Rakan Blogger

Thursday, September 29, 2011

Hampir Melayang Nyawa Anak Kerana Kealpaan Ibu Bapa

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Tajuk entri ini berkaitan dengan kejadian petang semalam. Kancil memandu balik ke rumah lebih kurang 6.30 petang. Memandangkan jambatan jalan belakang kampung sudah diperbaiki. Kancil melaluinya kerana mengelak dari kesesakkan jalan raya. Biasalah orang pejabat balik rumah.

Sampai satu kawasan, Kancil bertentangan dengan kereta pacuan empat roda. Entah mengapa terdetik di hati Kancil untuk berhenti tiba - tiba sebelum kereta tersebut lalu di tepi Kancil. Rupanya ada beberapa orang kanak - kanak dalam lingkungan 6 hingga 7 tahun melintas jalan raya selepas pacuan empat roda tersebut berlalu. 

Nasib juga Kancil berhenti, kalau bergerak dan akan bertembung dengan kanak - kanak tersebut. Ada lagi satu cerita. Yang buat Kancil panas, ada emak kanak - kanak tersebut di tepi jalan. Tidak pun memarahi anak - anaknya. Kalau sudah terlanggar, mulalah kata orang "Buta", "Tidak Pandai Memandulah". Tahulah orang nie...cari kesalahan orang lain.

Kancil hanya mampu membunyikan hon kereta Kancil sambil kanak - kanak tersebut berlalu dengan gelak ketawa mereka. Mungkin mereka bangga terlepas dari maut. Bangga membuatkan pemandu seperti Kancil berhenti. Bagaimana kalau terjadi sebaliknya? Pemandu ke salah atau pejalan kaki yang salah?

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

40 comments:

Pen Biru said...

budak2 ni lesen agung..kalaupun diorang yg salah, kita yg tua ni jugak yg dipersalhkan..nasib2..

aizamia3 said...

kalau kita langgar, kita yang disalahkan.. anak2 tak tau kita ajarkan biar dia tau dan faham.. keselamatan diri jangan dipandang remeh..

Muhammad Izuan said...

pelik tp benar. budak2 yg nakal ni susah nk ditimpa kemalangan. mak bapak memang buat bodoh je. bagi dorang, nakal tu cerdas dan bijak. hmm...

Unknown said...

apa punya mak bapak..dh kena baru nk menyesal

Dkna Abza said...

paling parah kalau langgar budak sekolah..terang2 budak tu salah tapi undang2 tetap memihak kepada budak sekolah...

p/s penat dkna klik link komen nie...akhirnya dapat jugak komen...server opis dah tak betul!! tension...

Unknown said...

erm... biasa dah keadaan ni berlaku.. disebabkan kecuaian org lain.. org yg memandu ni disalahkan.. sedangkan kita memandu mmg dijalan yg betul.. ibu bapa mmg kena ambil perhatian dan ajar anak2 tentang keselamatan diri.

Sunah Sakura said...

bahayanya...mak bapak sepatutnya lebih prihatin...bukan buat sambil lewa..nanti da terhantuk, baru nak terngadah...

Unknown said...

biasa nya pemandu yg selalu disalahkn..padahal sebalik nya..mcm kes ni la...haihh..

♥ Vna ♥ said...

hurmmm selalu jugak jd macam nie kat area rumah yang mmg sesak dengan orang parking kereta kiri kanan so jalan makin sempit

kdg² nampak budak² umur 2,3,4 tahun main dengan bebas kat tepi jalan, x nampak pun orang tua kat situ..lagi satu, budak² yang balik dari sekolah dengan suka hati jalan sampai ke tengah² jalan..kite kena hon baru dorang nak ke tepi isssshh!

aamalinaazman said...

hayoooooo
bahayanya laaaa
aduhaiiiii
nyawa bukn bole dibeli

Dylla Abas said...

hmm..susah hati bila terpaksa b'depan dgn keadaan macam ni.manusia hanya tahu menuding jari menyalahkan orang lain.bila kita dah berhati-hati,orang lain pula ambil sikap sambil lewa.

Kayu Manis said...

saya salahkan ibubapa mereka, selalu terserempak,dgn budak2 kecik di biarkan merayau2..dlm hati berfikir,"mana mak bapa diorg."

Eera Shera said...

budak2 mungkin xtau..mak ayah dorang la kena ajar. mungkin jenis mak ayah yg tak bertanggungjawab kot

Fiza Rahman said...

Biasalah tu. Selalu gak terserempak ngan bebudak mcm nih, kekadang tgh berbasikal. Selamba jer main tgh² jalan...haihhhh...

Unknown said...

mak bapak kdg kala de yg terlalu cuai sehinggakan kecuaian mereka meragut nyawa anak sendiri..byk sgt kes2 cengitu masuk kt dlm paper....tersedak susu la...jatuh buaian la...kesian kan budak tu x berdosa pun...

3no gr33ny said...

lebih baik kehilangan harta dari kehilangan anak dan zuriat kita..btoi dak?

Ce'gu JAERA said...

hmmm, macam2 perangai kan..

Unknown said...

slalu dh kne mcm ni esp dpn sek...dgn penuh keayuan bdk2 ni melintas jln...xpndang dh kiri kanan...

Kancil 8349 said...

Pen Biru :

tulah pasal...geram betul aku dengan budak2 zaman sekarang...

Kancil 8349 said...

Aizamia3 :

betul tu...sebagai ibu bapa kita kena sentiasa menasihati anak sendiri..jangan terjadi baru terjaga

Kancil 8349 said...

Muhammad Burn :

kalau nakal tidak menyusahkan orang lain ndak apa...nie...berpada - pada juga nak bagi kebebasan..

Kancil 8349 said...

Adylia :

tulah pasal...ndak boleh kita buat apa2...

p/s : jangan tension...esok dah ok tu

Kancil 8349 said...

Queen :

betul tu...ibu bapa kena jaga anak2 mereka ketika melintas...jangan biarkan

Kancil 8349 said...

Sunah Sakura :

Kancil menyokong kenyataan kamu...mereka patut lebih prihatin..bukan pemandu

Kancil 8349 said...

Panggil Aku Han :

nasib juga ndak ada kemalangan...kalau tidak mati kena pukul Kancil

Kancil 8349 said...

Vna Sandhu :

itu bagus kalau hon dorang ke tepi...ada budak siap marah kita lagi...

Kancil 8349 said...

Aimie :

betul tu...nyawa hanya sekali...barangkali dorang anggap suci ndak ada dosa...tu yang berani mati kot

Kancil 8349 said...

Dylla Abas :

betul tu...mereka yang leka tapi orang lain jadi mangsa...

Kancil 8349 said...

Eera Shera :

barangkali kot...mereka memang ndak diajar oleh mak bapa

Kancil 8349 said...

Cinnamon.com

betul tu...ibu bapa jenis nie ndak sayang anak kali

Kancil 8349 said...

Fiza :

tu lah pasal...bukan guru di sekolah tidak diajar...dah berbuih tapi kepala otak tu keras macam batu...hehehe

Kancil 8349 said...

Tentang Kita :

tulah, ibubapalah yang patut jaga anak mereka bukan orang lain...tapi bila ada orang tegur...mereka pula yang marah

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

Kancil sokong tu...

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

betul tu geng...

Kancil 8349 said...

Ziraziz :

ingat kalau kena langgar boleh jumpa spare part ke...teruk bebudak kita sekarang nie

Kancil 8349 said...

Khairul :

tulah pasal....ndak berjaga2

maszull said...

salam kancil...bahaya nyer kalau kemalangan kn susah tu....:)

Kancil 8349 said...

Salam Mama,

Nasib juga tidak berlaku kemalangan...kalau tidak nahas kancil dikerjakan oleh orang kampung

maszull said...

salam kancil...mama minta maaf yer terlupa plak semlm nak bagitahu yg mama dah tag kancil dlm satu segmen....:)

Kancil 8349 said...

Salam Mama,

ndak apa...mama bukan sengaja pun...terlupa tu...hehehehe...apapun Kancil ucapkan terima kasih sebab tagkan Kancil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...