Selamat datang dan salam perpaduan untuk semua rakan blogger dan pembaca setia Kancil 8349.
Kali ini Kancil ingin berkongsi pengalaman Kancil semasa bergelar seorang pensyarah kolej di ibu negeri Sabah. Ketika itu Kancil berusia 23 tahun dan baru habis belajar di UiTM Shah Alam. Masa itu juga belum lagi konvo. Kancil dapat tawaran kerja untuk mengajar pelajar - pelajar diploma. Subjek yang Kancil ajar adalah Matematik Asas.
Kancil menerima jadual kelas daripada Dekan Akademik. Melihat pada jadual tersebut, Kancil akan mengajar pelajar Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam subjek Matematik Asas. Ini merupakan kelas pertama Kancil bersama pelajar - pelajar ini. Kelas bermula pada pukul 2 petang. Kancil terus menuju ke kelas, 5 minit lebih awal. Sampai di kelas, tiada seorang pelajar pun.
So, Kancil pergilah ke belakang kelas. Duduk di belakang sekali. Menanti pelajar - pelajar datang ke kelas. Lebih kurang 10 minit, barulah sekumpulan pelajar datang dan masuk kelas. Pandangan pertama Kancil terhadap pelajar - pelajar nie, mereka bersepakat dan sentiasa bersama walaupun kumpulan besar. Ini terbukti sepanjang mereka belajar di sana.
"Eeee....ada pelajar barulah"
"Mana?"
"Dibelakang tu"
Aduh! Dorang ingat Kancil nie pelajar baru. Mana tidaknya, wajah Kancil masa tu masih lagi muda. Wajah baby face orang kata. Hehehe..
"Assalamualaikum! Pelajar baru ke?" seorang pelajar perempuan menegur Kancil dibelakang.
"Waalaikumsalam. Bukan!"
"BUKAN???...hahaha."
Kancil terus bergerak menuju ke meja pensyarah dan meletakkan buku Kancil di atas meja. Sambil memandang mereka semua. Mereka terasa terkejut.
"Assalamualaikum semua" Kancil memberi salam kepada mereka.
"Oi...jangan buat lawak...sedarlah sikit. Kau tu budak baru." tiba - tiba seorang pelajar lelaki bersuara di tempat duduknya. Sambil yang lain tergelak melihat saya di hadapan. Saya hanya mampu tersenyum.
"Saya dah beri salam. Kamu semua tak jawab salam saya kira sudah berdosa." Melihat saya bersuara dengan tenang. Mereka terdiam sambil memandang antara satu sama lain.
"Waalaikumsalam!" jawab mereka yang segelintir.
"Kenapa kau berdiri di depan. Mahu kenalkan diri ke?"
"Eya! Boleh saya kenalkan diri saya?"
"Wow...hebatnya pelajar baru nie. Bah...kami mahu kenal"
"Saya .....(nama dirahsiakan). Merupakan pensyarah kamu dan saya akan mengajar kamu subjek Matematik Asas." Sambil mengukir senyuman ke arah mereka semua.
"Dialah pensyarah kita" kedengaran salah seorang pelajar bersuara. Barulah mereka duduk betul dan memberi tumpuan sepenuhnya di hadapan saya. Inilah kenangan pertama saya mengajar pelajar - pelajar DKM.
37 comments:
mesti xsenang duduk budak yg sound tu hehe..ingtkn student rupenye pensyarah hehe
hehehehe comel sgt kot pensyarahnya.. yela lgpun baru 23 tahun kan... masih muda remaja gitu.. ;)
well sya nak jadi pensyarah tp msh belm tercapai lg.. dulu lps degree ingt nk smbung buat master tp mak plak x bg..
katanya nnt lambat kawin asik nak belaja ajer.. hahahahaha
hehe... skang ni student lgi hebat dr lecturer... kalau lecturer kecik jer harus dorang kata student...
nak tlg jwb kat QueeN TerataI boley....
xpe la kawin lewat asal cita2 tercapai... jodoh Dia yang tentukan...
pengalaman mendewasakan kita dalam melayani kerenah pelajar..
hahaah wah terbaek lah..mesti besh kan...
salam...wah mesti kancil mcm student lg tu sbb masing2 ingat kancil student ....
x ada yg terpikat ke time tu...heehheheh....:)
biasanya student suka pensyarahnya ada yg berkenan x?...
Imbobo : Memang betul tu...dia tidak senang duduk. Hari pertama dia malu memanjang. Tiada suara dia keluar
Queen : Memang comel...kena buli orang pelajar sendiri...hahaha...ndak apa...akan tercapai juga impian jika kita berusaha...kahwin pun boleh tercapai...
Pn. Sheila : Hehehe...betul tu Pn. Sheila...lagi pun bebudak sekarang besar...
Aizamia3 : Betul tu, pengalaman inilah yang kancil bawa hingga menjadi seorang guru
dlu hampir2 nk jadi cikgu.. skang ni wat permohonan jadi lecturer, tpi lecturer xbertauliah :)
FareenzVanFillers : terima kasih...memang best
Maszull :
hehehe...tentulah ada mama...nanti kancil ceritakannya...terpikat dengan student pun ada dan dipikat oleh student pun ada...hehehe
Niena :
Kancil pun dulu tidak bertauliah tetapi kita belajar dari pengalaman. Kesilapan demi kesilapan membuatkan kita lebih matang menghadapi situasi...jangan mudah putus asa...seronok jadi pensyarah.
hahaa..memang lawak..
mesti malu giler pelajar laki yang sound tu..
ini barulah di katakan bertemua buku dgn ruas ..ha padan muka budak2 tu haha
Danial :
Memang malu betul budak tu...tapi saya ndak boleh marah sebab dia tidak tahu
Khairul : hehehe...betul tu...terkejut dorang masa tu
saya tak pernah apply nak jadi lecturer, tapi apply nak jadi cikgu kt MRSM ada la...nyaris2 dapat, tup2 dapat offer ke Sarawak ni...
*** amboi, terpikat dan dipikat oleh student yeaaa... (",)
Cikgu Ma : hehehe...seronok dapat merantau di negeri orang...jadi cikgu pun hebat bah...
***biasalah time bujang...
hehe..ni mesti kes pensyarah muka jambu sgt ni sampai disangkakan student pula :)
wah...kenangan la... wajah baby face tu yang disangkanya student..hihi...
wah...kenangan la... wajah baby face tu yang disangkanya student..hihi...
kenangan yg mesti xdpt lupe kan...:)
perghh..nasib la dak2 tu sedar akhirnya.hahaha
Mesti malu gila yang sound Kancil...haha.
untuk gak muka babyface ni.. awet muda..
Dylla :
ndak juga...hahaha...
Aien :
betul tu Aien...kenangan yang tidak dapat dilupakan
Oerocheeseccakes :
betul tu geng...kenangan sehingga kini tidak dapat dilupakan
Masisarah Sarah :
memang betul tu...nasib gak dorang sedar...hehehe
Simply Seoul :
memang malu gila budak2 tu...hehehe...tapi mereka jadi budak baik
Green Apple :
ada gak ruginya...orang ingat masih belajar...hahaha
pn. sheila: mmg betul tue... Tp fhm2 ajelah org tuakan... fikirannya x sama mcm kita... Tp queen bersyukur juga dengan kerjaya queen skrg ni.. :)
kancil: niat di hati mmg nak sambung buat master tp smp skrg blm tercapai lg hajat tue... hehehe
wow. memag comel lah pensyarah baru ni. ehehe
Queen : insya - Allah akan tercapai hajatmu...yang penting jangan putus asa untuk mencuba
Gen2Merah : hehehe...
Post a Comment