Rakan Blogger

Tuesday, August 9, 2011

Segmen : Pengalaman Beraya Di Kampung


Selamat datang dan salam perpaduan untuk semua rakan blogger yang sudi singgah ke blog Kancil.
 
 
Masuk hari ini dah 3 kali, Kancil menyertai segmen anjuran rakan - rakan blogger. Segmen kali ketiga ini atas jemputan pemilik penganjur sendiri. Dan saya rasa terharu malah berminat untuk menyertai segmen beliau kerana ingin berkongsi pengalaman saya malah dapat juga saya berkongsi pengalaman dengan blogger - blogger lain. Sesiapa yang join, dialu - alukan...sila klik header di atas.  

Segmen ini meminta kita menceritakan pengalaman kita beraya di kampung. Simple kan. Tapi yang amat penting adalah perkongsian maklumat antara rakan blogger. Harap ramai yang menyertai segmen ini.

Pengalaman Kancil beraya di kampung memang banyak kalau nak cerita tapi lebih baik ambil salah satu pengalaman. Kalau nak cerita semua, tentu dua tiga hari tidak habis. Hehehe...Kampung Kancil terletak di daerah Semporna dan nama kampung tersebut Kampung Bukit Sakong. Penghuninya tidak ramai lebih kurang bawah 50 orang kot tetapi bila raya, orang perantauan akan balik.

Itu yang bertambah meriah bila ramai yang balik. Selepas solat sunat hari raya Aidilfitri. Ramailah sanak saudara mengajak untuk datang ke rumah terbuka mereka. Kekadang sampai 4 buah rumah. Yang lebih seronok, berjalan kaki beramai - ramai ke rumah tersebut di tepi hutan. Walaupun ada kenderaan disediakan tetapi untuk kaum kanak - kanak dan wanita sahaja. Kaum lelaki apa lagi, berjalan kaki.

Bila sudah berhimpun, riuhlah rumah tersebut. Bukan sebab kanak - kanak bermain tetapi disebabkan gelak ketawa oleh orang - orang tua. Berharap pada tahun ini akan sama meriahnya pada tahun - tahun 90- an. Dan pada tahun inilah baru Kancil akan beraya sepenuhnya di Kampung Bukit Sakong bersama - sama sepupu - sepupu Kancil...

29 comments:

Unknown said...

kembali menjenguk dan akan mereview blog anda yer cik kancil...
hehehehe...
anyway, Sireh Puteh datang follow blog anda...

Unknown said...

http://gettingintolove.blogspot.com/2011/08/siapa-kata-kereta-takde-blog.html

review blog anda, ikhlas daripada Sireh Puteh...

fiqas said...

raya dulu, terutama zaman kanak2 memang meriah kan..

Kancil 8349 said...

Sireh Puteh : Terima kasih di atas review kamu

Fiqas : memang betul...zaman kanak2 lebih meriah

Kancil 8349 said...

Azam : hehehe...

Asy Faro said...

salam, terima kasih sbb datang lawat aku nye blog n tinggalkan komen^^
bnyaknye masuk segmen hari nie, kalau bole nak ikut jugak tapi jari jemari nie berat je nak buat new post, adoiyaii..

nurani said...

mse kecik2 hepi je kan
xde mse nak fkr sdih2..:)

My Name is Mar said...

Si KANCIL, sila join segmen wa pulak..
Musicbrilliant.com

Kekzamanis said...

Hai incik kancil..Saje jalan2 kat blog neh..Hehe., CM ade tag kancil utk join GA neh.. Jom join!

http://hip2-horey.blogspot.com/2011/08/contest-raya-datang-lagi.html

Kancil 8349 said...

Asy Faro : Terima kasih kembali kerana sudi membalas kunjungan ke blog kancil...tidak mengapa, ada peluang ikut segmen mereka.

Nurani : Betul tu, kita masih suci lagi dari melakukan dosa2 besar...aiks...

My Name Is Mar : Okay bro, wa akan datang nanti

Cik Meeja : terima kasih tagkan untuk Kancil...Kancil akan datang kejap lagi

Unknown said...

laaaa....
cikgu jugak yer...
hehehe...
same la kiter...

Kancil 8349 said...

SP : hehehehe

Zahirah said...

thank you for joining! :D

hehe. macam sikit pula orang kampung ye? tapi raya je mesti ramai. fuhhhhh.. meriah! rumah dekat pendalaman macam seronok pula. tepi hutan. huhu. kaum wanita sangat seronok! macam nak pergi sana la, boleh? ;) saya harap semoga ikatan kekeluargaan dan juga kejiranan semakin kukuh :)

Kancil 8349 said...

Hira : terima kasih juga kerana menjemput Kancil. Memamg sedikit...ramai yang berpindah. Kampung nie bukan tepi hutan..kalau nak datang jomlah...

nie ada entri sal kampung Kancil

http://kancil8349.blogspot.com/2011/02/suasana-pagi-di-kampung-bukit-sakong.html

Zahirah said...

kancil, senarai dah keluar! hehe :D sila terjah mereka ye :)

http://zahiradzul.blogspot.com/2011/08/senarai-peserta-segmen-pengalaman.html

MAY said...

raya masa kecik2 yg best kot..da beso tak brp best da..hoho...

http://mayandhanis.blogspot.com/2011/08/segmen-pengalaman-beraya-di-kampung.html

Kancil 8349 said...

HIra : terima kasih, kancil datang terjah

Cik May : Memang betul tu...:)

Dalila Diela said...

wah...seronok kan ramai2...dengar gelak ketawa semua memeriahkan lg sambutan hari raya..

Kancil 8349 said...

Dalila : memang seronok...kanak2lah yang paling seronok

Green Apple said...

salam..

singgah & follow dari segmen yang sama.

rindu ngan sanak saudara... harap2 dpt berkumpul pada hari raya tahun ni..

Kancil 8349 said...

Green Apple : terima kasih...:)

Dear bella said...

Wah... Pengalaman yg menarik tu... Memang best kalau ramai2 balik masa raya nanti... hehe

Kancil 8349 said...

Bella : berharap macam tulah...terima kasih

Anonymous said...

hai hai. yana baru sempat terjah post segmen ni. ^^

yg best part jalan kaki ramai-ramai tu. XD

Kancil 8349 said...

Siti : kejap nanti kancil terjah

Dear bella said...

Salam...
Hira nak bagi gift sbb join segmen dia... meh tengok kat sini...

http://zahiradzul.blogspot.com/2011/08/peserta-segmen-kena-tekan-sini.html

Cpat2 tengok sblm jumaat ni...^^
Selamat bersahur...

Najwa Not Nadrah said...

Hai ! Baru jalan-jalan dari segmen yang sama =)

= Saya tak pernah pun beraya jalan kaki...memang meriah lah ...

Zahirah said...

rajinkan diri kancil untuk tengok ni :)


http://zahiradzul.blogspot.com/2011/08/peserta-segmen-kena-tekan-sini.html

Zahirah said...

rajinkan diri kancil untuk tengok ni :)


http://zahiradzul.blogspot.com/2011/08/peserta-segmen-kena-tekan-sini.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...