Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Dalam dunia nie, tiada satu manusia pun tidak pernah melakukan kesilapan. Tidak kiralah apa kesilapan yang pernah dilakukannya. Kecil mahupun besar. Malah kesilapan ini sering kali berubah kerana apa?
Banyak faktor yang menyebabkan kesilapan berulang. Diri dan persekitaran. Tapi yang lebih berat adalah persekitaran kita. Mengapa? Setiap aktiviti yang kita lakukan berdasarkan keadaan dan iklim persekitaran kita. Jika baik, baiklah kita lakukan dan jika tidak, maka tidaklah baik. Mungkin ada yang tidak faham dengan kenyataan Kancil.
Kancil ambil satu contoh dalam satu perlawanan bola sepak persahabatan. Namanya persahabatan maka bermain pun secara biasa. Dalam permainan nie, ada kawan yang memberi kita semangat. Paling kurang memberi kita tunjuk ajar dan dorongan jika kita melakukan kesilapan semasa menghantar mahupun menjaring. Dalam masa yang sama semangat kita makin meninggi untuk tidak mengecewakan rakan sepasukan.
Tetapi berbeza dengan mereka yang tahu marah, menjerit dan memalukan kita semasa melakukan kesilapan. Mereka ini jenis mahu menang tanpa menjaga perasaan orang lain. Kalau sudah macam nie, permainan kita pun rosak malah tidak bersemangat langsung. Malah, sering kali mengulangi kesilapan.
Dalam pendidikan pun, jika seseorang murid melakukan kesilapan dalam pelajaran. Kita memberikan beliau tunjuk ajar dan dorongan malah memperbaiki kesilapan tersebut. Ini akan memberi minat dan semangat kepada murid tersebut untuk belajar. Begitu juga dalam hal rumahtangga, jika pasangan melakukan kesilapan. Kita bawa berbincang dan selesaikan secara aman.
Walau apa keadaan sekali pun, manusia sering melakukan kesilapan. Jika ia berlaku pada kawan kita. Tariklah nafas dalam - dalam agar kita berada dalam tenang. Bila kita tenang, kita boleh mengawal kemarahan kita. Begitu juga kita mampu cari jalan penyelesaian dalam kesilapan yang dilakukan oleh rakan kita. Bila kita buat kepada orang lain, orang lain akan buat kepada kita.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
28 comments:
oleh itu, saling lah kita hormat menghormati kan.. kalah menang adat permainan.. jangan kita suka marah2, kutuk mengutuk, saling menyalahkan sesama rakan sepasukan terutama dalam permainan bola sepak ataupun badminton. hihi..
apa yang penting tunjuk ajar dan dorongan dalam permainan.. barulah semangat berpasukan kan.. ehehehehe
kesilapan mengajar kita supaya lebih matang...
memang kita tak terlepas dalam melakukan kesilapan walaupun ia hanya kesilapan kesilapan kecil..
kadang2 sebab kesilapan orang, kita jadi mangsa sedangkan kita hanya penyelamat keadaan pada masa tu...ermmm...
belajar dr kesilapan itu yg amat penting. jgn sesekali mengulangi kesilapan yg sama.....
sentiasa amalkan sikap bertolak ansur and respect each other
Kita nie semua sama jer...pernah wat kesilapan dan megharap kemaafan dr kesilapan yg kita buat...so kita mulakan dulu utk memaafkan kesilapan org lain
manusia mmg tak lari dari melakukan kesilapan.. tp kalau acapkali kesilapan yg sama diulangi mmg boleh mendatangkan marah tp bersabar itu mmg perlu..
sebaiknya kesilapan itu adalah pengajaran kpd kita spy kita tak ulangi lagi kesilapan yg telah dilakukan... di situlah titik kpd memperbaiki diri...
InsyaAllah org akan boleh terima kesilapan dan memaafkan kesilapan yg kita lakukan jika kita mabil pengajaran darinya..
tak ada manusia yg sempurna~ kalau mereka buat salah, tegur lah secara berhemah~
betul tegur cara baik lagi berkesan dari marah2. lagi melawan adalah nanti. ;)
=]
kesilapan itu boleh diubah
dn dikurgkan kan?
kene dgn cara nye oklah!
guna perkataan yg baik bila nasihatkan seseorang. barulah hati dia akan lembut.
semua orang patot diberikan kemaafan dan peluang kedua.
belajar dari kesilapan lalu..
ubah tatacara agar menjadi lebih baik.. dan terima nasihat org dengan hati terbuka agar kehidupan jd lebih beerti
tiada kekhilafan
maka yang sempurna tidak wujud bukan?
dari kesalahan dan kesilapan itu,
wujudnya pembetulan diri dan pertambahan kebaikan :)
salam kancil ...kesilapan haruslah ada pembetulannya moga segala kesilapan yg dilakukn tidak akan berulang lagi...
manusia...tak pernah tak buat silap...
saya setuju bila cikgu tulis dengan menarik nafas dalam kita akan jadi lebih tenang.selalu buat macam tu bila diri berada dalam keadaan yg agak tegang :)
Gen2Merah :
betul tu geng...tapi kita kekadang tergelak tengok kawan main sehingga ndak sedar kawan tu tersinggung...hehehe
Adylia :
belajar dari kesilapan jika kita tidak mahu menjadi mangsa keadaan. tolong perbaiki kawan kita..agar kita tidak kena lagi...
Tentang Kita :
betul tu...sentiasa tolak ansur...memaafkan kesilapan orang lain akan membuat hati kita tenang
Queen :
bantu membantu sesama kawan kerana ia berbeza keupayaan. mungkin dia gagal banyak kali dan sudah putus asa tapi kita mungkin ada idea untuk membantu dia...ndak salah bukan..
Dhiera :
betul tu....makin mengeratkan hubungan lagi
Siti Kektus :
sesiapa pun boleh marah bila rasa dimalukan...hati berbeza2
Aimie :
betul tu...ia satu proses yang bukan mudah untuk mengubahnya
Eera Shera :
betul tu...makin mengeratkan hubungan lagi
Citra Nanizam :
betul tu....mengubah salah satu memperbaiki kesilapan
Ayuyuuu :
betul tu...berani tanggung risiko walaupun silap kerana silap boleh diperbaiki
Maszull :
Salam mama, betul tu...semoga ia tidak berulang lagi
Ziraziz :
hehehe...betul tu...kena tunjukkan jalan yang betul
Dylla :
terima kasih dan sememangnya itu yang dilakukan jika terdesak
kesilapan mematangkan kita, tak perlu marah2 kot..
iMBobo :
betul tu...tapi tulah...suka nak cakap
Post a Comment