Rakan Blogger

Tuesday, September 6, 2011

Cerita Di Hari Raya Kedua

Selamat datang dan salam perpaduan kepada semua rakan blogger dan pembaca setia blog Kancil 8349.

Sebelum entri ini, Kancil ada bercerita mengenai keadaan hari raya pertama di kampung halaman. Entri kali ini, Kancil bercerita mengenai keadaan hari raya kedua. Kancil ada ramai sepupu sebelah emak. Mereka menetap di Lahad Datu. Pada hari raya kedua, mereka semua iaitu kakak kepada emak Kancil dan anak - anaknya beraya di Semporna.

Tiga buah kereta produa Viva secara konvoi datang ke kampung halaman Kancil. Kira ramai mereka. Setelah menjamu selera, kami sebagai tuan rumah mengajak mereka ke rumah keluarga yang lain di batu 2 Semporna. Jadi tukang tunjuk jalan. Kebetulan, Dato Shafie Afdal membuat rumah terbuka. Mesti trafik jem jalan raya di  batu 2. 

Kami melalui jalan Tanjung Kapor menuju ke Batu 2 Semporna. Baru di simpang jalan utama, kenderaan sudah mula bergerak perlahan. Dari simpang Jalan Tanjung Kapor Semporna sehingga ke Batu 2 sesak dengan kenderaan. Kalah pesta Regeta Lepa - Lepa. Setelah beraya di Batu 2, kami mengajak mereka ke pekan Semporna dan terpaksa melalui jalan Bukit Lalang untuk menuju ke pekan. Di jalan raya tersebut, kenderaan tidak banyak.

Kami pergi ke floating Semporna. Terkejut Kancil dengan bilangan manusia yang ramai di sana. Berhimpit - himpit di laluan kecil. Orang datang bukan beraya ke sana sahaja mahu membuang masa. Selepas floating, kami mengajak mereka ke Kampung Tampi - Tampi. Di mana tempat pemikinan filem Duyung lakonan Saiful Apek dan Maya Karin.

Kawasan tersebut dipenuhi ramai orang. Ingat tempat seperti ini tidak ramai orang. Rupanya, ada yang mengambil peluang untuk bermandi manda di sana. Selepas berjalan - jalan, kami berpisah di sana dan mereka kembali ke Lahad Datu lebih kurang pada pukul 4 petang. Terima kasih kepada sepupu - sepupu Kancil yang sudi datang jauh dari Lahad Datu. Esok, (hari raya ketiga) kami sekeluarga beraya di Lahad Datu.

18 comments:

aamalinaazman said...

waaa
siap mandi raya nih
hihihhi
camat ari aye cek kancil! =]

Kancil 8349 said...

Aimie :

ndak dapat mandi sebab ramai orang...hehehe...

Selamat hari raya untuk kamu juga

tia @ Ini Kisah Tia said...

wah berkonvoi :)

Ce'gu JAERA said...

wow weee~.. meriahnya raya kat sana ya ums... raya haji bawa lah kami ke sana plak.. ehehe

Cik Asma BLuppy said...

pesta regeta lepa lepa tu pesta pe?
hehe

Kancil 8349 said...

Tia :

seronok berkonvoi...macam rombongan meminang...hahaha

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

Insya - Allah geng...kita beraya di Semporna...hehehe...gi Pulau Bum - Bum tempat si Yusmin

Kancil 8349 said...

Cik Asma :

Pesta Air atau perhiasan kapal

maszull said...

salam kancil...wah bestnya gi jln beraya....

berkonvoi ramai2 mcm ni mmg best lagi2 masa raya mcm ni...:)

nuranne said...

Wah banyaknya jalan-jalan. Hehe...ni barulah manfaat Raya tu. Zaman sekarang banyak yang lepak di rumah ja, malas mau kuar.

syuzi syofia said...

dorg ni biase la... PANTANG dengar mkn FREE... sure dtg nye.. angkot sume anak pinak..!!

Kancil 8349 said...

Maszull :

Salam mama,

memang best mama tapi kesian kat rumah kami pergi...ndak terlayan dengan bilangan kami datang. hehehehe. 5 buah kereta dan ada 20 orang semuanya..

Kancil 8349 said...

Simply Seoul :

hehehe...keluarga besar....biasalah kunjung mengunjung...lagipun ia lebih mengeratkan hubungan sesama keluarga

Kancil 8349 said...

Syuzi :

bukan macam tu...tetamu datang jauh..kita hidangkan makanan...supaya mereka tak segan datang lagi. Hehehe...orang kata beri perkhidmatan terbaik...hehehe

aizamia3 said...

menarik.. ;)
best lah.. kalau dekat mau ku singgah.. ;)

Kancil 8349 said...

Aizamia3 :

hehehe..kena buat pintu sesuka hati nie...hahaha...

sue perbs.. said...

wah.. beraya sakan ye kancil

Kancil 8349 said...

Sue :

bukan selalu orang kata..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...