Assalamaualaikum dan salam satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Kancil ingin berkongsi satu cerita mengenai diri Kancil. Yang mungkin ada rakan blogger rasa pelik dan hairan mengapa ia terjadi kepada Kancil. Apapun, kita berkongsi maklumat dan pengalaman agar menjadi panduan untuk kita semua.
Sebelum Kancil bergelar seorang guru, Kancil tidak boleh menyentuh atau menjamah makanan seperti tajuk entri di atas. Makanan tersebut memberi kesan dan tindak balas yang tidak baik untuk badan Kancil. Bila orang lain makan, Kancil merasa dengki dan cemburu sebab mereka dapat makan apa yang mereka suka. Lain Kancil kena menahan nafsu makan makanan seperti itu.
Pernah seorang pak cik Kancil berpesan, makanan tidak akan membawa mati pun. Betul! Tapi haram kalau kita makan jika ia boleh memudaratkan badan. Ada satu kisah lagi ketika Kancil mengunjungi satu majlis perkahwinan di Pendang Negeri Kedah. Semua lauknya daging lembu dan kambing. Kancil tidak makan. Tiba - tiba datang seorang lelaki (abang pengantin lelaki) bertanya kepada Kancil mengapa tidak makan.
Kancil maklumkan bahawa Kancil tidak boleh makan semua itu. Memadailah makan kuih muih sahaja. Ndak sangka, lelaki tersebut gorengkan ikan untuk Kancil. Terharu Kancil masa tu dan dalam hati berkata sudah menyusahkan orang lain. Itulah yang terjadi kepada Kancil suatu ketika dulu.
Tapi sekarang, ambil kau...Asal ada makanan seperti tajuk di atas. Mesti Kancil mengambil banyak kali. Lepaskan dendam sebab lama tak makan makanan seperti ini...hehehe...Ndaklah sampai 5 kali. Semua berubah setelah Kancil bergelar seorang guru. Setelah Kancil belajar di Batu Pahat. Syukur alhamdulillah Kancil dapat menikmati makanan seperti ini...
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
p/s : Senarai Pasukan Perkhemahan Dengan Pengalaman Mereka Sendiri telah siap. Jomlah terjah ke blog mereka
24 comments:
hehehhe
terharu kan kalo ada yg sggup gorgkan ikan utk kite
hehhe
cekgu kancil ada resdung eh?
tapi knp xblh mkn sem tu kancil??
salam kancil...mmg ada org yg jenis mcm tu x boleh mkn daging,kambing n telur...mama plak x boleh mkn ayam x tahu lah kenapa ikut belah mak alah bila mkn ayam...:)
a'aaa laaa..apa kesanya makan daging sebelum nie??
so sekarang dah boleh makan kan...apa punca yang boleh buat kancil boleh makan??
lapar la pulakk...
Aimie :
memang terharu...Kancil ndak tahu lagi
3no gr33ny :
badan kancil akan sakit2...hehehe,
Maszull :
Salam mama,
samalah kes emak Kancil, beliau pun ndak boleh makan ayam...ndak tahu kenapa.
Adylia :
kes kalau makan, badan akan sakit, muntah2...gatal2...mudah pening...
punca ndak pasti kenapa...tetiba je dah macam orang biasa..hehehe
Cinnamon.com :
hehehe...nasib ndak ada gambarnya
ekceli setahu aku daging kambing rendah kalori berbanding daging2 yang lain.. sebab itu lah kambing itu haiwan kesayangan rasulullah s.a.w...
apa pun jangan amalkan makan daging berterusan.. doktor cakap daging boleh di jamah sebulan sekali je... eheee
Gen2Merah :
apa boleh buat...dah nasib badan...tapi itu dulu...sebab tu tajuk entri Suatu Ketika...hehehe.
apapun terima kasih memberi nasihat dan peringatan
dah boleh mkn sekarang ni jgn smpai lupa dunia lak..yer dak kancil..
wahh..rugilah tak boleh makan benda tu semua..haha..:)
3no gr33ny :
hehehe...terima kasih di atas nasihat tersebut...akan Kancil ingat selalu...mana mahu gemuk...nanti ndak comel...hehehe
Anak Wak Mail :
dululah rugi...sekarang nie ndak sudah
baiknye tuan rumah tu.
skrg kancil dah sihat kan?
Eera Shera :
memang baik...
??? saja nak meneka ke
elergik??huhuhu...xpa..saya pun ada jugak yang saya tak boleh makan..
Cik LyndaWawa :
itu dulu...sekarang dah ok...:)
ai paling tak pandai makan.. daging kambing.. rasa kembang tekak
kancil jadi VIP sudah....hehe
Aizamia3 :
sekali sekala cuba makan...heheh
Ummi :
VIP??? hehehe
Post a Comment