Rakan Blogger

Tuesday, September 20, 2011

Bacaan Talqin

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Selamat datang ke blog Kancil 8349.

Bacaan Talqin ini sekadar perkongsian kepada semua pembaca dan Kancil tidak mengubahnya walau satu perkataan pun. Kancil mengambilnya daripada seorang rakan guru semasa melawat ke tempat PRAY baru - baru ini. Moga perkongsian ini membawa satu makna untuk kita semua.

Talqin dibaca setetalh seseorang meninggal dunia. Dari bacaan talqin kita boleh jadikan sebagai panduan dan bandingkan dengan amalan kita selama ini. Semoga dipermudahkan urusan ibadat kita supaya mudha untuk kita menjawab soalan2 ini nanti...amin.

Berikut adalah terjamahan bacaan talqin dalam bahasa rumi. Pada perkataan SAYA itu digantikan dengan nama orang yang meninggal dan gantikan juga nama ibu orang yang meninggal pada perkataan Ibu Saya.

"Bismillahirrahmanirrahim.

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar - besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar - besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA bin IBU SAYA, wahai SAYA bin IBU SAYA, wahai SAYA bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji - janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama - sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar - benar melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Munkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata :
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah Agama kamu?
Apakah Kiblat kamu?
Siapakah Saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama - sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan - soalan mereka dengan cermat dan sehabis - habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh gapah, biarlah tenang dan berhati - hati.
Hendaklah kamu jawab begini ;

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad Nabiku,
Islam Agamaku,
kitab suci Al - Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap : "La ila ha illahllah Muhammaddur rasulullah".
Wahai SAYA bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semual adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang - orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah - mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu  yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah - mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segalam amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, Kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassallamu alalmursalin walham dulilahi rabbil alamin

Setiap yang bernafas, pasti akan mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Terima kasih kerana membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

14 comments:

dhiera zainudin said...

thanx for sharing~ muhasabah diri saya semula~

Ainul Hayat said...

Terima kasih Kancil atas perkongsian yang sungguh berguna ni. Betul-betul boleh bagi kesedaran kepada kita yang masih ada ni.

Kancil 8349 said...

Dhiera :

terima kasih kembali yang penting dapat membantu

Kancil 8349 said...

Ainul Hayat :

terima kasih kembali...yang penting kita sama2 sedar

azeemazain said...

thanxx sharing,..insaf ziey =) sy org labuan, ba selalu la kita saling menyinggah ar,..keke..take care =)

Eera Shera said...

takut dgr talkin..rasa diri mmg betul2 x bersedia nk mghadap DIA

Dkna Abza said...

terima kasih kancil...

teringat waktu arwah abah meninggal...sayunya hati bila dengar talqin then nama arwah di bin kan dengan nama ibu (nenek).. :(

kasih ibu sampai syurga..kasih ayah sampai hujung nyawa...

Rean said...

betul tu, entry ni dapat memuhasabah diri..

Kancil 8349 said...

Zieyzain :

terima kasih...mula sekarang kita akan saling menyinggah

Kancil 8349 said...

Eera :

betul tu...Kancil pun ndak bersedia...sedangkan Kancil menaipnya pun dah rasa seram sejuk

Kancil 8349 said...

Adylia :

terima kasih kembali..

betul tu...

Kancil 8349 said...

imbobo :

terima kasih...

aizamia3 said...

sayu je rasa hati bila kita dengar bacaan talkin ini..

Kancil 8349 said...

Aizamia3 :


betul tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...