Saya nak postkan entri ini semalam. Tetapi tidak sempat sebab idea tidak ada. Sehinggalah sekarang baru dapat idea...hehehe. Nak taip kena jaga penggunaan bahasa yang sesuai supaya orang tidak mudah tersinggung dengan kita. Kalau main taip je. Kita anggap lain orang anggap lain pula walaupun niat kita hanya berkongsi pengalaman.
Berbalik pada tajuk di atas. Ia berlaku di sekolah saya kelmarin. Setelah mendaftar kehadiran di bilik penolong kanan, saya terus menuju ke bilik guru. Di sana 2 orang murid perempuan sedang menunggu saya. Dari jauh mereka sudah tersenyum - senyum melihat gelagat saya melangkah ke hadapan.
"Cikgu! Tadi si Jasman lontar kami pakai batu, cikgu" sapa seorang murid perempuan. Saya berkerut dahi di hadapan bilik guru.
"Kenapa dia tiba - tiba lontar kamu pakai batu?" soal saya kepada murid tersebut.
"Tidak tahu cikgu, kami buang sampah cikgu. Tiba - tiba dia lontar pakai batu," jawab seorang murid lagi. Aik! perkataan tiba - tiba nie. Bikin saya tertanya - tanya. Ada yang tidak kena nie. Soal siasat bermula.
"Tiba - tiba? Tak kan dia main lontar sahaja"
"Eya cikgu, menangis si Asmah kena lontar batu"
"Mustahil si Jasman lontar kamu dulu nie. Mesti kamu ada cakap sesuatu hingga dia buat macam begitu"
"Ndak cikgu! Tiba - tiba dia lontar batu ke arah kami"
"Cikgu tidak percaya. Apa yang kamu sudah cakap sama si Jasman?"
"Tiada apa - apa cikgu" dua orang murid perempuan menjawab serentak
"Macam inilah, cikgu nak cerita sedikit. Anak seekor anak kucing berjalan di hadapan kamu. Tetiba kamu cekik lehernya. Apa kamu rasa tindakan anak kucing tersebut?"
"Mestilah dia mencakar cikgu" jawab mereka berdua.
"Kalau kamu biarkan, macam mana pula?"
"Dia tidak cakar kamilah cikgu"
"Sama juga dengan si Jasman, kalau kamu tidak cakap atau buat sesuatu dengan dia. Tentu dia tidak melontar batu ke arah kamu"
"Sebenarnya cikgu, kami lontar sampah ke arah dia". Memang sah mereka yang mulakan dulu. Saya tahu kenakalan si Jasman. Dia nakal bermain sahaja tetapi tidak sampai membuli atau memukul orang.
"Tengok tu, kata si Jasman yang mulakan. Dah! pergi balik ke kelas. Jangan buat cerita yang bukan - bukan dengan cikgu. Memang salah kamu. Dan memang kamu layak kena lontar." tegas saya.
"CIKGU!"
Setiap kejadian ada sebab dan mengapa yang terjadi. Sebelum menghukum pihak yang satu. Kita kena tahu jalan cerita sebenar. Supaya hukuman tersebut bukan berat sebelah atau tidak adil. Bebudak sekarang pandai menipu tetapi tidak pandai berlakon. Apapun, budak dulu dan sekarang berbeza.
Kalau dulu kita selalu menganggap apa yang dikatakan oleh budak, semuanya adalah benar kerana mereka jujur. Tetapi ia berbeza pada zaman sekarang. Bergantung kepada kepintaran kita melihat riak wajah budak - budak tersebut.
15 comments:
assalam cgu..
hiiihi ckp sy cgu cya x...huhu
sy guraw jea...
salam ziarah dr jauh nun d sna...
pandai budak sekrg menipu..
masa cik paro sekola, nak menipu cikgu pun xberani..
Pure : Salam...hehehe
Cik Paro : perbezaan zaman dulu dan sekarang. Rasa hormat diserapkan dari rumah
kita jangan mudah percaya di sebelah pihak.. selidik dulu baru buat keputusan agar keputusan yang kita buat itu tidak membuatkan kita rasa bersalah di kemudian hari..
Aizamia3 : Memang betul...sebab itu saya dah biasa dengan perkataan tiba - tiba nie....
boleh saya copy ilmu mendidik murid di sekolah saya juga... (",)
cikgu Ma : boleh bah...
betul3.sebab itu kalau ada kes repot merepot mcm ini,kedua belah pihak kena di panggil serentak supaya tahu cerita sebenarnya.
begitu jugaklah ngan kehidupan ni,jgn terlalu cepat menghukum org berdasarkan cerita sebelah pihak sahaja.setiap tindakan yg di laku kan oleh seseorg mesti ada sebab mengapa dia melakukan perbuatan itu.
haaaa...siap sudah SAPS!terus lancar kan mengomeng?:P
saya setuju.. apa berita buruk pun, kita kena kaji seldik dulu kebenarannya.. jangan sampai kita tersalah anggap dengan mereka
budak2 sekarang akalnya panjang, kelentongnya pun pandai.. kita dulu nak menipu tak pandai...
Abby : Betul tu. Kena panggil kedua - dua supaya tidak tergantung cerita nanti. Ohh...dah siap SAPS eya...senanglah hati tu
Gen2Merah : eya betul tu Cikgu Dil...kaji selidik dulu
Fiqas : tulah budak zaman sekarang...nak buat macam mana
Banyak twist dlm cerita budak2 skrg.
Simply Seoul : Memang betul tu...bikin sakit kepala kalau dorang dah pandai twist...
garang juag cigu ani ah,,hehehe
tp itulah murid2 nak ambil simpati,walhal perkara tu mereka yg mulakan ttp meletakkan kesalahan dgn org lain
Genk : Bukan garang tapi tegas..hehe..
Post a Comment