Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Sepertimana yang Kancil sudah janjikan dalam entri sebelum ini. Klik kat sini. Kancil ingin ceritakan kisah Kancil dengan junior Kancil di IPTHO. Tentu korang tahu kan di mana IPTHO nie. Bagi yang tidak tahu, ia terletak di Batu Pahat, Johor bersebelahan dengan SM Teknik Batu Pahat. Gambar di atas adalah Kejohanan Trek Dan Padang Kali 17 tetapi kisah kami ketika Kejohanan Trek Dan Padang Kali 16. Kancil tiada ambil gambar ketika itu.
Kumpulan Opsyen Kancil diminta menjadi pegawai kejohanan. Dan Kancil sendiri menjadi Ketua Pengadil Garisan Balapan. Dilantik secara paksa rela...hehehe. Dan Kancil dibantu oleh beberapa orang pelajar dari Opsyen Pra - Sekolah iaitu opsyen yang diambil oleh blogger Syira.
Ketika ini Kancil tidak sekumpulan dengan blogger Syira kerana beliau diberikan tugas lain. Hanya 9 orang dari kelas beliau yang berada di bawah seliaan Kancil. Semuanya pelajar perempuan. Kalau tidak silap, hanya beberapa orang je pelajar lelaki di dalam kelas mereka. Tetapi semasa kejohanan hanya pelajar perempuan sahaja yang menjadi pegawai kejohanan dan pelajar lelaki menyertai acara sukan.
Semasa kejohanan berlangsung, salah seorang pelajar perempuan bertanya kepada Kancil.
"Abang nie Non - Muslim?"
Terkejut Kancil mendengarnya dan Kancil tersenyum sendiri sambil melihat pelajar perempuan yang kecil molek berdiri di hapapan Kancil. Ketika ini acara larian berhenti seketika.
"Sudah terang nama abang MOHAMMAD. Kan itu nama seorang Muslim"
"Kan di Sabah ramai yang Non - Muslim guna nama Muslim?"
"Ooo...rupanya kamu keliru. Ndak! Tidak semua. Kalau ditakdirkan kamu dapat posting di Sabah. Kamu akan tahu nanti. Susah abang mahu jelaskan sekarang." Kancil tersengih dengan pelajar perempuan.
"Abang sudah kahwin kan?"
"Eya!"
"Macam orang belum kahwin. Kalau saya tengok rakan sekelas abang yang lain. Muka - muka mereka macam yang sudah kahwin. Mereka semua belum kahwin kan?"
"Belum."
"Macam saya tidak percaya yang abang nie sudah kahwin. Bertengkar mulut kami pasal abang semalam. Ada yang kata belum kahwin dan ada yang kata sudah." Kancil hanya mampu tersenyum.
"Nie gambar isteri dan anak - anak abang. Tengoklah." Kancil mengeluarkan sekeping gambar dari dompet duit Kancil kepada pelajar perempuan tersebut. Pelajar perempuan tersebut terus mengambilnya dari tangan Kancil.
"Comelnya anak abang. Macam abang juga."
"Kalau abang tidak comel, mana kakak kamu (isteri Kancil) pilih abang kan?"
Itulah kisah yang lucu pernah Kancil alami. Ndak sangka kan? Walaupun Kancil sudah berumahtangga, namun masih ada yang menganggap Kancil bujang. Malah ada dikalangan junior Kancil menafikan status Kancil. Hahaha...
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
18 comments:
awet muda ler tu...
wahh..kawen sudah ka???
nak tengok orangnya(kancil,bkn kereta kancil tau..
Green Apple :
sentiasa senyum dan ceria...
Sunah Sakura :
yup...sudah berkahwin anak 2...
Cinnamon.com :
nak tahu orangnya...Kancil ada buat entri pada bulan 8 mengenai ulang tahun Kancil menjadi guru...dalam entri tu ada link ke blogger lain cerita mengenai Kancil. Nak taw sangat gi lah tengok...hehehe...
cececeh
comel la cekgu kancil ni
hehehe
nnti letak gambor kuarga cekgu kacil taw =]
konsikan rahsia awet muda..please...
hehe
budak2 nk try kancil hehe
Aimie :
terima kasih lily....hehehe...insya - Allah kancil akan bagi tunjuk...wat masa nie belum ada lagi yang sesuai
3no gr33ny ;
sentiasa senyum, ceria, sentiasa berfikiran positif, semua kerja tetap senang walaupun pada dasarnya susah...hehehe...mungkin itu yang kancil selalu buat..
iMBobo :
hehehe, setia pada yang satu
setia pada yang satu.. i like ur statement.. ;)
Aizamia3 :
terima kasih...
hahahaha..dulu pun ingt abg non muslim..:)
~syira~ :
hahaha...macam satu kelas korang nie anggap abang nie Non Muslim plak....siap ada yang takut nak bercakap dengan abang..
assalamualaikum kancil....maintain muda kn kancil tu sbb dah kawin pun die org ingat ndak kawin lg...dah ada anak lg caya la kancil....:)
Maszull :
Waalaikumsalam mama,
terima kasih mama..kancil pun ndak sangka orang anggap kancil masih muda
Post a Comment