Rakan Blogger

Wednesday, October 26, 2011

Kancil Suka Kartun Animasi Macross

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Sebentar lagi, segmen Kancil akan berakhir. Selama tiga hari entri segmen Kancil paparkan. Bilangan yang menyertai sama seperti segmen - segmen sebelum ini. Namun, Kancil rasa gembira dan terharu walaupun tidak ramai tapi ada juga yang menyertai segmen Kancil kali ini. Terima kasih kepada semua yang menyertai segmen kancil.


Pada era 90-an, Kancil tidak terlepas untuk menonton kartun kegemaran Kancil iaitu Macross atau di negara barat Robotech. Best gila kartun nie. Mengisahkan kapal perang milik makhluk asing terhempas di bumi dan kerajaan persekutuan bumi telah membaikpulih kapal tersebut. Cerita ini terselit mengenai cinta tiga penjuru antara Meimei, Rick Hunter dan Lisa Hais. Meimei merupakan seorang penyanyi paling popular di dalam kapal tersebut. Disebabkan nyanyian beliau, pasukan mereka dapat mengalahkan pasukan makhluk asing.

Selain Macross, Mospeada pun Kancil minat. Motorsikal yang boleh berubah menjadi robot. Transformers Master Force merupakan kartun Transformers pertama masuk ke Malaysia sebelum Transformers (versi Inggeris). Tentu korang ingat lagi kan? Transformer yang menggunakan manusia untuk menjadi robot besar. Setiap manusia tersebut mempunyai gelang agar mereka boleh berubah.

Itu sahaja rasanya Kancil boleh ceritakan. Sebenarnya, banyak lagi kartun yang Kancil suka. Namun Macross merupakan kartun yang paling Kancil suka. Hehehe...gila robot mainan. Apapun, senarai blogger yang menyertai segmen Kancil ini, Kancil akan buat sebentar lagi. Kancil akan senaraikan mengikut kartun yang sama.

Terima kasih membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

21 comments:

Eera Shera said...

x penah tgk pun..macam best..

Aiisyah Roseskalerful said...

xpernah dgr pun cerita ni.. huhuhu

Azilinda Mohd Ali said...

xpernah tngk pon cter ni...

Cikgu Ma said...

tak pernah tgk...huk3...tak minat katun cmni..hehehe...tp dulu suka layan the fruit basket katun jepun kt ntv7 setiap ahad kul 12pm...memang layan..tp bkn animasi...cerita katun sebuah keluarga yg kena sumpahan pada kaum lelaki bila peluk perempuan akan bertukar menjadi binatang..hik3...

3no gr33ny said...

kenapa hamba juga xpernah nengok cte ni ek..emm mungkin jugak era hamba sudah tidak ada kartun ni..melepaslah hamba ni kiranya

Yumida said...

wah...x sangka nya..kancil minat kartun robot rupanya...

sy minat kartun comel2.....cam doremon, sinchan, spongebob, kampong boi.....haha...jiwa masih keanak2kan

maszull said...

assalamualaikum kancil...mcm best jer kartun tu.....bab katun robot ni semuanya sukakn....

wah dah tutup segmen ni yer...:)

Kancil 8349 said...

Eera Shera :

Hah!...biar betul...memang best

Kancil 8349 said...

Aiisyah Gazali :

huhuhu...eya ke...paling popular di Jepun nie taw..

Kancil 8349 said...

Azilinda Ali :

eya ke? :(

Kancil 8349 said...

Cikgu Ma :

hehehe...kisah peperangan antara angkasa...hehehe..eya ke...macam pernah nampak tapi ndak ingat

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

mungkin juga...huhuhu

Kancil 8349 said...

Yumida :

hehehe....memang minat giler...sebenarnya ia satu bentuk terapi untuk kurangkan tekanan...

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,

memang minat..apa2 jenis kartun berkait dengan robot...hehehe..

Ce'gu JAERA said...

saya pun pernah dengar ceriat ni.. Macross... main kapal2 terbang.. heee

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

Syukur..ada juga member yang pernah dengar cerita nie...huhuhu...

Ummi_R❀salici❀us said...

umi pernah... tapi tak suka... hehe

Kancil 8349 said...

Ummi :

Alhamdulillah...ada juga pernah tengok....hehehe...ndak suka sebab ada perang2

Unknown said...

kalau tak silap kartun ni dekat tv2 kan cikgu? lebih kurang mcm gundala kartun ni..kan cikgu? masa tu tv3 baru je dilancarkan..

Unknown said...

jgn lupa cerita bola tampar meero attack! best....

Kancil 8349 said...

Santri :

betul tu..hehehe....tapi ia bersiar pada tahun 1990...ketika itu TV3 dah ada cuma tidak dapat bersiar di kawasan Kancil dulu...

pasukan bola tampar jepun..hehehe...pukulan maut...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...