Rakan Blogger

Thursday, September 8, 2011

Kenakalan Anak, Guru Jadi Mangsa

Selamat datang dan salam perpaduan kepada semua rakan blogger dan pembaca setia blog Kancil 8349.


Entri ini sekadar perkongsian dan mungkin ramai guru yang pernah mengalami apa yang bakal Kancil kongsikan. Dan ini perkara biasa yang berlaku di mana - mana sekolah di Malaysia khasnya dan umumnya di dunia. Jika ada yang tersinggung, Kancil berharap fikirkan di sudut positif demi kebaikan anak - anak kita.

Acapkali murid berdarah atau luka, gurulah orang yang paling resah dan panik mengurus murid tersebut. Guru yang berada di dalam kelas tersebut berusaha untuk mengubati murid yang luka sehingga anak murid yang lain terabai seketika kerana seorang murid. Dalam masa yang sama berusaha untuk memujuk murid tersebut tidak menangis.

Bila masa guru tiada di dalam kelas, apa lagi murid - murid mula membuat bising di dalam kelas. Aktiviti yang paling mereka suka buat adalah berlari di dalam kelas. Lari punya lari terhantuk meja dan berdarah lagi. Guru yang baru mengubati murid yang berdarah, bertambah panik lagi. Itulah situasi sebenar keadaan seorang guru di dalam kelas.

Tetapi, ada ibu bapa terus menghukum guru. Terus membuat tuduhan tanpa bertanya punca dan sebab. Kalau boleh, gurulah yang bertanggungjawab di atas kecederaan anaknya. Yang paling tidak suka dengar ;

"Apa yang guru buat di dalam kelas?"

Tapi cuba kita tanya apa yang mereka (ibubapa) buat kepada anak mereka sehingga kenakalan berlaku di sekolah tetapi tidak di rumah? Kenapa? Sebab mereka tidak berpesan kepada anak mereka. Pernahkah mereka berpesan kepada anak mereka, jika tiada guru di dalam kelas, mereka kena mengulangkaji? Dan pernahkah mereka berpesan kepada anak mereka jangan bermain semasa berada di sekolah? Mungkin ada ibu bapa yang berpesan dan mungkin juga tidak.

Apapun, jika ibubapa tidak memainkan peranan dan membantu guru untuk mendidik anak mereka. Anak mereka pasti hanyut dengan dunia mereka sendiri. Sebab ibubapa lebih masa dengan anak - anak mereka berbanding dengan guru yang hanya beberapa jam di sekolah. Ibu bapa seharusnya mengambil masa terluang untuk bertanyakan apa aktiviti anak mereka di sekolah agar dapat menasihati mereka jika aktiviti tersebut membebankan mereka.

Pernah sekali, seorang ibu murid berjumpa dengan Kancil. Dia melarang Kancil mengajar anaknya melakukan aktiviti yang melibatkan banyak pergerakan seperti berlari dan melompat.  Kerana anaknya selalu penat bila sampai ke rumah semuanya kerana aktiviti pengajaran Kancill. Sedangkan masa mengajar Kancil hanya 30 minit dan itu pun bukan anaknya seorang. Ada 40 orang murid menunggu giliran untuk melakukan aktiviti tersebut.

Yang peliknya, dia tidak tengok apa aktiviti anaknya sewaktu di sekolah. Anaknya boleh bermain lari - lari selama 40 minit sebelum waktu persekolahan petang, 20 minit waktu rehat dan 15 minit menunggu bas anaknya datang.  Semuanya 75 minit setiap hari dan 375 minit seminggu. Sedangkan Kancil hanya mengajar anaknya 60 minit seminggu. Tapi yang menjadi punca anaknya penat tahap gaban setiap hari adalah pengajaran Kancil. Walhal, dalam seminggu hanya 2 kali sahaja berjumpa.

Itulah risiko yang dihadapi oleh guru apabila berhadapan dengan ibu bapa seperti ini. Terus menghukum guru tanpa usul periksa. Apapun, Kancil berharap ibu bapa yang diluar sana. Jika berlaku sesuatu kepada anak di sekolah, soal siasat dulu punca dan sebab ia terjadi. Dan janganlah disebabkan 'title' tinggi dalam organisasi, lupa pada 'title' seorang guru.

51 comments:

Unknown said...

Guru ibarat lilin, sanggup menerangi org lain sedangkan dirinya cair terbakar... terima kasih cikgu!

hadiah untuk org yg selalu jenguk blog saya :

http://www.4shared.com/file/08_I9FA1/T_LAHIR.html

aizamia3 said...

perlu ada tolak ansur dan komunikasi yang baik antara guru dan ibubapa agar tiada salah faham.. anak-anak pulak kenalah dengar cakap ibubapa dan guru.. cuba fikir atas tujuan apa dihantar ke sekolah..

haslinda said...

doodle for you... :)

http://cthaslinda.blogspot.com/2011/09/doodle-terakhir.html

syuzi syofia said...

hhhaaaa..!! memang BETOL sangat2!! sebenarnye mak bapak ni yg terlalu MANJAkan sangat anak2 dorg.. tu psl budak2 skang ni naik lemak... MENGADE2!! kene marah/pukul sikit mengadu kat mak ayah.. yg mak & ayah ni plak SENGAL.. men marah je cikgu tu tanpa usul periksa... haihh...

Dulu mase syuzi sekolah.. syuzi pnh kene marah & pukul dgn cikgu... then kengkonon blk umah repot la kt papa syuzi... then papa syuzi tanye.. "kenape cikgu pukul? takkan xde salah tibe2 je cikgu nak pukul? mesti ade sebabkan? sape2 pun takkan marah or pukul TANPA sebab..." dgn bendulnye aku jawab... "sebab keje sekolah tak siap..." laju je papa syuzi balas balik "PADAN MUKE!! LAIN KALI BUAT LAGI.." huhu...

pas dari tu.. mampos tak pernah report lagi.. sbb mmg betul pun.. klu xde salah.. takkan la gile cikgu tu x psl2 nk bantai org... kan?

Dkna Abza said...

dkna tag kancil kat sini :)

http://kasihsuci-whh.blogspot.com/2011/09/amadkhirs-first-giveaway.html

Mek Onie said...

tulah,mak bapak tau nak ngomplain je kan, selalu nak menangkan belah anak....

aamalinaazman said...

huuuu
berat tugas cikgu ni kan
eemmm
mungkin sebb ni sy x dpt jadi cikgu
even bape puluh kali dok apply pon
sebb nnti mesti jadi kes budak buli cikgu
huuu
sedg kan adik kat umah pon bole buli sy
petah lagi pulihan anak murid kat sekolah kan?
huhuhu
chayok2 cek kancil!

Unknown said...

betul tu kancil.. ibubapa skrg byk menuding jari kpd guru2.. mereka x sedar sebenarnya guru hny menjlnkan tggjwb dan ibubapa skrg juga terlalu manjakan anak2 mereka. Sokong komen cik syuzi syofia tue.

Anak queen yg kecil tu setiap hari queen akan berpesan spy jgn nakal2, jgn bergaduh dgn kwn2, jgn menangis, dan main sama2 dgn kawan setiap hari sebelum queen hantar anak yg kecil itu ke taska.

Alhamdulillah setiap hari pabila ambil anak dr taska queen akan tny pada pengasuh adakah anak queen nakal dan tidak mendengar kata. jika jwpnnya ya pasti queen akan marah dan nasihat anak yg kecil itu apa yg sepatutnya.

Ce'gu JAERA said...

tu sebab ibu bapa perlu paham dengan tugas dan beban seorang guru.. soal selidik dulu anak2 sebelum menghantam guru2

nuranne said...

Seseorang tu takkan faham tugas guru melainkan dia jadi seorang guru. Masyarakat boleh tuduh suka hati. Pelajar boleh cakap macam-macam pasal guru. Tapi cuma seorang guru faham akan keadaan guru.

maszull said...

salam kancil...cian nyer cikgu sekarang kan asyik aja kena hentam ngan ibubapa pelajar...

tapi kekadang mmg betul ada ibubapa yg x fikir mcm mana nakalnya anak2 mereka di sekolah...

tu pun masih nak salahkn cikgu cubalah selidik dulu anak2 mereka baik ke nakal kat sekolah tu...
bila dah ada kes semuanya nak salahkn cikgu di sekolah...:)

sabar je lah kancil semoga ada kebenarannya nanti...:)

Rohaizam Rosli said...

laha lah kalau ibu bapak maen nak serang cikgu jer... ni la ibu bapak sekarang... maen serbu jer... kalau dlu anak2 citer kna rotan dgn cikgu... bukan cikgu kna serang... ibubapa tmbh lg rotan kat umah ada la... adoih terlalu manja kan anak sampai kuat maen kat skolah, nakal dan makin melaha la anak2 tuh...

Aien Not Alien said...

betul tu cikgu kancil...nakalnya anak cikgu yang ditangankan oleh ibu bapa ni kadang2...

nakal budak dulu2 menjadi kenangan indah, nakal budak sekarang???

besar dugaan & tanggungjawab cikgu selain mengajar....

ct kektus said...

masa sekolah kalau balik ada luka ke apa, makin mak marah sebab diri sendiri cuai adalah. jrglah mak nak marah cikgu. sekarang je yg dah lain keadaannya. -_-'

Anonymous said...

biasalah tu.. mak bapak semua nak yang terbaik tapi tak fikir panjang.. nak anak tak penat tapi tak tahu aktiviti anak-anak masa kat sekolah selain belajar dan aktiviti koko..

terima kasih sebab nasihat Lia. :)

syuzi syofia said...

thanks QUEEN... (^_^)

Zul fattah said...

alamak.. x leh komen ni.. sebab saya la budak yg nakal tu..
haha.. tapi itu dulu.. skrang dah jadi budak baik dah.. haha..

Rean said...

betul tu,tugas guru sekarang ni sangat mencabar.. tak sama mcm dulu, sbb pemikiran ibu bapa dulu lain dgn pemikiran ibu bapa skrg..

sue perbs.. said...

jasa guru memg tak ternilai.. ibu bapa tak sepatutnya tunding jari kpd guru je..

Rashidi said...

sebab tu la budak skrng manje...sbab sgt dimanjekan oleh ibu bapa dorang...

kathy said...

dulu kalau sy mengadu dkt mak sbb kene marah cikgu or kene hukum, confirm sy kene sembur mak balik -.-' tapi x mcm mak2 skrg ni ank kene tegur ckit je ada yg nk bawak kat court T_T

Dylla Abas said...

tulah mslh ibubapa skrg.terlalu percayakan anak2 samapi tak perlu nak soal selidik dulu siapa yg betul siapa yg salah.terus serang tanpa usul periksa.yg jadi mangsa..para cikgu la!! selalu dh sy nmpk situasi mcm ni.dari zaman belajar sampai la skrg ni.tapi,sy mmg salute la dgn cikgu yg boleh hadapi perkara mcm ni dgn tenang.thumbs up!!

budak kacamata said...

cikgu zaman skrang ngan cikgu zaman dulu dh laen..kalo zmn dulu, cikgu rotan, parents ok jer..tp skang, rotan cekt pon dh jadik isu..sbnrnyer, sume kna maen pranan..baru xtimbul isu menuding jari sesama sendiri ye dak..?

Kancil 8349 said...

Santri :

terima kasih menghargai kami...dan terima kasih juga dengan hadiah kamu...

Kancil 8349 said...

Aizamia3 :

betul tu...tidak boleh tuduh menuduh sahaja...kena bawa berbincang...

Kancil 8349 said...

Haslinda :

terima kasih...comel doodle tu..hehehe

Kancil 8349 said...

Syuzi :

terima kasih...

apa yang dilakukan oleh guru mesti bersebab kerana guru sudah dilatih untuk bertindak demikian. Jika hukuman tersebut bukan kerana mendidik, rasanya lebih ramai budak suka bermain dari belajar

Kancil 8349 said...

Adylia :

terima kasih kerana tag Kancil, semoga kita berjaya dapat hadiah dia...hehehe

Kancil 8349 said...

Meaw :

sayang anak ada batasnya tetapi mereka terlebih batas menyayangi anak mereka.

Kancil 8349 said...

Aimie :

terima kasih cik Aimie...

dari satu sudut memang sakit menjadi guru tetapi dari sudut lain gembira dan seronok bila melihat anak didik berjaya menjadi manusia

Kancil 8349 said...

Queen :

Tahniah...tu yang sebenarnya dibuat oleh seorang ibu bapa. Sentiasa berpesan kepada anak2 mereka. Jika setiap ibu bapa seperti Queen, tidak akan berlaku masalah disiplin di sekolah

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

betul tu geng...mereka kena faham apa tugas guru. Sebab masing2 mempunyai bidang yang berbeza...mereka kerja menghadap komputer sedangkan guru menghadap manusia yang mempunyai akal dan perasaan

Kancil 8349 said...

Simply Seoul :

betul tu...kena sedar tanggungjawab masing - masing. Bila berada di tempat orang baru tahu betapa peritnya situasi tersebut

Kancil 8349 said...

Maszull :

Salam Mama,

terima kasih mama kerana memberikan semangat kepada Kancil. Betul tu...apapun berharap kita tidak seperti ibubapa yang menghentam terus guru

Kancil 8349 said...

Rohaizam :

betul tu...memanjakan anak sehingga apa yang dikatakan anak semuanya betul...teruk...

Kancil 8349 said...

Aien :

memang dugaan dan cabaran seorang guru pada masa kini. dulu hanya berhadapan dengan masalah murid sekarang masalah ibu bapa plak

Kancil 8349 said...

Siti Kektus :

memang betul pun..budak cuai...tapi tetap guru juga yang salah...di sekolah sudah dilarang jangan berlari...tetapi mereka berlari...bila ditegur...mengadu kat mak bapa...ndak ditegur...terjadi macam nie...guru juga dipersalahkan

Kancil 8349 said...

Lia :

hehehe...sesiapa pun nak terbaik tetapi kena nasihat tuan punya badan kan? bukan orang lain...hehehe

Kancil 8349 said...

Syuzi :

wakil kan Queen : SAMA - SAMA

Kancil 8349 said...

Zul Fattah :

nakal tapi ndak berani cakap kat mak bapa kan...hehehe

Kancil 8349 said...

Imbobo :

pemikiran yang berbeza membuatkan situasi menjadi berbeza. jika guru boleh memahami masalah keluarga murid mengapa plak ibu bapa murid tidak mengetahui masalah guru...pelik kan...

Kancil 8349 said...

Sue :

tulah pasal...hanya nila setitik rosak susu satu tin...

Kancil 8349 said...

Kahty :

tulah ada guru yang malas menegur kesalahan anak mereka. Rosak perkhidmatan guru dari segi gaji dan pangkat kalau disebabkan saman atau masuk court nie

Kancil 8349 said...

Dylla :

terima kasih kerana memuji guru...yang lucunya...guru - guru mana boleh menipu jika ada saksi yang melihat. tapi guru jugalah yang dikatakan penipu sedangkan anak mereka ndak tahu plak...

bila anak menipu bukan plak pergi minta maaf kat guru tersebut...jaga maruah konon

Kancil 8349 said...

Budak Kacamata :

betul tu...mengambil peranan masing2...guru mempunyai tanggungjawab sendiri dan ibu bapa kena akur tugas guru...bukan plak ibubapa yang mengatur tugas guru...ini sudah banyak berlaku di sekolah bandar

Yumida said...

title guru skrg ngn guru dahulu2..mmg jauh berbeza...dulu sebut jer nama guru..terasa kegerunan...

cuma guru2 di zmn moden ni dinasihatkn spy tidak bertindak melampaui batas..hukumlah pelajar dlm cara yg memberi kebaikan...

3no gr33ny said...

takut lak hamba nak hadapi saat bila mana hamba betol2 bergelar sbg guru..huhu

Kancil 8349 said...

Yumida :

beza betul kan guru dulu dan sekarang tapi itulah orang kata...makin hilang taring guru apabila campur tangan ibubapa dalam urusan sekolah

Kancil 8349 said...

3n gr33ny :

tidak perlu takut...hadapi dengan tenang dan tabah...apa yang digambarkan tidak semestinya benar

[sutera kasih] said...

kalau dulu sy takut dgn guru, takut sebab hormat..tp skrg ni..guru lg dibawa member..kdg2, ada yg bercakap dgn guru pun mcm x hormat

Kancil 8349 said...

[sutera kasih]

betul tu...sebab tu kebanyakan guru tidak mesra dengan murid dan pelajar nanti hilang rasa hormat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...