Rakan Blogger

Tuesday, October 4, 2011

Kita Ada Kehebatan Sendiri

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.



Malu dan tidak yakin pada diri sendiri boleh menyebabkan kita ketinggalan jauh daripada rakan - rakan kita yang lain. Kekadang dua perasaan ini akan menganggu orang lain walaupun berpunca pada diri sendiri. Ada yang malu tapi mempunyai keyakinan dan ada pula yang yakin tapi malu. Akhirnya, apa yang kerja kita buat semua tidak menjadi.


Mengapa ia terjadi? Berbalik kepada latar tempat, sejarah dan keluarga pada individu tersebut. Umum mengetahui jika individu tersebut dalam latar yang baik dan menyenangkan akan membuatkan individu tersebut berkeyakinan dan berketrampilan dalam segala aspek. Berbanding individu yang berada di latar yang kurang baik.

Tetapi semua boleh berubah jika kita yang ingin berubah. Jika kita ingin seperti mereka. Kancil dulu seorang pemalu dan pendiam. Tapi Kancil sentiasa berfikir dalam diri Kancil. Sampai bila ingin seperti ini. Orang tidak akan kenal siapa kita kalau kita pendiam dan pemalu dan orang tidak akan tahu kehadiran kita.

Berani mencuba sesuatu yang berfaedah untuk diri sendiri lebih baik daripada tidak membuat langsung. Malah kena berani menanggung risiko dan bersedia menghadapi kegagalan. Semua bergantung pada diri sendiri. Kegagalan adalah kenangan yang amat istimewa. Kerana kita gagal kita boleh bangkit dari jatuh berbanding kita dihantui dengan sikap tidak yakin pada diri sendiri.

Apa yang penting bagi Kancil, melakukan sesuatu dengan keseronokan walaupun ia pertama kali Kancil lakukan. Dengan mengukir senyuman dan bertenang, akan terjawab segala persoalan. Kita ada kehebatan kita sendiri cuma kita sendiri yang menafikannya. Kita sendiri yang takut pada diri sendiri. Orang mampu bercakap tetapi tidak mampu menolong. Orang mampu melihat kegembiraan tapi yang merasai kegembiraan tersebut adalah diri kita sendiri...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

41 comments:

Dkna Abza said...

yang penting, yakin pada diri sendiri :)

dhiera zainudin said...

buat sesuatu biarlah bersungguh2!

aamalinaazman said...

betol cekgu kancil!
jgn mudah patah semangat kan
kita semua punye kehebatan diri!

Unknown said...

usaha dan tawakkal ....insyaallah

Dylla Abas said...

malu tu kadang2 perlu juga.tapi,mesti la sentiasa yakin dgn diri sendiri.baru la hidup jadi lebih maju :)

Kayu Manis said...

Anak saya semua pemalu..hehe

aizamia3 said...

malu biarlah bertempat..

Unknown said...

betul tu setiap manusia di dunia nie de kekuatan n kelemahan kita perlu bijak menggunakan kekuatan itu utk menutupi kelemahan diri...

Unknown said...

betul..kita semua ada kehebatan sendiri...sy pn pemalu :P...dr dulu smpai skrg hehhee...

ciK LyndaWawa said...

saya pemalu jugak pe...

Zahirah said...

motivate diri sendiri sangat bagus. tak ada la hilang confident nanti. hehe :D

syuzi syofia said...

ooowwwhhh yeaahhh!!! tiap manusia CIPTAAN ALLAH ade keistimewaan sndri... hanye kite manusia ni sedar atau tidak memiliki keistimewaan itu.. :D

Syafiq Ahadin said...

en kancil. bagus ko kasi letak facebook like di bawah post kau. Sya mau like ni post!!!!!

Ce'gu JAERA said...

bila ada keyakinan diri, semuanya nampak boleh....

Kancil 8349 said...

Adylia :

betul tu...jangan mudah putus asa

Kancil 8349 said...

Dhiera :

kancil bersetuju...kerana hasilnya memuaskan

Kancil 8349 said...

Aimie :

terima kasih....kehebatan diri kita hanya kita yang tahu

Kancil 8349 said...

Azam :

cogan kata yang baik...

Kancil 8349 said...

Dylla :

apa yang utama adalah keyakinan...malu kena buang jauh2

Kancil 8349 said...

Cinnamon.com :

ndak apa...nanti dah remaja dorang berubah...kita yang kena ubahnya

Kancil 8349 said...

Aizamia3 :

betul tu...

Kancil 8349 said...

Tentang Kita :

hanya kita yang tahu kekuatan dan kelemahan kita sendiri

Kancil 8349 said...

Tentang Kita :

hanya kita yang tahu kekuatan dan kelemahan kita sendiri

Kancil 8349 said...

Ziraziz :

orang kata bertempat...hehehe...

Kancil 8349 said...

Cik Lyndawawa :

kalau malu, mengapa ada blog...hehehe (gurau je)

Kancil 8349 said...

Hira :

betul tu...motivasikan diri sendiri

Kancil 8349 said...

Syuzi :

betul tu....ada keistimewaan yang kita sendiri tidak sedar....

Kancil 8349 said...

Syafiq :

minta maaf...biarlah di dalam blog je...kalau nak kongsi kancil ndak kisah...

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

betul tu...yang susah akan menjadi senang

hyhhh said...

sama la cam Afif dulu...malu kot kalau nak bercakap dengan orang yang belum kenal..sekarang boleh la..usaha jugak cari tajuk nak sembang..

Addin said...

betul :) masing masing ada kelebihan sendiri, & kita patut bersyukur semua tu . alhamdulillah.

Kancil 8349 said...

Famili Ceria :

alhamdulillah kita sudah berani kerana mengetahui kekuatan dalam diri kita kan..bagus tu

Kancil 8349 said...

Addin :

betul tu...ndak perlu bimbang...

3no gr33ny said...

kekadang kita perlu malu tapi malu itu biarlah bertempat..
jangan endahkan jugak kata2 orang sebab ada antara mereka ini sebenarnya ada perasaan hasad dengki pada kelebihan kita..walau tersembunyi

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

betul tu...cuma jangan terlalu malu sangat...apapun, kita kena yakin dan percaya pada diri

maszull said...

salam kancil....chaiyok2 cikgu...:)

Eera Shera said...

sy pemalu dan pendiam.huhu..

dulu masa skola ok jek. bila masuk u lain pulak.nape tah..

sbb tu la x pemes..

:)

Kancil 8349 said...

Maszull :

salam Mama,

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Eera Shera :

bagi perempuan itu normal...dan ia malu bertempat...malu dalam entri ini apabila orang nie disuruh buat itu ini semua malu...semua tak yakin...hehehe

[sutera kasih] said...

semangat terus bc entri ni..sy ni kdg2 agk lemah smgt..tgk org bejaya itu ini..rs diri ni kerdil sgguh huhu

Kancil 8349 said...

Sutera Kasih :

kita boleh berjaya seperti mereka...berusaha seperti mana mereka buat...ndak salah malah ia satu kejayaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...