Rakan Blogger

Sunday, September 18, 2011

Lawatan Muhibbah Ke PRAY Al Raudah # 1

Assalamualaikum!

Selamat datang dan salam perpaduan kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Entri kali ini mengenail lawatan yang telah dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK St Patrick, Tawau pada pagi kelmarin. Seramai 15 orang murid dan diiringi oleh 8 orang guru menyertai lawatan tersebut. Ke mana kami melawat?

PRAY adalah nama singkatan bagi Persatuan Rumah Anak Yatim. Ia terletak di Batu 4 Jalan Apas Tawau berhampiran dengan tanah perkuburan orang Islam. Rasanya ramai orang Tawau tahu tempat ini tetapi bagi yang mereka belum pernah datang ke sini. Sebelum tiba ke Bandar Tawau dari Jalan Apas, kita akan menemui bulatan Keris di Batu 4. Simpang ke kiri masuk dari Jalan Apas dan Simpang kanan dari Bandar Tawau.

Seawal 8 pagi, semua murid sudah berkumpul di dewan terbuka SK St Patrick untuk pendaftaran dan sesi taklimat yang disampaikan oleh Kancil sendiri. Terdapat  beberapa orang murid yang tidak dapat menyertai lawatan ini. Mungkin ada sebab - sebab tertentu. Pada pukul 8.30 pagi, rombongan mula bergerak ke PRAY. Perjalanan mengambil masa 30 minit untuk sampai ke destinasi.

Tepat pada pukul 9 pagi, rombongan sekolah sudah sampai ke PRAY. Kami disambut dengan mesra oleh anak - anak yatim di sana. Untuk makluman pembaca, PRAY hanya menempatkan anak - anak yatim lelaki sahaja. Setakat ini anak - anak yatim perempuan belum ada lagi. Bukan tidak ada cuma tiada tempat untuk mereka belum ada.

 
       
 
  

Sesi pertama adalah sesi suai kenal antara PRAY dan SK St Patrick. Ia dipengerusikan oleh warden asrama PRAY itu sendiri. Semasa sesi suai kenal ini, ramai dikalangan anak - anak yatim malu dan segan dengan kehadiran kami. Namun melihat di wajah mereka, tergambar wajah kegembiraan.

 
 
 

Baju yang berwarna kuning adalah anak - anak PRAY. Manakala, kanak - kanak yang bukan berbaju kuning adalah anak - anak murid SK St Patrick. Lihat sahaja di dalam gambar gelagat anak - anak PRAY yang memperkenalkan diri. Malu sangat...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

6 comments:

nuranne said...

Baru tau kewujudan PRAY, butanya saya dengan daerah sendiri.

Unknown said...

dapat pahala bila mengusap kepala anak yatim, apa lagi kalau kita dapat membantu mereka...

Kancil 8349 said...

SimplySeoul :

ndak semua orang tahu kewujudannya geng...lagipun ia tersembunyi.

Kancil 8349 said...

Santri :

betul tu geng...rasa bertuah dan bersyukur kerana diberi peluang untuk berjumpa mereka

ct kektus said...

owh. persatuan rumah anak yatim. ingatkan pray tu ape tadi. hehe ;p

Kancil 8349 said...

Siti Kektus :

Kancil pun pada mulanya ndak tahu...tapi dah pergi baru faham

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...