Rakan Blogger

Tuesday, August 23, 2011

Cikgu! Dia Kutuk Nama Bapa Saya... # 2


"Amirah! Kamu tahu kenapa cikgu panggil kamu nie?"

"Ndak tahu cikgu"

"Semalam, ada kawan kamu cakap kamu kutuk nama bapa mereka. Betul ke tu Amirah?"

"Ndaklah cikgu! Mana ada saya cakap."

"Amirah! Cikgu ndak suka anak murid cikgu menipu. Jujur dengan cikgu lebih baik daripada menipu."

"Dorang kacau saya dulu cikgu. Dorang kutuk mak saya."

"Jadi! Kamu pun kutuk dorang balik?"

"Eya cikgu! Dorang cakap mak saya ndak sayang sama saya. Sebab itu mak saya lari ke KK" Air mata Amirah jatuh ke pipi. Hati saya bertambah sedih. 

"Amirah! Cikgu faham perasaan kamu. Jangan bersedih. Ndak bagus. Dorang cakap saja tapi dorang ndak tahu Mak kamu lebih sayang dengan kamu. Bukan Mak kamu ada datang baru - baru nie. Ini bermakna dia sayang sama kamu"

"Aku ndak suka dikacau oleh dorang. Aku mana ada kacau dorang pun"

"Kalau kita diam, dorang akan penat sendiri juga tu. Tapi kalau kita bising dan marah - marah sama dorang. Lagi dorang suka. Mana kamu mahu pilih? Diam atau bising?"

"Diam cikgu!"

"Kamu datang ke sekolah untuk belajar. Dan itulah yang selalu dipesan oleh mak bapa kamu. Bukan kamu dipesan untuk bergaduh dengan orang lain. Lebih baik berdiam dan berdoa pada Tuhan, supaya kamu dilindungi oleh - Nya."

"Baliklah ke kelas, tapi ingat pesan cikgu. Biar mereka kutuk kita jangan kita kutuk mereka. Sebab orang mengutuk banyak dosa."

"Eya cikgu!"

7 comments:

- abdul hadi abdul muti - said...

budak budak memang macam tu cikgu. waktu saya kecik-kecik pun selalu kes-kes macam ni jadi. mungkin pengaruh mak bapak yang suka mengata orang kot. huhu

Anonymous said...

kesian kat budak tu.. sampai ati budak2 tu..

ainondreamergirl♥ said...

budak2 slalu gaduh mcm neh. hal kecil pon boleh jd besar bila dgn budak2. sabar ye ckgu. haha

Danial Razak said...

kesian budak tu..
tapi budak2 memang suka mengejek kan..masa sekolah dulu pun tak terkecuali..=P

Kancil 8349 said...

Abdul Hadi Abdul Muti : salah satu faktor ia terjadi macam tu

Cik Pika : memang kesian

Ainondreamegirl : hehehehe...sebelum sampai ke mak bapa selesai di peringkat sekolah

Danial : betul tu, orang dewasa apa kurangnya tapi dalam betul gurauan

aamalinaazman said...

huhuhu
sedih jek
sebb dulu mse kecik2 selalu cm ni gak

Kancil 8349 said...

Aimie : memang betul tu...tapi kena sedar sendiri bahawa ia hanya ungkapan yang hanya melemahkan semangat sahaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...