Rakan Blogger

Tuesday, September 20, 2011

Sekadar Renungan Bersama : MATI

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Selamat datang ke blog Kancil 8349.

Seperti mana Kancil sudah janjikan, Kancil akan buat entri mengenai bacaan Talqin. [klik kat sini] Namun sebelum bacaan Talqin adalah lebih baik kita kenal apa yang dimaksudkan mati. Kancil ambil risalah yang telah dibuat oleh Ustaz Rusli sebagai panduan.

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Tiap - tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan ; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan"

(An - Anbiyaa' : 21 : 35)

Setiap makhluk ciptaan Allah pasti akan mati. Dan cara mati sesuatu makhluk berdasarkan kepada Kehendak - Nya. Kalau baik amalnya di dunia, maka baik juga cara matinya begitu juga sebaliknya.

Firman Allah SWT ..."Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamua apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)"

Pernahkah kita berfikir, bagaimana cara kita mati kelak? Adakah kita mati dalam keadaan yang baik atau mengaibkan? Kekadang, ada yang tidak mahu berfikir sebab tidak pasti bila dan di mana beliau akan mati. Orang seperti inilah yang akan lupa dan alpa pada nikmat dunia berbanding orang yang sedar bahawa mati akan menemuinya. Apapun, marilah kita sama - sama sedar dan bertaubat ke jalan Allah.

Mereka yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat. Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud ;

"Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur"

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

28 comments:

Isteri Encek Bard said...

terima kasih atas perkongsian

Niena Muhammad said...

syukran jazilan.... :)
Indahnya mati hari Jumaat..hari yg diimpikan...

azeemazain said...

wah nic entry..org tawau yah?salam kenal yah =)

Mama Amirul said...

bagi orang yang selalu ingatkan mati sentiasa mengimpikan dapat mati ngan penuh rahmat.

p/s: selalu berharap dapat mati dalam tidur... tak sakit lama2..

Dkna Abza said...

terima kasih atas ilmu :)

Dkna Abza said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

semoga mati dalam iman...insyaallah

Kancil 8349 said...

Isteri Encek Bard :

sama - sama...

Kancil 8349 said...

Niena Pengembara Ilahi :

semoga kita dapat rahmat pada hari kematian kita...amin

Kancil 8349 said...

Zieyzain :

terima kasih...hehehehe...Kancil orang semporna cuma bekerja di Tawau...salam kenal dari Kancil juga

Kancil 8349 said...

Ain1914 :

betul tu...dan Kancil pun impikan seperti itu

Kancil 8349 said...

Adylia :

terima kasih kembali

Kancil 8349 said...

Azam :

Amin...

Dylla Abas said...

selalu berdoa agar dapat mati dalam iman dan dalam keadaan yg baik..insyaAllah..

maszull said...

salam kancil...nice n3...bila kita terdengar bacaan talkin ni terasa insaf n berdoa agar kita mati nanti dlm keadaan yg baik InsyaAllah...:)

Unknown said...

selalu teringat akan mati bila:

1. Lewat solat/tinggal solat sbb meeting (teruk betul la, suka sgt wat meeting kul 5....pastu pilih tmpt yg susah nak cri surau n masjid)

2.Bertangguh nak call abah/mama/adik2 (terdetik dlm hati mcm mana klu x sempat call n tetiba jer izrail jemput dtg memanggil)

Anonymous said...

alhamdulillah.

terima kasih utk renungan bersama


terima kasih :')
rasa sebak pula..

Aien Not Alien said...

perkongsian yang baik untuk semua...

fauziahahmad said...

perkongsian yang baik...untuk renungan kita bersama....:)

Kayu Manis said...

setiap kali lepas solat, selepas tahiyat akhir,baca dlm hati doa,jauhkan dr siksa kubur,dan jauhkan dr fitnah dajal al-Masih...kemudian beri salam..

Kancil 8349 said...

Dylla :

Amin...begitulah yang kita hendakan

Kancil 8349 said...

Maszull :

Salam mama,

terima kasih mama...betul tu...kancil pun tersedar

Kancil 8349 said...

Tentang Kita :

Kancil pun macam tu...ada je yang menganggu tapi kancil berusaha untuk tidak macam tu

Kancil 8349 said...

Ayuyuuu :

terima kasih kembali...moga kita dilindungi dari azab kubur

Kancil 8349 said...

Fauziahahmad :

terima kasih..

Kancil 8349 said...

Cinnamon.com :

terima kasih kerana info tersebut...kancil akan praktikkan selalu...

Rean said...

sama2 kita beringat..aik 2 entry pasal mati ni, huhu

Kancil 8349 said...

Imbobo :

betul tu...sekadar perkongsian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...