Rakan Blogger

Sunday, October 2, 2011

Suatu Ketika : Ndak Boleh Makan Daging Lembu / Kambing Dan Telur Ayam

Assalamaualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Kancil ingin berkongsi satu cerita mengenai diri Kancil. Yang mungkin ada rakan blogger rasa pelik dan hairan mengapa ia terjadi kepada Kancil. Apapun, kita berkongsi maklumat dan pengalaman agar menjadi panduan untuk kita semua.

Sebelum Kancil bergelar seorang guru, Kancil tidak boleh menyentuh atau menjamah makanan seperti tajuk entri di atas. Makanan tersebut memberi kesan dan tindak balas yang tidak baik untuk badan Kancil. Bila orang lain makan, Kancil merasa dengki dan cemburu sebab mereka dapat makan apa yang mereka suka. Lain Kancil kena menahan nafsu makan makanan seperti itu.

Pernah seorang pak cik Kancil berpesan, makanan tidak akan membawa mati pun. Betul! Tapi haram kalau kita makan jika ia boleh memudaratkan badan. Ada satu kisah lagi ketika  Kancil mengunjungi satu majlis perkahwinan di Pendang Negeri Kedah. Semua lauknya daging lembu dan kambing. Kancil tidak makan. Tiba - tiba datang seorang lelaki (abang pengantin lelaki)  bertanya kepada Kancil mengapa tidak makan.

Kancil maklumkan bahawa Kancil tidak boleh makan semua itu. Memadailah makan kuih muih sahaja. Ndak sangka, lelaki tersebut gorengkan ikan untuk Kancil. Terharu Kancil masa tu dan dalam hati berkata sudah menyusahkan orang lain. Itulah yang terjadi kepada Kancil suatu ketika dulu.
 
Tapi sekarang, ambil kau...Asal ada makanan seperti tajuk di atas. Mesti Kancil mengambil banyak kali. Lepaskan dendam sebab lama tak makan makanan seperti ini...hehehe...Ndaklah sampai 5 kali. Semua berubah setelah Kancil bergelar seorang guru. Setelah Kancil belajar di Batu Pahat. Syukur alhamdulillah Kancil dapat menikmati makanan seperti ini...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.


p/s : Senarai Pasukan Perkhemahan Dengan Pengalaman Mereka Sendiri telah siap. Jomlah terjah ke blog mereka

24 comments:

aamalinaazman said...

hehehhe
terharu kan kalo ada yg sggup gorgkan ikan utk kite
hehhe
cekgu kancil ada resdung eh?

3no gr33ny said...

tapi knp xblh mkn sem tu kancil??

maszull said...

salam kancil...mmg ada org yg jenis mcm tu x boleh mkn daging,kambing n telur...mama plak x boleh mkn ayam x tahu lah kenapa ikut belah mak alah bila mkn ayam...:)

Dkna Abza said...

a'aaa laaa..apa kesanya makan daging sebelum nie??

so sekarang dah boleh makan kan...apa punca yang boleh buat kancil boleh makan??

Kayu Manis said...

lapar la pulakk...

Kancil 8349 said...

Aimie :

memang terharu...Kancil ndak tahu lagi

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

badan kancil akan sakit2...hehehe,

Kancil 8349 said...

Maszull :

Salam mama,

samalah kes emak Kancil, beliau pun ndak boleh makan ayam...ndak tahu kenapa.

Kancil 8349 said...

Adylia :

kes kalau makan, badan akan sakit, muntah2...gatal2...mudah pening...

punca ndak pasti kenapa...tetiba je dah macam orang biasa..hehehe

Kancil 8349 said...

Cinnamon.com :

hehehe...nasib ndak ada gambarnya

Ce'gu JAERA said...

ekceli setahu aku daging kambing rendah kalori berbanding daging2 yang lain.. sebab itu lah kambing itu haiwan kesayangan rasulullah s.a.w...

apa pun jangan amalkan makan daging berterusan.. doktor cakap daging boleh di jamah sebulan sekali je... eheee

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

apa boleh buat...dah nasib badan...tapi itu dulu...sebab tu tajuk entri Suatu Ketika...hehehe.

apapun terima kasih memberi nasihat dan peringatan

3no gr33ny said...

dah boleh mkn sekarang ni jgn smpai lupa dunia lak..yer dak kancil..

Anak Wak Mail said...

wahh..rugilah tak boleh makan benda tu semua..haha..:)

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

hehehe...terima kasih di atas nasihat tersebut...akan Kancil ingat selalu...mana mahu gemuk...nanti ndak comel...hehehe

Kancil 8349 said...

Anak Wak Mail :

dululah rugi...sekarang nie ndak sudah

Eera Shera said...

baiknye tuan rumah tu.

skrg kancil dah sihat kan?

Kancil 8349 said...

Eera Shera :

memang baik...

??? saja nak meneka ke

ciK LyndaWawa said...

elergik??huhuhu...xpa..saya pun ada jugak yang saya tak boleh makan..

Kancil 8349 said...

Cik LyndaWawa :


itu dulu...sekarang dah ok...:)

aizamia3 said...

ai paling tak pandai makan.. daging kambing.. rasa kembang tekak

Ummi_R❀salici❀us said...

kancil jadi VIP sudah....hehe

Kancil 8349 said...

Aizamia3 :


sekali sekala cuba makan...heheh

Kancil 8349 said...

Ummi :

VIP??? hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...