Selamat datang dan salam perpaduan kepada semua rakan blogger dan pembaca setia blog Kancil 8349.
Semalam, selepas balik dari tempat kerja. Kancil sekeluarga menziarahi jiran tetangga. Barulah ada masa untuk berjalan dan tidak elok kalau kita berjiran tidak ziarah ke rumah jiran. Lebih kurang pada pukul 9 malam, kami kembali ke rumah. Kancil terlalu penat pada ketika itu dan merancang untuk buka blog esok pagi.
Lebih kurang 1 pagi, bekalan elektrik terputus. Kancil terjaga dari tidur. Ketika itu juga kedengaran bunyi siren bomba, polis dan ambulans. Serentak lagi tu. Kancil menjenguk luar tingkap. Tiada apa - apa yang berlaku di sekitar kawasan kampung. Memandangkan terjaga, Kancil berniat ingin membuka blog Kancil. Tetapi hati kecewa, bateri laptop Kancil di level rendah hanya beberapa minit sahaja. Terpaksalah menunggu esok pagi.
Tunggu dari pukul 1 hinggalah ke pukul 5 petang, masih juga elektrik belum ada. Masa itu, nyamuk tersenyum gembira dapat menghisap darah sesuka hati. Kancil tidak boleh tidur dalam keadaan panas dan bernyamuk. Terpaksa berjaga. Tunggu punya tunggu, akhirnya terlelap sehingga terlupa solat subuh.
Lebih kurang 9 pagi, isteri Kancil kejutkan Kancil. Dia memberitahu bahawa ada kemalangan berlaku semalam di simpang masuk ke kampung kami. Kereta tersebut telah melanggar pencawang elektrik. Patut pun tiada elektrik sehingga sekarang disebabkan kemalangan tersebut. Kancil hanya sempat mengambil satu keping gambar semasa keluar dari kampung. Jom kita lihat di bawah :
Teruk juga kereta tu langgar sehingga kotak suisnya rosak habis. Nasib juga tidak berlaku letupan besar. Kalau tidak, terbangun kami semua. Disebabkan elektrik terputus, Kancil tidak sempat membalas komen - komen rakan blogger yang lain. Kejap lagi Kancil nak balas.
Terima kasih kerana membaca entri Kancil kali ini....
28 comments:
nampak terok jugak kemalangan tu .apa naseb driver tu ?
jom tukar link dgn saya.?
haish.. tiang letrik pencawang ni pun nk dilanggar yer.. ngantuk kot pemandu tue...
mcm kenal je tempat tu..dkt restoran singgah selalu ke?
menda yang kita tak jangka.. kita tak harap ianya berlaku tapi nak buat macam mana..
ptutla bunyi siren bomba..
langgar tiang elektrik 1 kmpg x de elektrik..
sbr eh..
kereta apa yg langgar? mesti keta besar kan? Teruk gila dia langgar. Biasanya org masuk simpang atau jalan kampung ni dah slow.
uiiii.. ganaz juga ye.... teruk kena langgar... aap cerita mangsa tu ums? koma ka kojol? ehehe
fuhh..mmg teruk tu..sampai bengkok tiang eletrik tu...
klu ade nyamuk mmg susah nak tidur kecuali mmg dh mengantuk sgt... :)
makkk aii
mang dasat la cek kancil
smp bengkok tiang letrik tu ha
aiyaaaak
cek kancil..maceh sebab jawab dengan betol...tengok ni...:
http://aimieamalinaazman.blogspot.com/2011/09/heeeeeberakhir-sudah-penantian.html
salam kancil...alamak teruknya excident tu sampai kotak suis wayar pun rosak...
yg excident tu selamat ke x...hehehe...:)
ganas nya orang tu bawak kete sampai macam tu rupa tiang nya. ish2.
dasyat jugak accident 2..arap sumenye kembali spt bese..
konklusinye kena drive hati2 supaya tak kemalangan dan tak ssahkan org lain tanpa api hehe
teruknya accident ni....moga selamat la mangsa tu kan
Khairul :
ndak tahulah apa nasib pemandu tu..sebab ada penumpang lagi tu...dorang mabuk semuanya...
tukar link tu Kancil belum bersedia buat masa nie...hehehe
Queen :
bukan mengantuk tapi mabuk...kereta tu melompat melanggar pembahagi jalan
Cleverspider :
restornan singgah selalu tu dekat batu 32..nie dekat batu 2 jalan Apas Tawau
Aizamia3 :
betul tu...ndak sangka...nasib juga tidak meletup
Cik Paro :
betul tu...lagipun takut berlaku letupan sebab kereta tersebut melanggar tembok pencawang tu
Simplyseoul :
katanya kereta unser toyota. kereta tu datang dari Jalan Apas hilang kawalan sampai di batu dua lorong Abdul Rahman. terlanggar pembahagi jalan dan melompat masuk ke atas pencawang
Gen2Merah :
orang kata koma je...tapi ramai orang kampung menyampah. disebabkan mereka mabuk telah menyusahkan satu kampung...
Maszull :
Salam mama,
koma sahaja mama...tapi tulah...macam tin minuman kena remuk kotak suis tersebut...
Siti Kektus :
dia mabuk tu jadi ganas...hehehe
Budak Kacamata :
harap macam tu lah...tapi mesti perit dia menanggung harga kotak suis tu...hehehe
Imbobo :
betul tu...berhati2 di jalan raya...
Meaw :
pemandu dan penumpang hanya koma je...
batu 2? eh baru2 ni ada kebakaran kat sana kan? yang kedai tu, ada masuk paper..
Lulu :
betul tu...1 malam kejadian tersebut terjadi...selepas kemalangan nie, esok malam kebakaran pula...selang beberapa kilometer dari kemalangan ini...Kancil ndak dapat post sal kebakaran tersebut...hehehe
Post a Comment