...seperti seorang kanak2

Kancil 8349 said...

Aimie :

mesti sedih kan...Kancil pun sedih juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...