Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Suatu hari, Kancil membawa anak sulung Kancil berjalan - jalan ke Center Point Kota Kinabalu. Manakala isteri Kancil berjalan bersama sepupu beliau. Kancil memimpin tangan anak Kancil. Biar dia yang memandu arah ke mana beliau ingin pergi. Melihat wajahnya, tergambar keriangan. Pertama kali nampak dunia luas.
"Hai Sir!"
Kancil berpaling ke belakang mencari orang yang memanggil Kancil. Rupanya pelajar kolej Kancil. Dia bersama - sama beberapa orang kawan sekelasnya. Kancil mengukir senyuman ke arah pelajar perempuan tersebut.
"Cutenya baby! Anak siapa nie Sir?"
"Anak Sir lah."
"Tipulah Sir nie. Tak kan sudah ada anak. Mesti anak buah nie kan?"
"Betul! Ini anak Sir. Ndak tengok ke. Dia mirip macam Sir?'
"Kot adik sir?" Salah seorang rakan mereka menyampuk perbualan kami.
"Sir ndak suka menipu. Ini memang anak Sir."
"Macam kami ndak percaya ini anak Sir. Tapi tengok muka macam serupa." pelajar perempuan tersebut mengukir senyuman. Kancil membalas senyuman beliau.
"Ingat Sir masih bujang. Kalau tak, ada sudah yannnnngggg....."
"Ada sudah yang...apa?"
"Ndaklah Sir."
"Sengaja kamu nie mahu mengenakan Sir. Okaylah Sir mahu mencari isteri Sir. Jumpa kamu di kolej nanti."
"Bye Sir!"
Kancil tergelak sendiri dan berlalu dari tempat tersebut. Entah apa cerita pelajar - pelajar kolej. Mereka sudah habis belajar ke atau ada yang masih belajar.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
12 comments:
muda sgt kot smpai org len x percaya..hehe
salam kancil...yer la muda lg kot tu sbb mereka x caya apa yg kancil ckpkn tu...:)
kancil, best x kwin muda ni..?
rasa muda, jadi muda, memang muda..
kan kancil..hee
Merle :
ndak juga muda...umur baru 25 tahun masa tu...hehehe
Maszull :
salam mama,
mungkin muda lagi...hehehe
3no gr33ny :
bukan takat best tapi bahagia...lagipun kita mudah matang bila dah kahwin dan rezeki akan berganda time kahwin nie
Eera Shere :
betul tu...sentiasalah berfikiran muda walaupun dah berusia (sorry kalau yang tersingggung)
betul tu ums... tengok iras muka mu yang hensem bak Tom Hanks macam x nampak ko dah kawin...
Masih muda dan macho lagi...
Gen2Merah :
hahaha...sekarang nie dah berlemak...comel tapi ndak hensem (perasan)
awww
cikgu kancil jenjajalan kat CP ye
hehehe
awet mude la cekgu kancil ni
Aimie :
itu dulu...sekarang nie dah tua...hehehe
Post a Comment