Rakan Blogger

Thursday, October 13, 2011

Cita - Cita Kerja Kancil...Nak Tahu?

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Semalam Kancil membuat entri mengenai cita - cita. Dan ramai juga rakan blogger menceritakan tentang cita - cita mereka yang tercapai dan tidak tercapai. Mungkin ada yang rasa sedih sebab cita - cita tidak tercapai sebabkan banyak faktor. Tapi percayalah, selagi masih bernyawa. Cita - cita itu akan tercapai juga dengan usaha dan semangat untuk mendapatkannya.

Umum mengetahui bahawa cita - cita sentiasa berubah mengikut zaman persekolahan. Begitu juga dengan Kancil. Ada 3 cita - cita Kancil. Pertama ingin menjadi seorang guru (semasa sekolah rendah), kedua seorang pustakawan (sekolah menengah) dan ketiga pensyarah (STPM). Banyak bukan...Namun Kancil bermula dengan pengalaman sebagai seorang pensyarah kemudian pustakawan dan akhirnya seorang guru (kini).

Walaupun pengalaman Kancil bekerja baru 6 tahun (3 kerja tersebut). Tapi banyak ilmu dan pengalaman Kancil lalui. Suka duka, pahit manis dan segalanya Kancil lalui.  Alhamdulillah...Tuhan sudah kabulkan cita - cita Kancil. Kini, Kancil bercita - cita ingin menjadi seorang guru cemerlang. Doakan Kancil berjaya...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : apa cita - cita selepas itu, rahsia....

71 comments:

imaza93 said...

wahh..bagus! semoga berjaya menjadi seorang guru yang cemerlang :)

fauziahahmad said...

tahniah kancil...berjaya menceburkan diri dalam ketiga2 cita2 kancil itu...semoga kancil akan menjadi seorang guru yang cemerlang satu hari nanti....didiklah anak bangsa dengan seikhlas hati.....kejayaan kami semua bermula dari anda...:))

fauziahahmad said...

saya ada tag kancil untuk segmen ini yer....jemputlah join sama...

http://ramaramapunyecerita.blogspot.com/2011/10/segmen-jom-join-bloglist-lighta.html

noraauliyya said...

Aminnn Insya'allah kancil pasti berjaya .

ArulchelseA said...

smoga tercapai... cita2 sy nak jadi cita2 cikgu kih kih kih

Niena Pengembara Ilahi said...

mesti dari kcil gemar membanca kan

miss atie said...

jarang dgr org yg bercita-cita utk mnjd pustakwan... first time... tp cita-cita n impian atie nak jd pustakwan blom tercapai... hukhukhuk... sedih...

Kakzakie said...

Kalau dah jadi cikgu yg cemerlang, mana boleh duduk sendirian kenalah cari pasangan utk ditunjukkan bukti sebagai insan cemerlang dunia & akhirat.:)

Dylla Abas said...

wahh..bestnya bila cita-cita tercapai.alhamdulillah :)

Santri T.P.I.N.I said...

amin...!!! jasa guru ku tak terhingga, aku tidak dapat melupakannya, banyak ku dapat ilmu daripadanya, jasanya ku kenang sampai bila-bila...

Gen2Merah said...

cita2 saya dulu mau jadi askar combat, tapi tak kesampaian... ekekeke

Nafisah Ruslan said...

semoga tercapau cita2 nya :)

tak suka jadi cikgu sebab kalau budak yang kita ajar tu xpaham mesti nak marah2 dia..penat2 ajar still xpaham.. haha

so tak layak nak jadi cikgu kat situ.kesabaran tu xde :p

Ini Kisah Tia said...

tahniah kancil .. rezeki kancil .. mungkin kami yang cita2 tak tercapai ni rezeki tempat lain kut :)

khairul said...

sy doakan Kancil berjaya di dlm bidang perguruan..mana tau satu hari nanti leh jd headmaster lak

Sapa cakap Naruto tak dak kereta ?http://gilamodified.blogspot.com/2011/10/kancil-naruto.html

CikGu Ma said...

cita2 saya dari sekolah rendah sampai msuk U tetap nak jadi cikgu ^^,

tapi masa sekolah rendah dulu, mula2 macam tak konfiden bila cikgu tanya apa cita2 kamu? nak jawab pun takut2 sebab kawan2 yg cemerlang semua ada cita2 yg hebat...alhamdulillah, sekarang tinggal beberapa langkah sahaja lagi untuk saya bergelar guru yang disahkan jawatan ^^,

**kawan2 yg cemerlang ada jga yg kerja sbg kerani gred spm sebab banyak saingan kerjaya pilihan ^^,

cinnamon.com said...

tahniah kancil,semoga dpt mendidik anak2 murid dgn penuh ke ikhlasan..cuba bg tau nama?

AIEN NOT ALIEN said...

bestnya..berjaya mengejar cita-cita..

semoga cita-cita terbaru berjaya dicapai juga... :)

QueeN TerataI said...

baguslah.. kiranya cita2 kancil tercapai la tue

Tentang Kita said...

tahniah kancil..tercapai cita2 nak jd cikgu kan

MissCt a.k.a MuqDeq said...

Semoga tercapai cita2 baru.. Tahniah sbb berjaya dgn cita2 dulu.. :)

❤ lovelymasha❤ said...

akak doakan semoga impian menjadi kenyataan...salam kenal dr segmen BA..

ziraziz said...

amin..semoga tercapai cita2 tu... :P

shida said...

waa...semua tercapai..:)

sue perbs.. said...

semoga kancil brjaya mncaai cita2 kancil tu

3no gr33ny said...

jom sama2 kita jd pensyarah ek..heheh

Eera Shera said...

bertuahnya badan dpt capai ape yg dicitakan..

moga kancil terus berjaya dunia dan akhirat :)

Yumida said...

alhamdulillah..kj yg mulia kn...dulu kecik2 sllu tukar cita2..myb x fhm maksud cita2..hihi...skg msh mencari n mencari...di mn ade ruang...

ciK LyndaWawa said...

cita2 pastu nak jadi laki yang soleh//huhu

ariana said...

Tahniah dan moga menjadi guru cemerlang! Siapa kata tugas mendidik ni senang? perlukan bakat, minat dan kesabaran yang tinggi..Akak pun ustajah..hehe..Paham sgt..

aizamia3 said...

moga anak murid cikgu mendapat didikan yang baik dan seterusnya berjaya dan cemerlang dalam peperiksaan..

dhiera said...

wah...tahniah! semua cita-cita yg kancil impikan dah jadi kejayaan~

khairul said...

sempoi wo Morris Minor ni .http://gilamodified.blogspot.com/2011/10/marvellous-morris-minor.html

eyryn said...

tahniah kancil :)
ryn doakan, ryn kancil berjaye capai cite2..hehe..

khairul said...

Jom p autocity harini.http://gilamodified.blogspot.com/2011/10/mean-machine-2011.html

Kancil 8349 said...

imaza93 :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Fauziahahmad :

terima kasih dan kancil akan ingat pesan kamu...menjadi seorang pendidik bukan senang seperti melihat orang bercakap...tetapi ia usaha untuk memberi ilmu kepada mereka agar mereka pandai membaca, mengira dan menulis...semua dari guru

Kancil 8349 said...

Noraauliyya :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Arulchelsea :

terima kasih...cikgu kepada anak pun boleh bah

Kancil 8349 said...

Niena Pengembara Ilahi :

macam tulah...banyak ilmu banyak pengalaman kita dapat

Kancil 8349 said...

Miss Atie :

betul tu...memang jarang...ndak apa...boleh jadi pustakawan rumah sendiri

Kancil 8349 said...

Kakzakie :

hehehe....Kancil dah mempunyai pasangan sendiri...dah hampir 5 tahun

Kancil 8349 said...

Dylla Abas :

terima kasih...tinggal satu lagi..

Kancil 8349 said...

Santri :

terima kasih menghargai guru kamu...kerana guru, Kancil tidak akan pandai membaca, menulis mahupun mengira...Kancil tetap kecewa kepada mereka yang suka mengutuk kerjaya guru

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

eya ke geng...bila aku ajak main CS kau ndak boleh...memang bukan rezeki mu...hehehe

Kancil 8349 said...

Nafisah Ruslan :

memang betul kita akan jumpa budak sebegini...tetapi bila dia berjaya disebabkan kita...akan terasa satu kepuasan di dalam diri kita

Kancil 8349 said...

Ini Kisah Tia :

terima kasih...yang penting kita bersemangat dan berusaha selain memohon doa kepada Allah akan diperkenankan...

Kancil 8349 said...

Khairul :

terima kasih...walaupun pada mulanya sudah pasang impian tetapi Kancil tetap berharap menjadi guru sahaja...cukuplah pengalaman Kancil sebagai seorang pentadbir...mengurus budak lebih senang dari mengurus orang dewasa..

Kancil 8349 said...

Cikgu Ma :

semoga impian Cikgu Ma tercapai...itu namanya rezeki cikgu Ma...kancil pun sama situasi macam cikgu Ma...mereka cemerlang suatu masa dulu tetapi sekarang mereka dibawah kita...ndak apa...kita anggap ia dugaan untuk kita dan mereka...dan kita bersyukur apa yang ada pada kita

Kancil 8349 said...

Cinnamon.com :

terima kasih...soal nama kancil...buat masa nie biarlah rahsia...hehehe

Kancil 8349 said...

Aien Not Alien :

terima kasih ANA...bukan senang nak capai kesemuanya...namun kita bersabar dan berusaha ke arah tersebut...insya Allah akan tercapai

Kancil 8349 said...

Queen Teratai :

macam tu lah namun bila dah tercapai akan ada satu lagi...

Kancil 8349 said...

Tentang Kita :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

MissCt :

terima kasih...dan Amin

Kancil 8349 said...

Lovelymasha :

terima kasih...salam perkenalan daripada Kancil

Kancil 8349 said...

Ziraziz :

terima kasih...amin

Kancil 8349 said...

Shida :

yup...dalam tempoh 6 tahun

Kancil 8349 said...

Sue Perbs :

terima kasih...amin

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

hehehe...terima kasih tapi Kancil mahu jadi guru sahaja...

Kancil 8349 said...

Eera Shera :

terima kasih...amin

Kancil 8349 said...

Yumida :

jangan terus mengalah...rezeki tetap ada

Kancil 8349 said...

Cik Lyndawawa :

insya Allah...amin

Kancil 8349 said...

Ariana :

terima kasih....memang betul...kerja yang mencabar...mendidik manusia menjadi manusia

Kancil 8349 said...

Aizamia3 :

terima kasih...Kancil sentiasa melakukan yang terbaik bukan diri kancil tetapi anak - anak didik Kancil

Kancil 8349 said...

Dhiera :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Eyryn :

terima kasih...

Addin said...

dulu time kecik cita cita addin nak jadi macam macam . haha budak budak

Kancil 8349 said...

Addin :

semua orang macam tu...sebab ndak nampak macam mana kehidupan sebenar...hehehe...jangan jadi superman sudah...

Run Away said...

good luck...;d

Kancil 8349 said...

run away

terima kasih

aimie amalina said...

weeeeee
sumenye ke arah pendidik kan
heee
alhamdulillah cikgu
tercapai la jugak impian tu kan =]

Kancil 8349 said...

Aimie Amalina :

eya betul...Alhamdulillah, urusan Kancil dipermudahkan....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...