Rakan Blogger

Saturday, October 22, 2011

Cikgu! Ada Orang Berdarah...

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Kelmarin, ada satu kejadian yang di luar dugaan berlaku di sekolah Kancil mengajar. Ketika itu, Kancil ke bilik pejabat PK untuk mendaftar kehadiran pada hari tersebut. Baru membuka pintu pejabat, sekumpulan murid datang menemui Kancil.

"Cikgu! Ada orang berdarah. Di sana dia cikgu"

"Kenapa dia berdarah?"

"Dia langgar tiang cikgu."

"Bawa dia ke bilik guru."

Setelah mendaftar kehadiran, Kancil mengejar murid lelaki yang berdarah sedang menuju ke bilik guru. Di sana Kancil meminta bantuan kepada guru yang pakar membersihkan luka. Murid tersebut luka di bawah kening dan bibir. Kancil hanya mampu menggelengkan kepala melihat keadaan tersebut. Murid lelaki ini tidak menangis seperti biasa baginya mengalami luka.

"Nasib ndak kena mata. Kalau mata sebelah tu pecah. Macam mana?"
"Ada satu mata lagi cikgu"

"Kalau dua - dua mata, macam mana? Sudah dilarang jangan berlari. Mahu juga berlari. Bagus nie...minggu depan kamu buat lagi...dekat sebelah mata kanan. Jadi seimbang."

"Ndak mahu cikgu"

"Kenapa?"

"Sakit cikgu"

"Tahu pula sakit. Yang kamu berlari langgar tiang tu mengapa?" 

Murid tersebut diam membisu tapi tidak nampak air matanya menitis jatuh ke tanah. Memang tabah budak ini. Beberapa minit kemudian, datang guru kelas murid lelaki tersebut.

"Kenapa nie?"

"Terlanggar tiang."

"Di mana?"

"Di sana" sambil menunjuk ke arah tandas.

"Kenapa boleh terlanggar tiang?"

"Berlari"

"Bukan cikgu sudah larang kan?"

"Hmm"

"Jadi siapa yang sakit?"

"Saya"

"Mahu lari lagi?"

"Ndak mahu."

Kata sahaja ndak mahu. Minggu depan mereka buat lagi. Guru - guru selalu berpesan kepada murid jangan berlari. Tapi ada juga yang degil kepala. Nasib juga bapa murid tersebut tidak menyalahkan guru. Kalau jenis yang main serang je. Confirm bertikam lidah pada hari Jumaat..

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

62 comments:

Wardah alisya said...

budak-budak biasalah...makin dilarang, makin suka buat...

Aisy Nasiha said...

jd cikgu ni mcm2 kena amik tahu..sy pun pernah, semasa tgh tls di white board, ada budak buat kwn lain jtuh...risau tul sb bdk jth tu ayhnya agak berjawatan..mujur tak jadi kes besar..pgalaman

Unknown said...

biasalah cikgu...namanya pun budak-budak, dunia mereka hanya nak main sahaja, bila dah sakit baru ingat nk berhenti. yg kita larag itulah yg dia akan buat...sabarlah cikgu, itulah ujian buat seorang guru...

makin suka tengok ranking dah naik....hehehe terima kasih cikgu! dah duduk belakang mama semula!

Aiisyah Roseskalerful said...

sakitnya kena langgar tiang.. adik saya dulu pun kena langgar tiang. main bola, kepala kena tiang gol.. habis berdarah.. huhuhu

Naz said...

aktifnye budak2 sekolah Kancil ye..

Asyikin said...

mmgla dia tak menangis sebab dia thu itu salah dia. hihihi

Aien Not Alien said...

budak-budak...

keseronokkan bermain, berlari, bergurau dah buat dorang lupa akan bahaya yang berada disekeliling...


saya dulu macam tu jugak...lasak.. jatuh, luka, berdarah perkara biasa, menangis masa sakit je, dah tak sakit melasak semula...hahahaha..


bagus ayah budak tu jenis memahami, tak marah2..... :)

Kakzakie Purvit said...

Masa UPSR hari itu kakak ke sekolah anak kakak. Depan mata kakak cikgu mereka main tolak-tolak last dahi berlaga bucu tiang empat segi - berdarah, masa nak masuk dewan periksa dah dekat tu. Cikgu juga yg tungkus-lumus bersihkan dan balut kepala sebab darahnya banyak. Makcik cleaner bersihkan darah yg di simen.

kathy said...

nasib baik x luka teruk..

Unknown said...

teringat zaman kanak2 dulu.....
sweet memory lasting forever !!!

aksarafendi said...

tu la kan, bila da anakmurid di sek., dah jadi tggjwab ckgu nak kawal semua. kanak2 kan tgh aktif, so memang suka berlari2..kalau boleh, tiap masa nak berlari..macam tu jugak la masa zman kanak-kanak kita semua..

Ce'gu JAERA said...

aishh.. budak2 ni kan... nakkall

Unknown said...

teringat kejadian yg hampir seruap kena dkt saya masa sy darjah 5 dulu..berdarah bibir samapi kena jahit sbb berlari di koridor dan bertembung dgn rakan kelas lain

Kayu Manis said...

KESIAN BUDAK TU KAN..warna-warni kehidupan namanya..

Unknown said...

budak2 kan kancil... kejap aje diorg dengar kata..lps tu dia buat lagi.. heheheh x serik sbnrnya

RHI said...

jangan kata budak2 cikgu pun kadang2 belari juga hahahha, nak cepat katakan

Kancil 8349 said...

Alisya :

betul tu...tapi perkara nie lah yang buat guru seperti Kancil ndak suka...boleh katakan hari jumaat ada je kemalangan

Kancil 8349 said...

Aisy Nasiha :

kita yang risau sebab ibu bapa boleh saman kita walhal anak sendiri yang buat hal

Kancil 8349 said...

Santri :

kalau biasa sangat nanti ibu bapa marah kat guru...ndak memantau...padahal dah berbuih pesan jangan lari...

Kancil 8349 said...

Aiisya Gazali :

memang sakit ooo...siapa kata ndak sakit...boleh darah beku dibuatnya...kena hati2

Kancil 8349 said...

Nazirah :

budak bandar...di rumah terkurung di sekolah kalah burung berterbangan bebas di angkasa

Kancil 8349 said...

Asyikin :

betul tu...tapi macam ndak rasa bersalah pun budak tu

Kancil 8349 said...

Aien Not Alien :

wah...seorang gadis yang lasak rupanya...Alhamdulillah dapat seorang bapa yang baik

Kancil 8349 said...

Kakzakie :

bukan tidak dilarang...tapi itulah nasihat orang tua seperti guru ndak mahu di dengar

Kancil 8349 said...

Kahty Tuah :

dengar kena jahit

Kancil 8349 said...

Remyhazza :

mesti banyak kenangan di sekolah rendah nie

Kancil 8349 said...

aKSARfENDI :

betul tu...tapi kalau dulu masih takut amaran guru...hehehe

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

hehehe...nasib SKBP tidak sama macam sekolah ku geng

Kancil 8349 said...

Khairul :

mesti berbunyi tu kan...kawan tu cedera juga ke...apapun, lepas tu ndak sudah berani kali mahu berlari2

Kancil 8349 said...

Cinnamon.com :

memang kesian tapi tulah...dah dilarang

Kancil 8349 said...

Queen :

betul tu...dah berbuih nak cakap dengan dorang...

Kancil 8349 said...

Kak Yatie :

hahahaha...tapi guru ndak percaya luka kalau berlari...hehehe

Dylla Abas said...

saya dulu selalu juga main lari2 masa sekolah.tapi,kat luar kawasan sekolah la.alhamdulillah,belum pernah lagi dapat kemalangan kecil macam ni :)

Eera Shera said...

sabar je la kancil..anak murid mmg tak dengar kata. tak pernah serik

Anonymous said...

dah, di namakan kanak-kanak...sabar ya layan karenah mereka..hihihi

aamalinaazman said...

hayoooooooo
berlari langgar tiang smp berdarah
aduhaiiii
kalut la cekgu sume kan
ish2
budak2 niii
degil la ni...

maszull said...

assalamualaikum kancil...alahai kesian nyer berlari sampai terlanggar tiang x nampak ker tiang tu...lain kali kenalah berhati2 yer anak2 murid cikgu...:)

3no gr33ny said...

cuak jgk untuk hadapi pengalaman semacam kancil ini..

Anonymous said...

biasalah tu budak-budak.. hyperactive lah katakan :)

aindzaya said...

biasala budak2..tak nakal nanti pelik pula..
bia kasi pengajaran sama dia..supaya ta buat lg..hehe....
comella mereka nie..

Rean said...

budak2 mmg suka main lari2 hehe sama mcm iMBobo dlu masa kcik hehe

sue perbs.. said...

budak2 nakal.. hehe.. susah ye nak mengajar budak2 yg nakal..

Run Away said...

budak2 ni nakal..sakit nyer kejap jew..nanti dia wat lagi....;d

Kancil 8349 said...

Dylla Abas :

hehe...syukur tiada kemalangan kecil...kalau ada...confirm berparut

Kancil 8349 said...

Eera Shera :

terima kasih...masih dalam tahap kesabaran yang tinggi

Kancil 8349 said...

Cik Lia Lomi :

betul tu...

Kancil 8349 said...

Aimie Amalina :

memang kalut guru...sebab guru juga yang akan disalahkan oleh ibu bapa

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam...memang kesian dengan budak tersebut tapi itulah...dia ndak kasian kat dirinya sendiri

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

hehehe...bila dah bergelar guru nanti..kamu akan jumpa situasi yang sama @ lebih kurang @ terlebih hehehe.bersedia selalu

Kancil 8349 said...

Ain Dzaya :

memang biasa bagi kami guru tapi yang luar biasa apabila ibu bapa budak tu serang sekolah...mahu samanlah konon...tu yang buat guru ndak senang duduk

Kancil 8349 said...

iMBobo :

hehehe...mesti banyak luka di badan nie kan

Kancil 8349 said...

Sue Perbs :

memang susah dan kekadang perlukan masa yang lama untuk bagi kesedaran kepada mereka

Kancil 8349 said...

Run Away :

betul tu..

aksarafendi said...

ikat jak kaki students tu..hahahha

Kancil 8349 said...

aKSARAfENDI :

ini kes dera budak plak

3no gr33ny said...

kancil bagi lah tips macam mana nak tenang hadapai situasi macam ni...

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

insya - Allah kancil akan buat entri khas mengenai situasi ini...

aizamia3 said...

biasalah.. yang kita larang tu lah nak dibuatnya.. tapi rasa lucu bila dia jawab ada sebelah lagi mata.. hikhikhik..

ct kektus said...

lah. budak tu lari2 tak pandang depan agaknya. kan tak psal2 berdarah. kesian2.

Kancil 8349 said...

Aizamia3 :

memang kita tahu perangai budak tapi mak bapa budak ndak taw perangai anak mereka...bila dah luka guru juga yang salah

Kancil 8349 said...

Siti Kektus :

terlalu laju ndak dapat mengelak katanya...hehehe

Anonymous said...

hiya kancil8349.blogspot.com owner discovered your website via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered website which offer to dramatically increase traffic to your site http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer backlinks checker seo reports backlinks backlinks seo Take care. Jay

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...