Assalamualaikum!
Selamat datang dan salam perpaduan kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Setelah sesi suai kenal dilakukan, maka aktiviti seterusnya ialah lawatan ke sekitar tempat PRAY. Anak - anak murid dibawa ke tempat mereka tinggal, tempat solat, tempat mandi, dapur dan tempat - tempat lain. Ada di antara murid SK St Patrick rasa bersyukur kerana mereka memiliki ibu bapa dan mereka juga rasa simpati terhadap rakan mereka dari PRAY yang tinggal di sini.
Jom kita lihat sekitar PRAY yang sempat Kancil ambil semasa sesi lawatan :
Anak murid SK St Patrick melangkah naik ke anak tangga untuk menuju ke ruang solat.
Tempat tidur anak - anak PRAY
Warden PRAY telah memaklumkan kepada kami bahawa bukan tiada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan katil. Tetapi pihak pengurusan telah bersepakat bahawa mereka tidak menerima katil kerana ruang terhad. Dan anak - anak PRAY rasa sesuai dalam keadaan seperti ini. Kancil pun suka sebab ruang besar dan selesa.
Pemandangan dari beranda rumah PRAY dan sudut bergambar aktiviti PRAY
Mini perpustakaan dan dapur PRAY
Menurut warden PRAY lagi, anak - anak PRAY Al Raudah ini merupakan anak angkat Universiti Tun Hussein Onn Batu Pahat. Terkejut juga Kancil mendengarnya. Jauh benar UTHM datang ke mari. Namun, Kancil rasa bersyukur kerana ada pihak yang sudi membantu mereka. Ada aktiviti lain lagi tapi dalam entri seterusnya.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
14 comments:
rezeki untuk anak-anak tu kancil...
Santri :
itulah orang kata...rezeki mereka...namun besar pahala yang orang yang membantu mereka
agaknya kalau saya wat segmen, ada org nak join ke kancil? hu3...
Santri :
belum cuba belum tahu...yang penting kamu promote kat 25 top comentators kamu tu...insya - Allah mereka akan ikut...
sungguh mulia hati2 org yg membantu...:)
Lieynanilaz :
semoga mereka dimurahkan rezeki
alhamdulillah =]
p/s: salam cek kancil..masih belom terima hadiah dari mimi ke? =]
heeee
hurm...rezeki mereka lah tu...:)syukur masih ada pihak yang turun memberi bantuan dan sokongan...
Aimie :
rezeki mereka...
p/s Kancil belum gi pejabat pos lagi...
Permata Biru :
tulah...memang rezeki mereka
salam kancil...alhamdullilah rezeki utk kanak2 itu pasti sentiasa ada...walaupun jauh mereka tetap dpt menjadi anak angkat UTHM....:)
Maszull :
Salam Mama,
betul tu mama...untung dorang...segala perbelanjaan belajar nanti akan ditanggung oleh UTHM
besar pahalanya kan...nak jadi sukarelawati kat sana boleh..
Cinnamon.com
betul tu...dan kalau berminat datanglah ke sana...boleh tu
Post a Comment