Rakan Blogger

Saturday, August 13, 2011

Hari Kokurikulum Dalam Bulan Puasa

Selamat datang dan salam perpaduan untuk semua rakan blogger yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari Sabtu begini, ramai yang dibuai mimpi indah dan ada juga yang mengambil peluang sebegini duduk bersama keluarga setelah 5 hari berkerja. Lain pula halnya kami guru - guru SKSP. Atas tanggungjawab, kami turun ke sekolah untuk memberi ilmu.

Bilangan murid tidak ramai yang hadir. Mungkin kerana keadaan hujan lebat awal pagi tadi menyebabkan ramai yang tidak hadir. Begitu juga dengan guru - guru sekolah. Mereka tidak hadir kerana ada urusan lain seperti menghadirkan diri dalam peperiksaan mereka. Namun, aktiviti pada hari ini tetap diteruskan.

Saya telah merancang lebih awal apa pengisian yang perlu saya buat untuk hari ini. Memandangkan bulan puasa, so aktiviti hanya melibatkan in - door class. Tajuk aktiviti adalah perkhemahan. Sebelum saya memulakan kelas saya, rakan sejawatan meminta bantuan saya agar semua unit beruniform bergabung memandangkan bilangan murid tidak ramai kecuali unit pengakap.

Kesemua unit tersebut adalah PBSM, Tunas Puteri, Puteri Islam, TKRS, Silat, Takewondo dan St John. Mereka bergabung dalam satu kelas dan satu aktiviti. Seperti biasa, kami menyanyikan lagu Negaraku barulah melakukan aktiviti. Saya sendiri yang memberi taklimat mengenai perihal perkhemahan. Di mana khemah tersebut dirikan dan tempat mana yang paling sesuai. 

Selepas taklimat, saya mengajak anak - anak murid untuk melakukan aktiviti pertandingan mendirikan khemah yang terbaik. Alhamdulillah mereka melakukan dengan baik setelah diberikan taklimat dan mereka memahami cara mendirikan khemah yang baik. Jom kita lihat aktiviti tersebut.

6 comments:

C i k P i p i T e m b a m said...

ohh cikgu rupenye :) best la kan hari2 dpt jumpa budak2 . sweet !

Unknown said...

ahah best dan bagusnya..

kita masuk u baru tahu pasang khemah sebab pergi kembara mahasiswa kelab di kampus dulu2..huhu..kenangan..

maisarah sarah said...

wah cikgu ek.best2 =)

Kancil 8349 said...

CikPipiTembam : Memang best dan gembira...lebih2 lagi bebudak comel...hehehe

Atiqah : hehehe...samalah kita tapi saya buat pendedahan awal sebab sekolah kami tidak lama lagi ada perkhemahan

Maisarah : terim kasih

ana raihana said...

pening kan layan karenah depa semue

Kancil 8349 said...

Ana : Memang pening....tetapi kalau kita pandai psikologi dengan nada ketegasan...murid2 akan layan kita nanti juga...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...