Terdengar bunyi paluan kompang dan gendang yang dipukul oleh remaja - remaja kampung ini. Mereka suka melakukan aktiviti ini selain tidak terjebak dengan kegiatan yang merugikan pada diri mereka. Bunyi - bunyian ini bertujuan untuk mengejutkan orang kampung agar bersiap untuk bersahur. Bagus juga ada mereka, senang juga kita terjaga.
Berharap, tahun ini tidak seperti tahun lalu. Tahun lalu, lagi parah. Parah disebabkan pergaduhan dengan kampung sebelah. Punca tidak dikenalpasti dan andaian saya mungkin kerana kalah dengan bunyi bising dari kampung sebelah atau sebaliknya. Orang kampung menjadi takut dengan pergaduhan mereka. Takut lemparan batu mengena kereta atau cermin rumah lebih teruk tengah bersahur batu terkena di kepala.
Nasib juga tiada kemalangan jiwa atau kecederaan serius berlaku pada tahun lalu. Kalau tidak, sudah masuk paper cerita tentang pergaduhan tersebut. Berharap mereka sedar akan tanggungjawab mereka. Kalau tidak, ada yang beraya di penjara disebabkan pemikiran yang singkat mereka itu.
5 comments:
apa pun semuanya kita hadapi dengan senyuman. Selamat bersahur di hari pertama buat ums dan sekeluarga
ayooo
boleh sampai gadoh2 ye
adohaiii
Gen2Merah : terima kasih geng...Selamat bersahur juga daripada kami sekeluarga
Aimie : kalau mulut cabar mencabar...tu lah akibatnya...
erm,,manusia,,kdng bukan mo cari jalan penyelesaian dgn baik,,mo juga begaduh..walhal makin begaduh mana masalah mo selesai
Genk : Betul tu...sebab itu kita kena bertenang...
Post a Comment