Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Sewaktu sekolah rendah, Kancil kagum pada seorang rakan yang berani tampil ke depan tanpa rasa takut, malu dan gementar langsung. Mengapa dia boleh buat macam tu? Kancil ingin sepertinya. Ramailah rakan mengejek setiap kali Kancil tampil ke depan. Ejekan mereka tu tidak membuat Kancil patah semangat. Dalam hati Kancil, sekurang - kurangnya Kancil berani bercakap berbanding mereka berani mengkutuk di belakang.
Satu persatu kelemahan Kancil keluar namun satu persatu juga Kancil perbaiki. Makin ramai mengutuk makin bersemangat Kancil untuk ke depan. Akhirnya, rakan - rakan mengakui kelebihan Kancil. Bila mereka nak ajukan soalan, mereka akan meminta Kancil untuk berdiri di hadapan. Mengapa Kancil boleh atasinya semua?
Pertama :
Semangat untuk Kancil mencontohi orang lain. Jika dia boleh buat mengapa Kancil tidak boleh buat?
Kedua :
Berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Seperti bercakap di hadapan cermin. Ketika bercakap di hadapan ramai, membawa sekeping kertas di tangan. Memandang atas kepala penonton seolah - olah memandang ke arah mereka. Mengukir senyuman yang dibuat - buat dan sentiasa bergerak.
Ketiga :
Anggap penonton tidak tahu apa yang bakal kita ucapkan. Jangan terlalu fikir bahawa akan melakukan kesilapan tetapi yakin bahawa apa yang kita buat adalaha sesuatu yang baik untuk mereka.
Keempat :
Kita cukup sempurna dan tidak ada cacat anggota. Sedangkan yang cacat berani apatah lagi kita. Lagi satu, kita berpakaian mengapa perlu malu?
Kelima :
Membuat persediaan awal supaya tidak silap. Ilmu di dada perlu dipertingkatkan dan sentiasa gembira dan seronok berada di hadapan orang ramai.
Rasanya cukup sahaja apa yang ingin Kancil kongsikan. Banyak lagi caranya. Namun ini adalah cara Kancil sendiri. Kancil pernah berucap di hadapan 3 ribu orang dalam satu dewan. Namun, tetap buat biasa walaupun gementar tetap ada.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
47 comments:
apa yang penting kita yakin pada diri...
yakin dengan kemampuan sendiri :)
bila berdepan ramai org...perasan mengelabah menguasai emosi...smpai suara pn terketar2..kan..kan
thanks for sharing. sama la kita kancil!
sampai sekarang sy blom bersedia utk berucap di depan org ramai..takut.gerun..dan sebagianya
Bunga elok lagi ..kena tukaq pulak dah ! .http://gilamodified.blogspot.com/2011/10/aku-hangat-nie.html
saya jenis malu
kang becakap asyik pandang bawah jek
hehehe
saya memang pemalu...sebabnya, as i told u before, banyak kelemahan diri..kawan2 kdg2 perlekehkan diri..tp sejak masuk kolej saya atasi komen2 tu dengan menjadikan diri ni seorang yang yakin nak lontarkan idea atau pertanyaan...bila terlibat dalam persatuan, saya buat sehabis baik...sekarang, sudah ada org nampak apa kemampuan saya..bukan nak membangga, cuma sekurang2 nya itulah suatu yg "menyempurnakan" diri saya...
**tips yg bagus utk org yg takut bersuara ^^,
saya memang pemalu...sebabnya, as i told u before, banyak kelemahan diri..kawan2 kdg2 perlekehkan diri..tp sejak masuk kolej saya atasi komen2 tu dengan menjadikan diri ni seorang yang yakin nak lontarkan idea atau pertanyaan...bila terlibat dalam persatuan, saya buat sehabis baik...sekarang, sudah ada org nampak apa kemampuan saya..bukan nak membangga, cuma sekurang2 nya itulah suatu yg "menyempurnakan" diri saya...
**tips yg bagus utk org yg takut bersuara ^^,
ala kenape nak malu kan. bukan org depan kita tu mkn org pun. tak gitu kancil?
penah satu ketika menangis masa lini buat public speaking tu masa sek rendah la..lini mmg seorg yg pemalu tp bila dah masuk sek men secara automatic berubah dh jd x segan tuk berhadapan dgn org ramai...kekutan tu dtgnyer dr minda yg sihat...huhuhuh
assalamualaikum kancil...semangat yg kuat perlu ada dlm diri seseorang itu untuk mengatasi masalah takut ini dan skg kancil telah berjaya mengatasinya kn...:)
Dah nama pun kancil. Bukan cikgu sebarang cikgu tau. Ini Cikgu Kancil comel tapi harimau/gajah/singa/buaya pun kena 'trick' olehnya.
Tahniah cikgu.:)
yakin pada kemampuan diri pasti dapat mengurangkan gugup dihadapan orang ramai..
thankz for sharing.. ^_^"
saya tak tkut cuma malu dan segan je.hehehe
public speaking....
confident kena ada....
ape pun yg kite lakukan, kene yakin diri.. kannnnnnn~ =)
saya jenis darah gemuruh, tp tetap cuba branikan diri keluar dpan org ramai. bila dah lama terlatih, sifat gemuruh dah beransur hilng, ada tu tetap ada, tp da b'kurang.. yg pnting kena cuba, klau tak kita xkan tahu sejauh mana kemampuan kita..
yakin pada diri !
dlu pn rasa takut nk berdepan ngan suma org tpi dh keja cmni,kna ada sifat2 seorang pemimpin..kalo takut buat malu kat anak2 buah je la
ape yg sy buat adelah yakin pade diri sendiri..insyaAllah Allah akan bantu kite
Adylia :
betul tu...orang cakap boleh tapi kalau bukan sendiri macam mana
Yumida :
betul tu..tapi ia akan hilang jika selalu kita buat @ latihan
Syafiq :
gembira dapat membantu
Khairul :
kena bersedia bro...mana tahu ada anugerah blogger terhebat @ terbaik dalam dunia permotoran...tentu bro akan terpilih...kalau ndak biasa dari sekarang sampai bila
NMO2 :
Kancil pun dulu macam tu tapi kancil dah buat macam contoh kedua tu
Cikgu Ma :
betul tu...kita kena berani dan perbaiki kesilapan kita...ndak salah kita berkongsi kemampuan dan kelebihan kita
Akak Kopi :
betul tu...orang tak akan makan mahu pun memukul kita...percayalah...apabila kita di depan mereka...mereka ingin tahu apa yang kita ingin bercakap
Tentang Kita :
betul tu....minda yang sihat akan membuat kita tidak takut bercakap dihadapan orang...
Maszull :
Waalaikumsalam mama,
betul tu mama...sehingga sekarang semangat kancil masih berkobar2 untuk memperbaiki kelemahan Kancil
Kakzakie :
terima kasih...nie semua dari pengalaman kancil sebelum ini dan ilmu di dada
Aien Not Alien :
semakin banyak mencuba boleh memperbaiki kelemahan kita...
Maisarah Sarah :
kena buang juga sikap tersebut...nanti rugi
Remyhazza :
betul tu...keyakinan mesti ada
cikgu saya selalu cakap, bila kita nk bercakap dihadapan orang, anggaplah yg dihadapn itu bukan org tapi kayu ke, pokok ke, jadi tak perlu kita nak malu dan takut... mesti berani!!! mcm kancil!
Orked Hanael :
betul tu....yakin dan percaya pada kemampuan kita
Liana Asif :
Kancil sokong dengan kenyataan kamu...memang betul...ia mengukur kemampuan kita acapkali kita melakukan berulang kali
Niena Pengembara Ilahi :
betul tu...ia berlaku apabila persekitaran kita macam tu...sebelum terjadi lebih baik bersedia...kerana kita tidak tahu apa yang mungkin terjadi pada masa depan kita
Cik Najihah :
betul tu...yakin dan percaya pada diri sendiri
Santri :
betul tu kata guru kamu...dan terima kasih...
chayok2 cekgu!
weee
bagus nyelah
pentg untuk public speking ni kan =]
Aimie :
memang penting untuk kehidupan kita semoga orang yakin pada kita
mesti berani mencuba..kalau x..sampai bila2 kita takkan berganjak dari takuk yang lama..btol dak kancil..heheh
semangat macam tu la yang kita perlukan dalam tempuh liku liku hidup :) jangan malu dan mudah putus asa .
sampai sekarang pun masih ada rasa gugup bila terpaksa berhadapan dengan orang ramai utk bg speech :)
3no gr33ny :
betul tu....kita sendiri kena berani.
Addin :
Kancil sokong...malu boleh membuat kita jauh ketinggalna
Dylla Abas :
boleh hilang kalau Dylla ikut apa yang Kancil berikan...jika gagal mungkin ada kaedah lain...yang penting kita kena berubah...
mesti yakin dengan kemampuan yang ada...kalau sy...entah lah...cepat suspention sy ni...;d
Run Away :
jangan rendah diri...yakin kamu boleh buat
Post a Comment