Kali ini aku tidak mahu kehilangan dia lagi. Cukup menyeksakan bagi diriku. Enam tahun masa berlalu. Enam tahun aku membayanginya selalu. Aku hampir melupakannya. Sekarang dia muncul lagi. Aku tak mahu lagi kehilangannya. Aku nekad mahu menghubunginya lagi.
'Assalamualaikum! Apa khabar?' Nani menaip mesej yang ringkas ke dalam telefonnya. Hatinya berdebar - debar menunggu balasan mesej tersebut. Nani tidak sedap duduk dan dia sering membelek - belek telefonnya. Tiba - tiba bunyi mesej keluar dari telefonnya. Cepat - cepat dia membuka mesej tersebut.
'Waalaikumsalam! Khabar baik! Maaf...siapa nie? Nombor kamu tiada dalam list phone saya.'
Alhamdulillah. Dia menjawab mesej saya. Saya pun lupa untuk memperkenalkan diri saya. Hehehe...gembiranya hatiku.
'Maaf! Saya Nani.'
selang beberapa saat dia membalas mesej Nani.
'Nani!..yang mana satu eya'
Eh!...tak kan ramai kawan perempuan dia bernama Nani nie...lagipun laju dia menaip mesej.
'Nani...sahabat pena kamu. Tak kan dah lupa...baru - baru nie kamu hantar surat kepada saya'
Nani terus menekan punat send. Tiba - tiba, dia menerima panggilan telefon daripada seseorang yang dia kenali. Namanya tertera Aiman.
Nak jawab ke? Aduh! Nani berasa tidak menentu. Dia bergerak ke hadapan dan belakang dalam biliknya seperti cacing kepanasan. Akhirnya dia menyambut panggilan tersebut.
6 comments:
wah...saspennya! 6 thn suara yg dirindu...
kancil, walaupun dlm list yg ke-159, tak bermakna yg terakhir tapi org yg terbaru di dalam list komen blog sy.
hehehe...biasalah...cerita...
eya ke...:)
ohwooo . sambung2 ni ..
Tia : sabar peminat...akan bersambung esok...hehehe
ni realiti ke bukan?hehehe
Maisarah : rekaan semata - mata...tapi yang pasti ada diluar sana pernah mengalami cerita sebegini...
Post a Comment