Rakan Blogger

Saturday, August 6, 2011

Berbuka Puasa Bersama Sahabat Gen2Merah

Baru hari ke 6 berpuasa, saya dan sahabat saya, Gen2Merah merancang untuk berbuka puasa  bersama di highway Tawau. Sebenarnya, ada kedai makan dekat situ. Saya lupa apa namanya sebab saya bukan orang Tawau. Tapi tempat yang pernah dikunjungi oleh Alex Raja Lawak iaitu Kedai Ais Teler. Mohon maaf kepada warga Tawau. Jangan marah....hehehe.

Kami berjanji akan bertemu di tambak highway pada pukul 4.30 petang. Saja mahu datang awal sebab banyak cerita yang ingin dikongsikan terutamanya mengenai blog kami masing - masing. Saya lebih awal tiba di tempat kami berjanji. Tiba - tiba saya menerima panggilan daripada rakan saya Gen2Merah.

"Geng! Lewat saya sikit. Tolong mak saya beli barang"

"Ok! Saya tunggu kau"

Gen2Merah sedang berehat

Lebih kurang jam 5 tepat, rakan saya Gen2Merah tiba di seberang jalan. Sempat dia menjerit memanggil nama saya. Dia menuju ke arah saya. Kami pun mulalah bercerita mengenai blog kami masing - masing. Sempat juga cerita sal Blog Ben Ashaari dan Lulu Caldina.

kedai makan di mana kami berbuka puasa

5.30 petang, kami menuju ke tempat kedai makan. Mau order awal. Supaya makanan cepat sampai. Tahu - tahu lah tempat ini menjadi tumpuan oleh warga Tawau. Takut nanti orang berebut tempat duduk. Sebenarnya kami bertiga, seorang lagi tu rakan saya. Dia berkerja di Milimewah. Dia seorang perempuan dan saya kenali dia sejak tahun 1998.

Tepat 6.25 petang,  kedengaran bacaan doa makan dari radio stesen RTM Tawau, kemudian disusuli laungan azan. Selesai makan, kami bercerita sesama sendiri walaupun diganggu dengan letupan mercun daripada golongan remaja yang inign dipuji perangai mereka. Rupanya, rakan perempuan saya ini berkenal dengan adik kepada sahabat saya Gen2Merah. Jejak kasih bermula...hehehe...

Makanan untuk 3 orang 

Tepat pada pukul 7 malam, kami berpisah dan kembali ke rumah masing - masing. Ini merupakan kali pertama saya berbuka puasa bersama Gen2Merah sejak mengenalinya tahun lalu. Apapun terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana sudi temankan saya berbuka puasa bersama rakan saya.

24 comments:

Ce'gu JAERA said...

ko jugak lah ums.. macam wartawan ko sudah akhir2 ini.. tima kasi belanja kami makan2.. ehehehe

Kancil 8349 said...

Gen2Merah : bukan wartawan pok...hehehe...ok bah...aku yang ucapkan terima kasih sebab temankan aku belanja member aku tu....

Eera Shera said...

wah...cantik dah blog ni..lawa la header tu :)

aamalinaazman said...

waaaa..
syiuukkk oo..dapat jumpa rakan blogger ni kan..
wee..
di tawau la dua2 ni kan..bgus2!

Kancil 8349 said...

Eera Shera : lama menyepi...hehehe...header tu ada orang bagi. Peminat chelsea...:)

Aimie : ada ramai lagi, nie baru seorang....:)

si cantik sally said...

heheh bestnye bebuko di luor

Kancil 8349 said...

Si Cantik Sally : sekali sekala cik Sally...lagipun kami ndak sudah satu sekolah

CIK PARO! said...

abg saya kat tawau..nak terbang ke sana jugakla..boleh buka sama2 ...
hehehheheheheheh

LyaLuna said...

salam. sggh sini. wawahhh. sabah baaaa ~ >.< samat bposeee :)

http://yanadimple.blogspot.com/

elnino de moona said...

wah best... slmt berbuka posa...

Kancil 8349 said...

CIk Paro : Boleh bah...tidak menjadi masalah

Lyaluna : Selamat berpuasa kembali

Elnino : Selamat berpuasa untuk kamu juga

akoo said...

sdapnye makanan...huuu
=.=''

Kancil 8349 said...

Akoo Pae : Nama makanan tu nasi goreng aspal...

tia @ Ini Kisah Tia said...

huiyooo , merasa berbuka di luar :D

Aien Not Alien said...

bestnya dapat jumpa, berbuka sama2 blogger..hehe..

cikgu said...

cikgu, join x blog KAMI CIKGU BLOGGER?

Kancil 8349 said...

Tia : pertama kali bah nie kami berbuka sama2

Aien : Memang best....

Fad : saya belum jumpa lagi tu blog...

Niena Muhammad said...

teringin nk ke sabah

cikgu said...

cikgu,tu blog tuk cikgu cekgi..hehe..blh klik kat side bar cikgu fad ye..

Kancil 8349 said...

Niena : datanglah ke sini...

Fad : terima kasih, saya sudah join...:)

miss jambu said...

uina siuknya..
membari dangki eh dpt bbuka ma rakan blogger ne

Kancil 8349 said...

Genk : sekali sekala jumpa rakan blogger a.k.a bekas rakan sejawatan

Lulu Caldina said...

ceh mesti ngumpat...ekeke

Kancil 8349 said...

Lulu : mana ada kami mengumpat...cuma memberi pendapat mengenai kehebatan dua blogger nie je...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...