Kancil masih belum tidur lagi masa nie. Macam mahu menunggu hingga sahur. Nak taip pun, tak de idea. Kalau ada pun, cerita orang yang tidak lengkap. Tidak lengkap dari segi fakta dan jalan sebenar cerita. Petang semalam, Kancil ada bertanya dengan seorang guru perempuan. Mengenai cerita tersebut. Namun dia sendiri pun tidak ingat. Tapi dia tahu mengenai cerita itu.
Rasa - rasanya, korang yang berstatus guru tentu tahu cerita mengenai seorang murid yang didenda setiap hari. Kancil nak berkongsi cerita dengan semua pembaca. Kalau yang dah tahu cerita, Kancil mohon maaf sebab ubah beberapa fakta. Kalau ndak tahu tu, bah...jom kita baca pasal seorang murid.
Di sebuah sekolah sidang petang, ada seorang murid tahap 1 sentiasa lewat datang ke sekolah. Murid tersebut telah diberikan surat amaran sebanyak 2 kali. Namun dia masih lewat datang ke sekolah. Tiap - taip hari pula tu kecuali hari Jumaatlah. Asal dia lewat datang ke sekolah, guru disiplin akan menghukum murid tersebut dengan merotan tangannya. Bila kena rotan, dia tetap tersenyum berbanding dengan rakan yang lain. Semua akan menitiskan air mata.
Bila ditanya, dia tidak menjawab dan hanya mengukir senyuman ke arah guru yang menghukumnya. Guru tersebut merasa hairan, apa masalah murid tersebut. Suatu hari, dia menemui guru kelas murid tersebut dan meminta alamat rumah murid itu. Guru itu ingin siasat apa punca murid tersebut lewat datang ke sekolah.
Pada keesokan harinya, guru tersebut pergi ke rumah murid itu. Diperhatikan rumah muridnya dari jalan raya. Tepat pada pukul 12 tengahari, murid tersebut berlegar - legar di beranda rumah. Seperti menunggu seseorang datang. Pada pukul 12.30 tengahari, murid tersebut belum lagi bergerak dari rumah. Dia masih berada di beranda rumah. Guru itu berasa hairan. Mengapa dia tidak bergerak lagi?
Sedang guru tersebut ingin keluar dari keretanya, tiba - tiba muncul seorang murid sedang berlari ke arah rumah murid itu. Manakala murid tersebut berlari ke arah murid yang sedang menuju ke rumahnya. Rupanya, itu adalah abangnya yang bersekolah pagi di sekolah yang sama. Mereka bertemu di tengah - tengah laluan rumah mereka. Abangnya membuka baju kemeja putih yang dipakainya dan diserahkan kepada adiknya. Adiknya terus berlari menuju ke sekolah.
Akhirnya, guru tersebut mengetahui punca kelewatan muridnya. Dan beliau rasa terharu dengan keadaan tersebut. Itulah sebahagian cerita yang telah diajar kepada kami sebagai seorang guru. Sebelum menghukum seseorang murid, mesti tahu punca dan kenapa ia terjadi. Agar hukuman tersebut tidak berat sebelah.
Kancil tidak seberapa ingat cerita ini dan sememangnya Kancil tidak pandai bercerita. Kancil berharap, korang terhibur...
2 comments:
tersentuh rasa hati ni, secara realitinya memang ada kisah macam ni, cuma kita yang tak tahu...
sama ada jadi cikgu atau apa2 pun, sebagai manusia kita mesti kena adil juga dalam menghukum....
kes lain sebagai perkongsian la..adik saya pernah kena denda sebab dikatakan bergaduh dengan anak seorang cikgu disekolah walaupun ramai saksi mengatakan anak cikgu tu sendiri yg memulakan dulu..tapi cikgu yang denda adik saya tu merupakan mak budak tu...paham2 je laaaa :p
tapi mak saya tak salahkan cikgu tu, mak saya salahkan adik sebab tak cuba mengelak dari bergaduh.. ^_^"
Aien : Bukan setakat di sekolah, tapi di tempat kerjapun sama. Tapi, bagi saya... orang nie tidak pandai mengurus dirinya selain suka meminta bantuan orang lain. Orang inilah yang akan bermasalah...memang sakit hati...Kancil pun pernah mengalami situasi tersebut.
Post a Comment