Rakan Blogger

Monday, September 19, 2011

Lawatan Muhibbah Ke PRAY Al Raudah # 4

Assalamualaikum!

Selamat datang dan salam perpaduan kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Selesai sesi LDK, acara seterusnya adalah menziarahi tanah kubur yang terletak bersebelahan dengan tempat PRAY. Setiap kumpulan akan berpecah dan menziarahi tanah kubur seseorang. Ustaz Rusli telah berpesan kepada kami semua bahawa jaga tingkahlaku dan percakapan. Kalau boleh minta izin kepada penghuni kubur untuk memberi sedikit pengajaran. Nasib juga dibuat pada waktu siang, kalau malam macam manalah agaknya yeah?

 Ustaz Rusli sedang memberi pengajaran kepada ahli kumpulannya. Ada dikalangan mereka yang menitiskan air mata

Pengajaran di sini ialah tentang kematian. Setiap makhluk akan merasakan kematian dan mereka akan dihisab di akhirat nanti. Segala amal dan kemungkaran akan dihitung pada hari tersebut. Tidak sangka, ia telah memberi pengajaran bukan setakat kepada murid tetapi kepada guru - gurunya juga. Bagi Kancil, inilah pengalaman pertama Kancil bercerita mengenai mati. Insya - Allah Kancil akan berkongsi maklumat mengenai Bacaan Talqin kepada semua rakan blogger.



Bagi anak - anak PRAY sekolah menengah, mereka menonton tayangan video mengisahkan seorang lelaki yang cacat namun mampu hidup sendiri tanpa bantuan orang lain. Kancil tidak sempat melihat video tersebut namun melihat wajah pelajar - pelajar tersebut, ada yang menitiskan air mata. Tidak kurang juga dengan guru - guru pengiring.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

20 comments:

Eddy Dce said...

kalau pergi kubur waktu malam...tkut jugak... :)
boleh dijadikan iktibar kisah video 2...

azam said...

setiap yang hidup akan mati....

ingatlah selalu

cik najihah said...

sy kalau dengar orang bace talkin rase takut sangat2

maszull said...

salam kancil ...semoga anak2 yatim tu dpt menghayati semuanya dgn baik sekali...:)

khairul said...

bagus aktiviti ni kancil..leh membawa kesedaran pd kita semua .

Sesi melahap dan next project .http://gilamodified.blogspot.com/2011/09/next-autoshow-project.html

Fitri Senin said...

semoga mereka mendapat iktibar dan semangat untuk menjadi insan yang cemerlang

dhiera said...

kalau kena pergi waktu malam, bukan takat budak2 tu saya pun takut jugak~

ayuyuuu :) said...

suka kanakkanak. lg2 yg perlu perhatian. love them :')

Kancil 8349 said...

Eddy :

sesiapa pun takut tapi kancil sudah dapat rasakan kehadiran makhluk lain bila sampai kat sana...memang seram

Kancil 8349 said...

Azam :

betul tu...terima kasih

Kancil 8349 said...

Cik Najihah :

sedangkan Kancil sendiri membacanya dah takut bah...

Kancil 8349 said...

Maszull :

salam mama,

betul tu Mama, bukan setakat anak2 PRAY tetapi anak2 murid SK St Patrick juga

Kancil 8349 said...

Khairul :

terima kasih bro...untuk semua orang...

Kancil 8349 said...

Fitri :

Amin...itulah yang diharapkan oleh kami semua

Kancil 8349 said...

Dhiera :

hehehe...Kancil lagi takut taw

Kancil 8349 said...

Ayuyuuu :

alhamdulillah...bolehlah jadi sukarelawan kat PRAY kan

ciK LyndaWawa said...

pandai ustaz tu bagi pengajaran kat budak2..=]

Kancil 8349 said...

Cik LyndaWawa :

supaya memberi kesedaran bahawa setiap yang hidup akan mati....

aimie amalina said...

kalau la boleh join sama ni
cikgu kancil...huuu

Kancil 8349 said...

Aimie :

boleh bah...kan kamu di Sabah juga...datanglah ke Tawau...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...