Rakan Blogger

Tuesday, August 23, 2011

Hormat Pada Orang Lain Dan Orang Akan Hormat Kepada Kamu


"Cikgu! Saya tidak puas hati dengan cara cikgu. Mengapa kami dilarang untuk membentangkan laporan kerja kami cikgu?"

"Iya Cikgu! Kumpulan lain boleh membentang laporan mereka. Mengapa kami tidak. Ini tidak adil bagi kami cikgu. Bukan senang kami mahu buat laporan kami. Sampai 3 pagi kami membuatnya cikgu."

"Apa yang kamu buat semasa kumpulan lain membentang?"
"Kami mendengar cikgu."

"Apa yang kamu dengar?"

"Hmm...suara mereka tidak kuat cikgu. Kami tidak dengar dengan jelas."

"Kalau kamu tidak dengar dengan jelas tetapi kamu pandai membaca kan? Apa yang mereka paparkan di slide show tadi? Kumpulan dorang si Ali?"

"Hmm...tidak ingat Cikgu. Banyak betul kumpulan tadi."

"Hanya 3 kumpulan sudah tidak ingat. Atau kamu memang tidak mendengar dan melihat pembentangan kumpulan lain?"

Terdiam mereka semua.

"Cikgu rasa adil jika kamu kumpulan tidak membentang, sebab kamu tidak memberi tumpuan pada pembentangan kumpulan lain malah membuat bising di dalam kelas."

"Markah pembentangan kami cikgu macam mana?"

"Cikgu bagi kosong!"

"Janganlah begitu cikgu. Kesianlah kepada kami cikgu."

"Cikgu lebih kesian kepada kumpulan yang membentang. Mereka penat bersuara di hadapan tetapi kumpulan kamu tidak mendengar. Bukan cikgu tidak tegur? Sudah banyak kali. Tapi kamu tidak hormati saya sebagai guru kamu dan rakan - rakan lain di dalam kelas. Kamu ingin dihormati tetapi tidak menghormati orang lain. Apapun, ini pengajaran buat kumpulan kamu. Cikgu tidak mahu ia berulang lagi"

"Baik cikgu! Kami minta maaf."

18 comments:

Norhisham Nordin said...

betul tu... apa yg cikgu tu buat mmg patut dijadikan pengajaran...

sally wanny said...

tegasnya cikgu!
hehe

patut la sy xleh jd cikgu.
sebab lau saya dirayu sbgitu psti sy dah bagi.

Unknown said...

cikgu mmg kena tegas! hehehehe

Abby Salvatore said...

sokong tindakan en.kancil!
budak2 ni x ble di bagi muka sangat.lau x,naik kpala kan.

bravo!bravo!

Dkna Abza said...

betul tu...

fiqas said...

cikgu yang tegas nih...

Aien Not Alien said...

kadang-kadang kena bertegas dalam mendidik ni, kalau macam situasi ni, memang patut... ^_^"

Cikgu Kancil, saya ada tag cikgu join segmen, jika sudi boleh join ye.. maaf kalau rasa kurang selesa kena tag... ^_^"

CIK PARO! said...

Tindakan yg betul..
kdg2 kita tak perasan apa yg kita buat boleh menyinggungkan perasaan org lain..

lisa lis said...

baru paham knp cikgu buat cam tu ikhs3x....~

dulu pun time pbantangan selalu da yg xdbenarkan buat pbentangan~ ingatkan sbb depa wat bising jew..

baru paham mksud tsurat seorang guru~

biela bell said...

budak2 mcm nie kdg tak boleh bg muka sgt..nanti naik tocang..tindakan yg bagus :)

My Name is Mar said...

Ho-ho-ho!
Terasa aku!

Unknown said...

ckgu kncil mmg bagus! dgn dak2 nakal ni mmg kene tegas ckit.hehe

asma bluppy said...

pernah kena mcm ni.. hikhik

Azeelia Azman said...

ok pernah kena smash dlm tuto bi masa kat matrik arituh sbb xpay attention pd kawan yg tgh present kt depan.

lepas tu, insaf dah.haha
:D

Dylla Abas said...

tegasnya cikgu ni.tp betul la apa yg cikgu buat tu.tindakan yg tepat :)

Kancil 8349 said...

Norhisham : terima kasih

Sally : supaya mereka tidak buat kesilapan lagi

Queen : betul tu

Abby : terima kasih Cikgu Abby...betul tu...

Adylia : terima kasih

Fiqas : Ndak tegas sangat pun

Aien : terima kasih dan Kancil dah ikut segmen tersebut

Cik Paro : betul tu, sebab itu apa sahaja tindakan seseorang mesti bersebab

Lisa : hehehe....baguslah kalau macam tu

Cik Bell : terima kasih

My Name Is Mar : sori bro...ndak ada nama mu nie...hehehe

Sakurasue : terima kasih

Asma : sesiapa pun pernah kena

Azeelia : baguslah kalau macam tu...insaf

Dylla : terima kasih...

Unknown said...

tindakan yang sgt bagus...dengan cara tue mereka dapat menyedari kesilapan mereka :)

Kancil 8349 said...

Cheqhaizan : terima kasih dan memang betul pun...kalau tidak mereka ndak sedar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...