Rakan Blogger

Friday, August 5, 2011

Mercun Oh Mercun

gambar hiasan

Kelmarin, sewaktu tiba di sekolah. Saya letakkan kereta saya dihadapan bilik guru. Kebetulan ada beberapa orang murid sedang beratur memanjang di hadapan bilik guru. Saya perhatikan di dalam kereta satu persatu. Kalau sudah berkumpul nie, confirm ada masalah disiplin. Dalam barisan murid tersebut, beberapa orang murid sedang menangis ketakutan.

Keluar dari kereta, semua mata murid tersebut tertumpu ke arah saya. Sambil tersenyum saya melangkah ke arah mereka dan bertanya apa yang mereka sudah lakukan.

"Cikgu! Dia bawa mercun cikgu" salah seorang murid menuding jari ke arah rakannya. Rakannya yang dituding, menundukkan kepalanya.

"Jadi kamu nie kenapa plak?" tanya saya kepada yang lain.

"Dia bagi kami main cikgu. Dia yang bawa itu mercun." Plak! Kes berat nie. Saya terus menuju ke bilik pejabat Penolong Kanan untuk mendaftar kehadiran. Kebetulan, Guru Penolong Kanan Hem ada di dalam pejabatnya. Saya memaklumkan kepada beliau mengenai perkara tersebut. Dan beliau meminta saya membawa mereka ke sana.

Beberapa minit kemudian, Guru Penolong Kanan Hem memberi arahan kepada saya untuk melakukan spot check ke atas semua beg murid - murid sidang petang.  Dengan bantuan beberapa orang rakan dan kesemua pengawas, kami terus melakukan spot check ke atas beg mereka. 

Semasa melakukan spot check, seorang rakan sejawatan menceritakan tentang kes mercun yang pernah terjadi di sekolah ini. Ia berlaku pada tahun lalu. Di mana seorang murid tahap 1 (tidak tahu tahun berapa), telah melontar mercun ke arah rakannya dan mercun tersebut, termasuk ke dalam poket baju lalu meletup. Akibatnya, murid tersebut mengalami kecederaan sedikit.

Sebelum terjadi apa - apa lebih baik bertindak awal. Murid - murid kita hanya tahu berseronok dan belum berfikir matang lagi mengenai kesan permainan mercun ini. Walaupun, sudah berulang kali ditegah dan dilarang. Namun, itulah sifat budak. Ini budak, yang remajanya lagi. Aduh!...

Bukan saya tidak pernah main mercun, pernah bermain. Tetapi tidak menyusahkan orang lain. Bermain dengan izin keluarga. Tapi bebudak sekarang, main buang mercun tidak kira tempat, asal lapang buang sahaja. Yang penting ia meletup. Tidak kira rumah orang atau kereta orang. Kalau ditegur, tunjuk belang. 

Apapun, ibu - ibu dan bapa - bapa di luar sana, tegurlah anak - anak kamu dan bukan orang lain yang menegur anak - anak kamu. Jangan sudah terjadi, baru salahkan orang lain. Baru cakap itu ini. Baru menyesal.

30 comments:

Ce'gu JAERA said...

ini lah anak-anak melayu kita.. asal tiba ramadan galak main mercun2 ni.. semalam tengah asyik tido, terkezut pulak kejutan bom mercun ole budak2 luar sana.. binawe tul...

org cina walau main mercun pun hormat gak ngan jiran tetangga.. nanti dah kena lebur tangan baru tau.. huhu

Kancil 8349 said...

betul tu Cikgu Dil, ingat aku dengan seorang budak SKBP yang melecur mulut gara - gara mercun. Budak pemulihan juga...ada kau buat entri khas untuk dia...harap dia tak main lagi tahun ini

Abby Salvatore said...

betul tu en.Kancil.Biarpun saya tak pernah main benda alah ni(sebab takut)tp budak2 zaman saya dulu main mercun x pnah men-susahkan org lain.Budak2 sekarang main mercun mesti lah gi lempar kat kwn atau depan rumah org lain.Annoying!Irritating!Saya x suka mercun.Bising!!!!!

Bunga api best!

ana raihana said...

erm berni sgt depa tu

Kancil 8349 said...

Abby : bila rasa hormat tidak diserapkan dikalangan anak - anak bangsa kita. Ia bermula dari rumah. Inilah akibatnya.

Ana : cakap kat depa pun bukan depa mahu dengar. Tapi bila depa dah terkena baru depa menyesal...manusia

aamalinaazman said...

mercun pop2 enah la maen..hahaha
mercun yg dasat2 tu nda k lagi..hehehe

Kancil 8349 said...

Aimie : hehehe mercun yang tidak bahaya...

Mrs. Norrie said...

budak2 apa tahu....
hidup nak gumbira sepanjang masa kan....

Kancil 8349 said...

Mrs. Norrie : Gembira yang tiada batas baik buruknya...sebab itu kena tunjuk jalan..hehehehe

Anonymous said...

asamasin:cikgu!saya nk bli mercun.. :D

Kancil 8349 said...

Asamasin : cikgu bukan penjual mercun lah...hehehe

AsyieqiN Rkey said...

nakal..

penah men mercun gak..belakang hostel...ahhaha...

Ilaasuhailaa said...

bahaya betol budak2 skrg..karang kalo putus jari ke pe ke..lagi parah..haish..

aizamia3 said...

dulu dengan sekarang tak sama..
budak2 sekarang lagi advance..
nasib baik nampak.. kalau tak.. buatnya dorang main dalam kawasan sekolah kan ke banyak pihak susah..

fana said...

fana penah main mercun bola
hehehe..

cikgu said...

huh!nti cedera sek disalahkan..tau dah..mak ayah yg patut prihatin cek beg anak dan jgn belikan mercun..

Rai said...

masa kecik suka jugak main mercun..tapi main secara berhemah la..hehehe.

Kancil 8349 said...

Asyieq : memang nakal...budak orang kata

ila suhaila : itulah sudah dilarang tapi masih gak buat

Aizamia3 : betul tu, mereka lebih advance dan tidak berhati2

Fana : memang seronok sebab kita pandai berjaga

Fad : betul tu, nie sek je yang disalahkan...bila ditangkap sekolah juga disalahkan

Rai : betul tu...orang dulu ndak pernah ada putus jari...

♥ Cik Nur Elyana ♥ said...

jgn la men mercun.bgus lagi.hehe

Kancil 8349 said...

Cik Nur Elyana : Itu yang sepatutnya....

Bicara Bisu said...

assalam..tq ya sb folow..

jgn marah yer..ihihi

salam ziarah...

Kancil 8349 said...

Pure Mahabbah Fillah : hahaha...ndak marah pun

Cikgu Ma said...

mercun...zaman bila pun orang x kan serik...=)

Kancil 8349 said...

Cikgu Ma : memang betul ndak serik tetapi zaman dulu lebih bertauliah berbanding sekarang. Dulu pandai lagi jaga keselamatan

~syue syada~ said...

saya kecik2 dlu suka men mercun.tp mak ayah salu ad sekali..

sekarang, kt tmpat saya sndri pon,ank main mercun, mak ayh entah ke mana, anak2 baling ikot suka kat keta org.. sabo jela~

Kancil 8349 said...

Syue Syada : Tulah zaman dah berubah...tiada pemantauan sehingga rasa menghormat orang lebih tua sudah tidak ditekankan oleh Ibu Bapa zaman sekarang....sebagai contoh main mercun nie....

LyaLuna said...

huhu biaselatuu. kt skola dlu ade je yg bwk mercun. tym na blaja mlatah sne sni tkjutt heehee >.<

http://yanadimple.blogspot.com/

Kancil 8349 said...

Lyaluna : kebiasaan ini boleh menyusahkan orang lain. kalau mercun sejenis permainan yang tidak mencederakan mungkin tidak akan diharamkan. Malah boleh wat orang jatuh sakit kerana terkejut...hehehe

miss jambu said...

masa genk skolah dulu,spot chek yg paling genk takut,,
dan menariknya,,genk juga pernah ktangkap main mercun hehehehe..nasib kes selesai ngn cara bik..lepas tu genk dah tak buat..huh!

Kancil 8349 said...

Genk : nie mesti nakal masa sekolah...kalau tak mengapa takut...heheheh gurau je...kesilapan dulu membuat kita matang agar tidak mengulangi lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...