Tut, Tut, Tut...bunyi deringan handset dari dalam beg Nani. Nani lekas - lekas menyeluk ke dalam beg tangannya sambil meraba - raba mencari handsetnya.
Siapalah pula yang buat panggilan nie? Hish! Susah betul juga mahu cari benda ala nie...
Akhirnya, dia dapat mencari handsetnya. Dia melihat skrin handsetnya. Tertera nama Aiman. Terus disambutnya panggilan orang tersebut.
"Hello"
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumsalam!"
"Nani! Boleh saya jumpa kamu sekarang?. Saya ada di lobi hotel nie. Saya tunggu kamu "
"AH!...sekarang?" Nani rasa terkejut seperti dia tidak mempercayainya. Aiman ingin berjumpa dengannya.
"Kenapa? Kamu ada kerja ke?"
"Tak...Bukan macam tu. Bagi saya masa sedikit. Boleh kan?"
"Baiklah!...Saya tunggu kamu. Terima kasih. Bye!"
"Bye!"
Aik! Mamat nie, kata sibuk ndak dapat jumpa. Tiba - tiba datang mahu berjumpa. Aduh! Baru aku teringat, macam mana rupa orang nie. 6 tahun tu. Mesti banyak perubahan. Pakaian aku nie okay ke.
Nani menjadi tidak menentu. Dia menjadi panik dan kelam kabut di dalam bilik hotelnya. Sebelum ini, dia ada memaklumkan kepada Aiman bahawa dia akan turun ke kota raya atas urusan rasmi. Selain itu, dia berharap dapat bersua muka dengan Aiman. Namun, dia dimaklumkan bahawa Aiman mungkin tidak dapat berjumpa dengan dia kerana kebetulan tempat kerja Aiman ada pameran.
Setelah setengah jam bersiap, akhirnya Nani turun ke lobi hotel tempat dia menginap. Dalam perjalanan menuju ke lobi. Pelbagai persoalan timbul di dalam hatinya.
Aku dah tidak ingat rupanya bagaimana? 6 tahun tu masa yang agak lama. Lagipun, inilah kali pertama aku bersua muka. Harap aku masih ingat dengan dia.
Setiba di lobi hotel, tiada seorang pun lelaki yang berdiri di dalam lobi tersebut. Nani mencari - cari kelibat Aiman. Tiba - tiba ada seorang pemuda menyapanya dari belakang.
"Assalamualaikum! Nani kan?"
Nani berpusing ke belakang dan melihat wajah pemuda tersebut. Degupan jantung bergerak pantas. Sehingga tiada kata yang terpacul dari mulutnya. Kali ini, dia betul - betul berdiri di hadapan lelaki yang diminati sejak 6 tahun lalu. Nani terpegun melihat wajah pemuda tersebut.
Senyumannya masih tidak berubah, tapi fizikal badannya yang berubah. Akhirnya terubat rinduku dengan senyumannya.
[bersambung klik]
[cerita sebelum ini klik]
14 comments:
then lepas 2?
Bibi : Hehehe...akan bersambung lagi...tunggu yeah
amboi2...cerpen ke novel ni..hehe
leh terbitkan buku cenggini hehe
Fad : hehehe...entahlah..novel kot
Niena : insya Allah
Azam : Hehehe...esok saya cerita..
xhbs lg pun
nak nad promot blog ni yer?nnti nad wat segmen promot lagi yer..tapi yg dalam FB tu yg dah join segmen abg ben..:)
Nurani : macam ada 3 bab lagi...lepas tu habislah
Nad : terima kasih...:)
Kancil..fit bkn buat segmen la :) tp fit suka tgk slamdunk,dragonball,shin chan
wahhh, cite best..kena follow perkembangan cita ni neh. hihihi
best one ! xsbr nk tgu sambungan nyer waaaa !
Fitri : Kalau kamu buat segmen...kancil orang pertama ikut...hehehe...bestkan kartun2 tu
Nadia dan Suzadin : terima kasih...kejap lagi nak buat sambungan cerita nie
tak sabar nak tggu smbungan dia :D
Post a Comment