Rakan Blogger

Tuesday, August 16, 2011

Tanpa Mereka Siapa Kamu?


Baru - baru ini, ada seorang rakan blogger memberitahu kepada saya dengan sikap beberapa orang blogger senior. Saya pun tidak pasti siapa mereka dan saya tidak mahu ambil tahu siapa pun mereka. Betul atau tidak yang dikatakan oleh rakan saya ini. Saya ambil iktibar dari cerita tersebut.

Beliau menyatakan rasa kecewa dengan blogger - blogger senior.  Mereka bangga dan sombong bila mendapat follower banyak dan pengomen - pengomen yang banyak. Asal buat satu entri, tidak sampai sejam, dah ramai yang komen. Bukan sedikit tu, berpuluh. Cuma hairan, mereka suka orang lain komen entri mereka tetapi tidak suka komen entri orang lain. Mengapa?


Bagi beliau, mereka nie mempunyai ego yang tinggi dan menebal sehingga tidak sanggup membalas kunjungan pengomen - pengomen setia mereka. Dengan erti kata lain, sombong dengan kejayaan yang sedikit. Kita pun tidak tahu apa yang difikirkan oleh mereka. Sehingga nak komen entri orang lain tidak boleh. Sebab itu dia malas dengan dunia blogging.

Kata beliau lagi, kau datang mengunjungi rumah orang. Bertanya khabar tentang diri orang tersebut. Tapi orang tersebut langsung tidak bertanya khabar tentang diri kau malah lebih menceritakan tentang kekayaannya kepada orang lain. Selain itu, orang tersebut langsung tidak pernah mengunjungi rumah kamu. Adakah ini adil? Mungkin mereka bangga dengan kekayaan mereka sehingga malu untuk mengunjungi rumah kamu? Begitu juga dengan dunia blogging.

Setelah mendengar kata - kata beliau, terdetik di dalam hati saya. Suatu hari nanti saya mungkin menjadi blogger senior. Mungkin akan dikenali oleh ramai blogger lain. Mungkin ramai yang akan komen entri saya? Tapi adakah saya akan seperti mereka? Sombong dan berlagak. Tidak mahu membalas kunjungan blogger lain. Tidak mahu komen apa - apa entri dalam blogger lain.

Masa depan kita tidak nampak lagi. Ini baru seorang mungkin ada ramai lagi yang kecewa seperti beliau. Apapun, seperti saya katakan di atas. Saya akan ambil iktibar daripada cerita dan luahan beliau. Bagi saya tanpa mereka siapalah saya di dunia blogging ini....

14 comments:

Nazzue said...

Saya ada 2 persepsi di sini...

Pertama:
Mana mungkin seorang blogger famous membalas kunjugan berpuluh2,beratus2,beribu2 komen yg masuk kedalam inboxnya...rasanya tak menang tangan jika dibuat begitu..Kalau dibalas cuma hanya 2,3 kerat yang lain akan terasa so lebih baik ambil jalan selamat..kadang2 kekangan masa membuat kita juga begitu....

Kedua :
Setuju dengan kata-kata blogger tersebut..kadang-kadang memang terasa kecik hati jika berlaku demikian tetapi fikirlah persepsi yang pertama...mungkin itu boleh menenangkan jiwa, menyejukan hati..ambil yg positif buang yg negatif..

Peace No Wars!!!

kathy said...

tak semua blogger senior mcm tu kut..apa2 pun semoga kita ambil pengajaran dalam citer ni :)

Ayna said...

hmmm setuju dgn pndangan Nazzue. :)

sama sama fikir positif. hehe

Kancil 8349 said...

Nazzue : betul juga kata kamu dalam persepsi pertama...

Kathy : memang betul tidak semua

Unna : yups...berfikiran positif

Dalila Diela said...

setuju dgn pendapat nazzue..
lgpun blogger yg femes nie mesti pnh lalui benda yg sama sebelum diorg jd femes..

Unknown said...

ooo

biela bell said...

yup..kita kena phm mereka..dia satu,pengkomen2 berpuluih2 beratus2..haiyooo..

Kancil 8349 said...

Dalila : memang betul tu...

Atiqah : ooo je ke...anyway thanks

Cik Bell : memang betul tu

Unknown said...

semua benda ade pro n contra , terpulang pada cara kite nak terimanya..kan?

Kancil 8349 said...

Sakurasue : saya setuju tu...

najihahfara said...

penah jugak kene..mmg terase hati tapi biakan lah..perlu ingt..bile sape2 yang da berade kat atas,jangan lupe org kat bawah yg menyokong

cikgu said...

ada yg setuju dan ada yg x...
setuju : sbb mmg dia dpt beratus2 dlm sehari...xkan larat nak layan sume pelawat..



xsetuju : xkanla langsung xley kunjung kembali blogger yg dtg tu walau sekali..kdg2 org tu komen hampir setiap entry yg dia post..tp hampeh...xde balasan pun..

apa pun..kita kena tau apa mslh dia jgk..mgkin dia ada alasan tersendiri yg relevan

Kancil 8349 said...

Cik Najihah : eya betul...sesiapa diantara kita yang berjaya jangan lupa kepada mereka yang menyokong kita

Kancil 8349 said...

Cikgu Fad : Betul juga...kita tidak tahu perkara sebenar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...