Selamat datang dan salam perpaduan kepada semua rakan blogger dan pembaca setia Kancil 8349. Kisah ini hanya perkongsian dan bukan bertujuan untuk memalukan sesiapa. Jika ada terasa, Kancil minta maaf.
Sebelum ini, ada seorang rakan blogger bertanya kepada Kancil, apabila menjadi pensyarah nie tiada seorang student ke terpikat dengan pensyarahnya? Tentulah ada. Lebih - lebih lagi pensyarah muda. Tapi satu kelemahan Kancil adalah tidak memahami isi hati perempuan. Isteri Kancil sendiri mengakuinya...hehehe..kisah ini berlaku sekitar tahun 2005.
Kancil menerima satu mesej daripada seorang pelajar perempuan. Mesejnya berbunyi macam ini.
"Assalamualaikum sir! Apa khabar? Sir buat apa?"
"Waalaikumsalam! Sir sihat...tiada apa - apa yang mahu dibuat. Kamu apa khabar?"
"Tiada apa - apa sir. Sir...bulan depan hari jadi saya. Sir tahu ke?"
"Tahu...kenapa?"
"Saya mahu minta hadiah. Sir boleh berikan kepada saya?"
"Boleh! Setakat yang termampu oleh sir. Apa dia?"
"Boleh ke sir bagi dengan saya?"
"Kan sir dah cakap tadi. Kalau mampu sir boleh bagi."
"Malulah sir"
"Apa yang dimalukan? Bukan selalu sir bagi hadiah nie?"
"Saya nak hati sir. Boleh?"
"Hati! Kamu ada masalah hati ke?"
"Tiada sir, saya cuma nak miliki hati sir. Boleh?"
Terdiam Kancil beberapa jam. Memikirkan kehendak budak tu. Banyak benda yang terlintas di dalam fikiran Kancil. Dia masih belajar, masih muda dan masih belum ada pengalaman. Sedangkan Kancil, masih luka dan parah ditinggalkan kekasih. Belum terubat lagi luka. Hehehe...
28 comments:
hehehe.... student skang nie, xleh tgk lecturer muda skit.... ada jer nak masuk line....
kene hati2 sir...ahakz.
aiyakkk
sir..
macam mana maw selesai kes ini budak..
hayoooo
fuyooo.. cam best je.. ada peminat.. student cikgu ke tu?
haha.. budak2 zaman skarang ni pelik la.. bukan cikgu dah kahwin kn? dia tak tahu ke?
minat terlampau sampai berani meluahkan isi hati, sedangkan dia bukan tak tahu keadaan pensyarah dia macam mana..
biasanya begitu lah terjadi pd lecturer2 bujang kan?
tp masa abby study dulu x la seberani student en.kancil ni.Paling2 pon pandang2 dr jauh jak...keke
Lecturer bujang memang famous. Saya pernah 'terminat' juga sorang lecturer ni. Tapi minat ja lah. Then kawan saya bagitau actually tu lecturer tu pun dah berkahwin, dengan studentnya sendiri. Hehe.
wahhh......dasat student minat nie..hhe
salam....mama harap jawapan dr kancil tu ikhlas dr hati yg jujur ye...
kalau boleh katakn boleh kalau x bagitahu ngan cara yg elok utk memahamkan gadis itu...
x salahkn lecturer bercinta dgn studentnya sendiri,pokok pangkalnya hati...
cinta itu buta...
hahaa.student perempuan memang macam tu..tengok lecturer muda sikit mula la angau..kat kampus pun macam tu..tapi tak der la sampai nak cakap macamtu kan..hahaa..=)
huhu...beselah. lecturer muda mmg fofular di kalangn student.hihihihi
tp ckgu kancil dah kawin kan?
Abis 2 ap keputusan sir sekarang?
Nice entri... Salam idulfitri, maaf zahir dan batin yer... dari Santri Nurul Iman..
Pn. Sheila :
memang betul tu...berlumba - lumba...tapi Kancil garang taw...hehehe
Atiqah :
Memang berhati - hati..bukan dia pilihan Kancil juga...
Aimie :
Kancil bagitaulah pasal masa depan dia...macam mana...
Zul Fattah :
Kisah ini sebelum Kancil bergelar guru...sebelum nie pensyarah kolej
Aizamia3 :
memang betul...lagipun Kancil baru beberapa bulan jadi pensyarah...hehehe
Abby :
hehehe...kalau tak berani orang kata nanti rugi...tapi Kancil tetap menganggapnya pelajar Kancil
Simply :
hehehe...ada hati juga rupanya...tapi Kancil masa nie bujang lagi...masih mencari orang kata
Asyieqin :
Hahaha...nie tidak dikira dasat...ada lagi yang lebih teruk....nanti kancil ceritakan
Maszull :
Salam,
Mama...kancil sudah maklumkan kepada dia bahawa kancil masih kecewa dan belum bersedia untuk terima sesiapa...pada masa tu...hehehe..
memang ndak salah tapi bahaya bagi kancil
Danial
Hehehe...Kancil pada mulanya tidak sangka tapi biasalah bila kita minat seseorang kita kena bertindak sendiri dan Kancil tidak salahkan dia pun
Sakurasue :
Memang betul tu..paling popular...masa cerita nie kancil belum lagi ada kekasih...aka belum kahwin..
Miss Normala :
Kancil maklumkan bahawa kancil belum bersedia sebab kancil pada masa tu masih terluka dan berduka dek ditinggalkan kekasih.
Santri :
Terima Kasih
Selamat Hari Raya Aidilfitri
salam aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin :)
Lulu :
Salam Aidifitri,
Maaf zahir dan batin...:P
Post a Comment