Rakan Blogger

Friday, October 21, 2011

Bersyukur Apa Yang Ada

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Syukur Kancil kembali dengan selamat. Semalam mengejar masa balik ke Semporna sebab ada kenduri di kampung. Sempena mak bapa Kancil naik haji. Lepas je bunyi loceng, terus melompat ke kereta dan start enjin kemudian pecut ke Semporna. Walaupun hujan sepanjang jalan, alhamdulillah banyak kenderaan so ndak bimbang di perjalanan.

Syukur ke hadrat Ilahi, Kancil selamat sampai di kampung dan syukur juga kenduri dapat dibuat walaupun tidak ramai yang hadir. Kerana masing - masing ada kerja yang perlu mereka laksanakan. Kancil juga bersyukur kerana bertugas di daerah Tawau dan memiliki kenderaan sendiri agar senang berulang alik. Jarak bandar Tawau dan Pekan Semporna adalah 109 km.

Bersyukur juga Kancil mempunyai adik beradik yang pandai mengurus kenduri tanpa kehadiran Kancil dan sepupu - sepupu yang banyak membantu urusan kenduri. Tidak lupa kepada semua bapa saudara dan mak cik saudara Kancil yang sudi hadir. Akhir sekali, Kancil bersyukur kerana sempat meng'update' blog Kancil dan mempunyai rakan - rakan blogger yang sudi membaca blog entri Kancil sebelum, semasa dan akan datang.

Mengapa entri Kancil semua ada perkataan bersyukur? Tadi Kancil mendengar khutbah di kampung. Khatib tadi berkhutbah bahawa kita harus bersyukur apa yang kita ada. Dengan mengucap Alhamdulillah @ syukur ataupun membaca surah Al - Fatihah sudah cukup kita mengingati nikmat pemberian Allah. 

Apapun kita harus bersyukur kerana kita bukan susah seperti orang lain. Walaupun ditimpa kemalangan kecil pun, kita harus bersyukur kerana apa yang kita hadapi adalah ujian daripada - Nya. Ndak kisah perkara baik mahupun buruk. Harus bersyukur. Ingatlah bahawa apa yang kita hadapi ini tidak sama dengan orang lain malah lebih teruk dari kita. So, bersyukur kita diberi ujian sedikit berbanding dengan para nabi kita yang diuji.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

48 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

Alhamdulillah syukur :)

Eera Shera said...

bersyukur kerana masih bernafas hingga ke hari ni

Zul fattah said...

saya bersyukur dapat penyakit camm ni.. walaupun sakit, tp saya tetap redha.. ini sebab dosa2 lalu saya..

Unknown said...

ramai orang sebut syukur dimulut.. tapi tak digambarkan dengan perbuatan.contohnya bila makan, ada yang terbuang..membazir.. bila jumpa kotak derma..mengelak.. liat nak membantu orang yg dalam kesusahan..bila bersolat macam ayam mematuk padi..tak tahu la apa yang dikejarnya...

nurpiska said...

sy mninggalkan jejak:)

dhiera zainudin said...

alhamdulillah. bila orang tua kancil akan berangkat?

Dylla Abas said...

sentiasa nak jadi hamba yg bersyukur..alhamdulillah (",)

Unknown said...

Alhamdulillah.. betul tu kancil bersyukurlah dgn apa yg kita ada.. baik buruk atau cantik semua itu pemberian dari Allah SWT...

RamRamCute said...

Alhamdulillah...saya beryukur dengan segala rezeki yang diberikan olehNYA setakat ini.

Thanks for sharing Kancil8349.

Kayu Manis said...

syukur..kerana dpt bernafas lg sekarang ini..

Kazman / Sue said...

Bersyukur kami dapat jadi follower kancil ni... sudi2 lah jenguk kami di menara kehidupan...

Anonymous said...

alhamdulillah syukur :')
kancil sentiasa dengan nasihat2 nya ;)
terima kasih.

Syafiq Ahadin said...

alhamdulillah! :D
nanti kalau parents saya mau p naik haji, sya jemput kancil p ranau. :D

Kakzakie Purvit said...

Benar kena bersyukur selalu kerana terlalu banyak nikmat yg kita terima tanpa sedar setiap detik.

aindzaya said...

alhamdulillah..
sesunggunhnya Tuhan lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya,,
maka bersyukurlah pada setiap pemberiannya :)

Aiisyah Roseskalerful said...

Bersyukur saya suka baca blog kancil :D

Cikgu Ma said...

syukur....mintak kirim doa dari mekah boleh ke?minta saya cepat klawen..ngeee...

ana raihana said...

syukur alhmdullh..

Unknown said...

alhamdulillah..bagus ingatkan macam ni kalau tak kita mudah lupa tanpa sedar..

Kancil 8349 said...

Nafisah Ruslan :

:)

Kancil 8349 said...

Eera Shera :

Alhamdulillah...betul tu

Kancil 8349 said...

Zul Fattah :

Sakit apa tu? apapun kamu masih dipanjangkan umur untuk memohon keampunan

Kancil 8349 said...

Rai :

memang ndak dinafikan...namun kita doakan semoga orang tersebut berubah

Kancil 8349 said...

Nurpiska :

syukur alhamdulillah

Kancil 8349 said...

dhiera :

dah berangkat pergi...:P

Kancil 8349 said...

Dylla Abas :

amin....

Kancil 8349 said...

Queen :

terima kasih...betul tu...bersyukur sangat

Kancil 8349 said...

Rahmah Ram Ram

gembira dapat membantu

Kancil 8349 said...

Cinnamon.com :

Alhamdulillah

Kancil 8349 said...

Kazman & amp ; Sue :

terima kasih...Kancil akan jenguk di menara kehidupan korang

Kancil 8349 said...

Ayuyuuu :

terima kasih...gembira dapat membantu

Kancil 8349 said...

Syafiq :

terima kasih...insya - Allah...

Kancil 8349 said...

Kakzakie :

betul tu...sentiasa bersyukur

Kancil 8349 said...

Ain Dzaya :

betul tu...Allah lebih mengetahui apa yang tidak diketahui oleh hambanya

Kancil 8349 said...

Aiisya Gazali :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Cikgu Ma :

Amin...boleh bah

Kancil 8349 said...

Ana Raisya :

Alhamdulillah

Kancil 8349 said...

Finaz Jaafar :

betul tu...terima kasih

maszull said...

assalamualaikum kancil...

alhamdullilah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang...:)

Abu Bagi said...

semporna di mana.. last time pigi pegagau rumah kazen...:D

ya betul harus bersyukur..

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam,

betul tu mama...kita ada tapi mungkin orang lain tidak ada seperti kita

Kancil 8349 said...

Abu :

Kancil di bahagian Bugaya...:)

aamalinaazman said...

alhamdulillah selamat semuanya ye cekgu..
emm3
betil
syukur itu kunci kehidupan kan =]

3no gr33ny said...

agk geli hati dgn statement melompat ke kereta..huhu..kalau melompat naik kereta boleh jgak dibayngkan..

Run Away said...

harus bersyukur dengan apa yang kita ada...;d

Kancil 8349 said...

Aimie Amalina :

betul tu...semoga kita sentiasa bersyukur

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

sahaja buat ayat macam tu...hehehe

Kancil 8349 said...

Run Away :

betul tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...