Kisah kali ini mengenai Kancil bermain bola sepak anjuran kolej tersebut. Ia berlaku sekitar tahun 2004. Kira mula - mula bergelar pendidik. Kancil menyertai pasukan kakitangan kolej dan berdepan dengan pasukan pelajar - pelajar kolej. Ketika itu, Kancil diamanahkan untuk menjaga gawang pintu gol. Ketinggian Kancil hanya 164 cm sahaja dan berat pun masih 45 kg. Tidak tinggi dan tidak berat. Tapi mampu menjaga pintu gol dengan baik.
Sepanjang perlawanan tersebut, pasukan lawan gagal menjaringkan gol ke pintu gol Kancil. Bukan setakat kawalan di depan pintu gol tetapi kawalan pertahanan yang diatur dan disusun dengan baik mampu menyekat serangan musuh. Disebabkan gagal menjaring, seorang penyerang musuh menghampiri Kancil.
"Oi Budak!...Kalau kau tangkap bola aku lagi. Aku pukul kau di asrama. Kau ingat tu!" amaran daripada penyerang tersebut. Kancil hanya mampu tersenyum tanpa bersuara. Sehinggalah tamat permainan. Mereka gagal menjaringkan gol. Rasa - rasanya penyerang tu mesti panas satu badan.
Ketika Kancil kembali ke pondok rehat. Penyerang a.k.a pelajar kolej tersebut memanggil Kancil.
"Boy! Kau pegi ambil bola di luar tu."
Kancil tidak mengendahkan arahannya dan meneruskan langkah Kancil.
"Kurang ajar punya budak. Kau ingat kau siapa." Dia menghampiri Kancil cuba untuk bertindak lebih agresif. Tetapi dihalang oleh rakan sepasukannya.
"Maaf sir! Dia ndak tahu sir nie pensyarah"
"Pensyarah!!"
Kancil hanya mampu tersenyum sambil beredar meninggalkan mereka semua. Tapi sempat mendengar perbualan mereka.
"Kau bodoh! Gila! Dia tu pensyarah baru. Ndak pasal - pasal kena buang kolej. Kalau nak tunjuk samseng tu tanya orang dulu. "
"Mana aku tahu"
25 comments:
hehehehehe nak jadi gangster la tu kononnya...
salam kancil ...mama paling x suka kalau ada budak2 mcm tu x ada budi bahasa langsung....
padan ngan muka die bila tahu kancil pensyarah baru kat situ...
mesti malu giler nyer...:)
hahahaa..pasti ketika tu kancil muda remaja kan..aweks muda hinggakan student pon tak boleh bezakan pensyarahnya :)
kurusnya kancil..
mesti ko dulu kecil2 comel kan ums.. ehehehe
mesti ko dulu kecil2 comel kan ums.. ehehehe
haha malunyaaa dia....
Queen : Gangster tidak menjadi
Maszull : betul tu mama...kancil pun ndak suka..memang padan muka budak tu..lepas tu Kancil ndak pernah sudah jumpa budak tu...
Adylia : hehehe...macam tu lah keadaannya...nak buat macam mana...
Cik Paro : memang kurus gila...baru lepas putus cinta...hahaha
Gen2Merah : hehehe...ndak juga kecil...comel je...
Ummi : memang malu budak tu...ndak sudah aku jumpa dia
hamboii, gangster laa tuh konon2nya. ganngster kg pisang boleh laa. hadoii~ =.="
Wahhh!penjaga gol hebat ni!
kolej mana bro?
Ainondreamergirl :
Hehehe...budak kolej. Asal nampak budak kecil mahu je dibuli dorang...hehehe...tapi tersalah buli
Abby :
Suatu ketika dulu memang hebat...tapi sekarang dah berat...78 kg hahahaha
Dr. Ben : hehehe...adalah kolej tu...
hehehe.. ada masanya menarik juga kan boleh sampai ada yang tertipu dan dalam masa yang sama mampu menilai peribadi seseorang..
haha..kan dah kene..
aulia nak jd pensyarah jugakk :p
Aizamia3 :
Bahaya juga...bila berurusan dengan pejabat...ndak kita dilayan oleh dorang
Aulia Suri :
hehehe....memang selalu kena...
Amin...Kancil doakan Aulia berjaya
wah kesiannye.
jahatlah student tu. :(
Sakurasue :
Memang kita nampak jahat tapi dia tidak tahu perkara sebenar...hehehe
Post a Comment